Cara Paling Cepat Periksa Market Value Hartanah

Posted by Roshida Property at Monday, November 30, 2015 1 new comments
Oleh kerana mood aku terr--baik harini meh-meh kak long kak ngah kak chik sume-sume la bak sini aku share sikit antara website-website yang aku selalu guna untuk menilai "value" sesuatu rumah. Bak kate orang nak beli rumah babe! bukan nak beli sayur kat pasar. Kena buat study la sikit. Sekurang-kurangnye study yang aku nak share ni wajib dan mesti buat. Kena tau wokay ka tara wokey ka yini ruma? Ini ruma ada worang mau bili ka nanti? Berapa harga yang wokay untuk yini ruma? Memacam la lagi malas aku nak menaipnye.

So website-website ni akan membantu korang menghilangkan gundah gulana difikiran dan resah dihati. Bagi aku ni teknik pantas menilai hartanah. Petik petik kat keyboard dah tau voley beli ka ta voley yeetuu maciam. Tapikan teknik ni hanya sesuai untuk hartanah subsale sahaje ok. Kalau untuk rumah baru maybe boleh untuk check harga rumah kawasan sekitar. Penting juga tu.

Susulan dari entry aku Pengalaman beli rumah lelong aku ade cerita dengan panjang lebar pasal market value. Aku stresskan MV ini teramat penting. Layan dia macam nyawaa okay ;P

So sila chekidout 3 website ini sebelum beli hartanah ok!

1- http://www.theedgeproperty.com.my/

Website ni sesuai sangat kalau nak buat detail study sikit sebab dia ada memacam feature. Boleh tengok trend harga rumah kat kawasan tu, boleh tengok reference price property yang korang nak beli dan lain-lain. Kalau nak tengok MV yang lagi direct boleh guna website yang kedua kat bawah ni ok.


See I told ya siap boleh tengok trend ;P

2- http://www.brickz.my/

 Dalam brickz ni dia akan listing real transaction jual beli rumah kat tempat yang korang cari. So korang boleh tau paling latest berapa harga yang bank boleh tawarkan kat kita. Just type nama tempat atau nama taman haaa ambik keluar semua info-info berapa per square feet semua hadoo. Actually website ni yang paaaaaling aku soka. Sebab senang hehehe. Contoh ade aku tunjuk kat bawah.


Ni contoh aku cari untuk taman pandan jaya. Highest adalah 514psf which is 100% sebijik sama dengan apa yang aku tanya kat bank.

3- http://www.mudah.my/

 Last sekali dont ever-ever lupa checkidout mudah.my. Boleh tau range harga hartanah tersebut. Berapa sewa rumah tu so boleh kira berapa rental return sebulan. Mudah yaaa hamat. 


Aku memang chentaaa mudah.my. Thank you mudah!!

Wordless Wednesday

Posted by Roshida Property at Wednesday, November 18, 2015 0 new comments

Senyum tak perlu kata apa-apa 
lalalallalala~~~ 
=)

Benarkah Penyelesaian Membeli Rumah ke-3 Dengan IHC? Hasil Analisis Terperinci ;D

Posted by Roshida Property at Friday, November 13, 2015 4 new comments
Disclaimer: First of all, actually info-info mengenai IHC ni pun aku dapat dari blogger aku cuma buat kesimpulan sendiri bagi tujuan pembelajaran setakat ilmu yang aku ada. Kalau salah tolong tunjukkan. Ilmu yang ada kalau dikongsi akan hidup dan sampai kepada tuan empunya diri. Kalau tak boleh mohon roger and out ok. No heart feeling.

Topik series ayat serious habisss. 
;D


Semua pun aware pasaran hartanah sekarang berpihak kepada buyer. Tengok pameran-pameran bunting-bunting banner-banner estate-estate ada yang bagi promotion sampai 19% rebate! Untung siapa yang mahu beli rumah pertama dan kedua. Tak payah susah hati keluarkan duit deposit. Seronok kan!

 Yang tak berape seronok kalau nak beli rumah ketiga hanya dapat 70%. Mana nak cari deposit ribuan-ribuan ringgit itu.

Setakat ni saya dah menjumpai 3 kaedah berkesan untuk menyelesaikan masalah ini.
1- Jual/Refinance rumah pertama (Dapat cash boleh rolling 30% deposit rumah ke-3)
2- Jual/Refinance rumah pertama (Buat full payment rumah ke-2)
3- Tubuhkan IHC (Kali ni nak fokus yang ni jer. Sebab baru tahu hari ni T_T. Bunyik mcm menarik. Jom kita teroka. Indah ka idak pemandangannya atau hanya semak berselang belukar ;D)

keLEBIHan

Dapat kekalkan loan individu 90% (selepas transfer 2 rumah ke buku IHC)

keKURANGan

Pembiayaan hartanah sebanyak 60% sahaja VS individu 90%/70%
Perlukan sekurang-kurangnya 2 orang 
Kos penubuhan IHC sebanyak RM3000
Kos pihak sekretari dan audit (tahunan ~RM2000)

perSOALANnya

Nak cari orang untuk buka IHC?
Dimana untuk mohon IHC?
Mudah ke permohonon IHC ni?
 Mudah ke dapat loan oleh IHC 60% itu?(soalan paling penting, buat ape korang buat company kalau tak boleh buat loan betul tak? tak menyelesaikan masahalah langsung)

keSIMPULan
Mudah jer kesimpulan saye. Saye buat 3 kesimpulan. Boleh proceed dengan tenang jika:
1. kita dah yakin boleh bayar duit sekretari dan audit ~RM167 sebulan (RM2000 setahun) dari investment kita
2. Kita yakin account investment kita dah mantap dan menjaya income setiap bulan/harian
3. Kita yakin bank akan berikan loan 60% kepada akaun IHC kita (aku pernah tanya bank islam pasal loan untuk IHC. Dia macam tak pernah buat. Mungkin kena tanya yang lebih otai)

Thank you bloggerians yang banyak share-share pengalaman korang. Ahkak is tabik spring toing toing toing. Walaupun sebelum ni ahkak banyak redah sampai pecah. Tapi sekarang dah bijak sebelum cari bucu apa kata cari ilmu dulu. Takdelah sampai pecah retak sikit-sikit apa ada hal kan. Sebelum ni  dah pernah pecah whatt ;D


Resepi Roti Oopsie (Oopsie Bread) Atkins

Posted by Roshida Property at Tuesday, November 10, 2015 2 new comments

Resepi ni dapat 12-15 ketul oopsie bread tau. Banyak sangat untuk yang diet sorang-sorang. So sila bahagi 2 dari resepi kalau tak nak banyak sgt ye.

OOPSIE BREAD

bahan-bahan:

8 biji telur (asing putih/kuning)
250gm cream cheese
1/2 tbs esen vanilla (jgn banyak nanti terlebih wangi)
1 tbs baking powder

Cara-cara:

Mixkan putih telur dengan mixer dan pastikan bekas betul-betul kering, telur dalam suhu bilik dan mase asingkan telur kuning tak pecah untuk dapatkan meringue macam kat bawah ni.

Kalau boleh sampai betul-betul gebus
Dalam bekas lain masukkan telur kuning, cream cheese, baking powder dan esen vanilla. Pukul sampai gebus tanpa ketul-ketul.

ready to rock!

Kira dah gebu la ni. hehe
Last step campurkan sikit-sikit telur putih kedalam telur kuning dan kaup balikkan. Jangan kacau kuat-kuat nanti hilang gebunya.

Bakar 120degC dalam 20-25 min ikut oven memasing. Jgn lupa panaskan dulu oven 15 min.

Sedia untuk di kunyah.

heeee~

Oopsie bread 

Buat hilang rindu dengan roti. Ymmmyyy~

Agar-agar Pandan Atkins

Posted by Roshida Property at Monday, November 09, 2015 1 new comments
Time-time diet atkins banyakkkk sangat dugaan. Sape-sape yang tak betul-betul kuat iman
 memang kirim salam laa. Gemuk la kaw kat situ cinet! ekekeke!

Oleh kerana teringin sangat nak makan manis-manis maka terhasillah agar-agar buat minum petang utk atkiners. Cewwahh. Sape-sape nak try resepi kat bawah yer.

AGAR-AGAR PANDAN ATKINS

bahan-bahan:
1 liter air
11g agar-agar tali
5 titik stevia
Pati pandan
1 cawan santan (Kara rendah carbo)

Cara-caranya:
Rebuskan agar-agar dengan air sampai cair. Kalau berketul-ketul sila tapiskan dahulu sebelum tambah bahan-bahan lain. 
Tambah bahan-bahan lain dan tunggu sampai mendidih.
Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Lepas tu boleh ngap!

Baru lepas tuang. Panas-panas lg dah posing.

Sekejap dah licin! suami-isteri diet lah katakan. Mahu tak habes.
Lega tekak den dapat makan macam ni walaupun manis tu mcm pelik. Sebab guna stevia kan. Tapi lepaslaa terliur tengok orang makan. Agagagga

Menu of the day! ;)


Cucur Udang Atkins Sedap!

Posted by Roshida Property at Monday, November 09, 2015 4 new comments
Aku baru fasa induction Alhamdulillah dah turun 2 kg ;D
Orang baru nak diet turun 2 kg rasa mcm nak celebrate party nam hari nam malam. Kakakaka

Aku sharekanlah resepi-resepi sepanjang aku diet atkins ni sebab diet atkins ni lain dari yang lain. Memang mujarab untuk aku. Cuma iman jer kena kuat. Time-time dietlah aku tengok nasi terliur, tengok air manis terliur, tengok buah terliur. Kalah air liur meleleh baby duabulan.

CUCUR UDANG ATKINS

Bahan-bahan: 

Udang 4-5 ekor (byk lagi sedap)
Cili besar 1 biji
Kucai 3 tangkai 
Bawang kecil 1 biji
Tauhu 1/2 - 1 keping
Telur 1 biji
(abaikan taugeh tu sebab baru tau taugeh banyak carbo. haha)

Tu jewww bahannye. Ok jom masak.

Tak lengkap bahan ni. Sila rujuk kat atas ye.

Cara-caranya:

Blend tauhu dan udang sampai hancur tanpa air. Kalau tak nnt jd bubur tak jadi cucur. 
Sambil tu cincang halus cili dan bawang kecik.
Satukan semua bahan dan goreng!

Siap! mudah je kan. Ehem. Jemput tengok hasilnya.




Nak diet atkins ni kena hati kental
Aku reinduction tak habeh-habeh
Dulu-dulu baru hari ke-3 ke-6 dah tewas terliur tengok nasi-nasi, air manis-manis, kuih-kuih kegemaran
Uhhhh tak boleh tahan 

Good luck kawan-kawan!

Kuatkan semangat anda!
Ingat hati kena kental! ;D

Nak Simkad ONEXOX PERCUMA

Posted by Roshida Property at Monday, November 02, 2015 2 new comments
Jom ambil langkah bijak dengan memiliki talian yang memberi pulangan lebih lumayan berbanding biase-biase. Kalau rasa selama ni guna talian yang tetiap bulan korang kena bayar tapi tak dapat hapa-hapa tuan-puan wajib dapatkan simkad baru ini. 

Dalam masa yang sama sambil menikmati pakej yang menarik dapat komisyen pula. Tak ke owesome tu? Nak tak nak kita memang akan keluarkan duit untuk gunakan handphone setiap bulan juga kan? Apalah guna handphone tanpa kredit. Teeheehee
;D

Apa pakej menarik dari XOX ni?


Sebagai pengguna Prepaid ONEXOX, ada pakej dan insentif menarik yang disediakan kepada anda iaitu:

  • Simkad yang murah. Hanya RM10 untuk memiliki Simkad ONEXOX dan tersedia baki kredit RM5
  • Nombor lama boleh dikekalkan (MNP)
  • Data internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi
  • Panggilan serendah 5 sen ke semua rangkaian
  • Pelan Flexi 2 dalam 1
  • Boleh top-up di banyak lokasi seperti stesyen petrol, 7-Eleven dan sebagainya
  • Peluang untuk menjana pendapatan pasif dan pendapatan aktif
  • User Get User dengan ganjaran 6% setiap kali rakan yang anda perkenalkan membuat tambah nilai (Top Up)
  • Boleh dibuat secara part time
  • Promosi secara online atau offline atau kedua-dua sekali
  • Sistem back office yang mantap
  • Boleh promote 24 jam tanpa henti
Kalau korang pun berminat mahu mendapatkan simkad Onexox secara percuma ni silalah berkunjung ke SINI. Boleh join contest dengan hadiah menarik!

Cara-caranya mudah jee

Up entri 'Nak Simkad ONEXOX PERCUMA'
Sertai CONTEST SEO Anjuran Blog Coretan Anuar
Tulis Artikel Bertajuk Nak Simkad ONEXOX PERCUMA
Buat Pendaftaran
Hantar Artikel
Dapat Simkad ONEXOX PERCUMA
Aktifkan
Apa Itu ONEXOX
Pengalaman Bersama ONEXOX 
Jangan Lepas Peluang 

Settle ;D
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea