Sambung Treatment di HKL

Posted by Roshida Property at Thursday, December 03, 2015
Secara ringkasnya aku akan share mengenai appointment aku dengan HKL. 

Decision nak pergi HKL ni dibuat selepas follow up treatment dengan Dr.Mashitah. Beliau mencadangkan kami terus kepada IUI. Tapi kami yakin kalau Allah nak bagi dengan cara apa pun boleh jadi.

Disebabkan baru pertama kali nak try IUI dan bajet pun tak berapa tebal maka HKL adalah yang pilihan terbaik untuk kami insyaAllah. Lagipun nak ke HKL dari rumah kami mengambil masa beberapa minit sahaja. 


1- Sebelum boleh pergi ke HKL kena dapatkan dahulu referral letter dari mana-mana klinik kesihatan dibawah kerajaan. Tak boleh dari klinik biasa kalau nak dapatkan harga murah masa treatment. Treatment IUI kat HKL memang murah RM5 sahaje. Dan IVF RM5000. Mana nak dapat pergi mana-mana pun tak dapat kot T_T

2- Dapat jer referral letter dari klinik kesihatan kg pandan aku terus pecut ke HKL. Serahkan referral letter tu kat Nurse yang jaga Unit Reproduktif dekat tingkat bawah Hospital Bersalin. 

3- Masa pass kan referral letter tu belum mula apa-apa lagi, nurse just tanya bila nak buat appointment untuk kaunselling. Kami tetapkan pada 1st Dec 2016 pukul 11 pagi. Sebulan lebih dari tarikh kami serahkan referral letter.

Hadir pada hari kaunseling

1- 1st Dec ngam-ngam jam 11 pagi kami sampai di Unit Reproduktif. Sampai-sampai jer nurse ambil berat aku and asben. BMI aku 23. Nurse tanya bila last cycle aku, kira punya kira rupanya 1st Dec tu hari ke 21. So ape lagi nurse terus suruh ambil darah untuk D21. Asben aku pun kena ambil darah jugak untuk check HIV ke ape tah lupaa. 

2- Selesai ambil darah mulalah sesi kaunseling. Bukan kaunseling ape pun, nurse akan tanya soalan-soalan dari SOP diorang. So kita jawab jer dan dia akan record. Contohnya ada merokok ke family abang kakak ada anak tak. Haa soalan basic je kan, Lepas tu dia explain procedure IUI dan IVF/ICSI tu macam mana. Dia ada bagitahu kat HKL hanya buat ICSI which is lagi better. Nurse yg explain kat kami pun baik jer. Oh ye sesi kaunseling ni free je tau ;D

3- Nak balik tu dia bagi kad dan form untuk ambil darah masa D2 and sample simen asben. Dah buat dua tu baru boleh buat appointment jumpa pakar. Aku ada tanya pakar lelaki ke perempuan. Nurse cakap perempuan nama Dr.Nurhaliza. Yeyyyy! shaye sheronok syekali. Kalau tak debar-debar jugak yela kerajaan kan mana nak boleh pilih-pilih sangat. Jumpa pakar dah ditetapkan pada hari Rabu sahaja. Shaye ok je sebab nurse kata ada bagi time off slip. 

Sekarang aku tengah tunggu miss P datang standby untuk ambil darah masa D2. Balik tu nengok jam kol 12 dah habis kejap jer kan ;) 

Kalau ade yang nak contact HKL OnG ni no ya 03-26155452

6 new comments:

Ida Puanstoberi said... Reply To This
semoga segalanya dipermudahkan..akk doakan :)
cinet said... Reply To This
insyaaAllah..terima kasih kakk doakan kami ye.. ;))@Ida Puanstoberi
sweet tooth said... Reply To This
all the best dik! smg Allah permudahkan...
nuriz iman said... Reply To This
Mudah2an segala usa ha diberkati Allah dan dimakbulkan segala doa2..Amin..
cinet said... Reply To This
aminnnnn..@sweet tooth
cinet said... Reply To This
tq kak nuriz...aminnn@nuriz iman

Say a Buzz!

tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea