Resepi Cupcake Hokkaido Gebu Sedap! Free tips ;P

Posted by Roshida Property at Sunday, May 17, 2015
Chak!

Hormon excited mencurah curah tau lepas belajar buat cupcake hokkaido ni. Sebab menjadi gebu tak manis sangat dan inti dia creammmyy yummyy gilaa. Memang kek hokkaido encik perfect 10 lah!

Lepass jer kelas habis terus rasa nak try buat. Tapi nan hado dah seminggu berlalu tak buat buat lagi. Tapi tak kira nak gak share knowledge baru dapat ni dengan sohabats semua ;D



Cupcake Hokkaido paling win!!
Resepi ni simple sesangatttt. Sedap pulak tuuuu. Nak beli taktau kat mane dan dah tentu-tentu takyah pergi hokkaido hoccay. Kita buat kat Malaysia jer. Jadi sama macam kat hokkaido gak. Betul tak tipu ;P

Jom mulakan pembikinan cupcake hokkaido kita.

Sediakan bahan bahan dulu yer

BAHAN A
3 biji telur kuning A
20g gula halus
35ml minyak jagung
60ml susu segar
1sdt esen vanilla
15g tepung jagung
55g self rising flour

BAHAN B
3 biji putih telur A
30g gula halus
1/2 sdt cream of tar tar

Dah ada semua bebahan boleh la mula bersilat!

1. Satukan kuning telur, gula, susu, minyak, esen vanilla dan pukul guna whisk sampai sebati.
2. Ratakan tepung jagung dan self rising flour lepastu masuk sikit sikit dan pukul dengan whisk sampai sebati.
3. Ok dah siap untuk bahan A kita buat bahan B.
4. Satukan semua Bahan B dan buat meringue guna mixer. Nak buat meringue ni kena buat betul betul masa asingkan putih dan kuning telur. Masa asingkan pastikan kuning telur tak pecah kalau pecah sila buat lain sebab mesti tak jadi. Dan pastikan bekas kering tanpa sebarang bendasing macam air, minyak, butter dan lain lain.
5. Nak tau meringue ni dah jadi kalau terbalikkan bekas dia tak jatuh. Haa maknanya dah jadi lah tu.



6. Lepas tu campurkan Bahan B ke dalam bahan A untuk jadikan C ;P. Campur sikit sikit yer jangan tuang semua. Nanti C tak menjadi haaa sape nak tanggung... Buat kek ni perlu kesabaran dan ketenangan jiwa raga jangan kelam kibut. Tarik napas hembusss. Ekekeke.

Ni rupa C yang dah dikaup balik sampai jadi macam ni jangan terlebih kacau nanti tak jadi. Ini amaran. hihik
7. Dah siap masuk 3/4 dalam papercup dan bakar suhu tinggi 200degC selama 20minit. Kalau suhu rendah memang tak jadi.



Jom buat filling pula yek.

BAHAN FILLING
500ml susu segar
80g gula kasar
50g kastard
1sdt esen vanilla

1. Memula skali nak buat inti dia timbang bebahan dan humban semua skali ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana. Guna whisk untuk kacau supaya dia tak berketul. Kena selalu kacau dengan kasih sayang sampai dia agak pekat. Dah tu tutup api. Tak lama pun process ni dalam 5 minit jer.
2. Dah siap inti ni kita kena sejukkan dulu tau sebelum inject kedalam kek hokkaido. Sebab kalau panas atau suam dia akan membantutkan kek hokkaido nanti tak cantik. Ikut laa nak sejukkan kat dalam periuk atau kat bekas lain. Kalau bekas lain cepat la sikit dia sejuk. Tengok tahap kesabaran masing masing. Macam iols tukar bekas lain so tao dah tahap dia macam mana  ;D 


TIPS: Boleh kahwinkan inti kastard tadi dengan creamy ni untuk buat creamy filling. Filling ni sebenarnye boleh campur memacam kalau suka. Kami siap letak filling durian creamy. Pergh mmg terbaik kesedapannya.
TIPS: Masukkan inti dalam piping bag dan pipekan ke dalam cupcake. Cari nozzle macam ni ye yang sesuai guna untuk inject creamy filling dalam kek hokaido supaya kek anda tak comot sememeh nanti.







Last sekali tepungkan dengan snow powder. Tengok kat atas cara cara untuk tabur snow powder. Bukan gula icing tau. Nama dia memang snow powder. Bukan juga snow white T_T
Kalau degil nanti dia akan mencair dan tak cun dah bedak kek hokaido kita.
Da siapppp!~ apa lagi......daaa iols nak menikmati dessert yang marbelesss ini.

;D
 


4 new comments:

::EIDA:: said... Reply To This
ida pernah makan sbb opismate bawak tak berapa sangat pun. die tak reti buat kot HAHHAHAHHA
cinet said... Reply To This
Wakakakaka...ni bg husban jer makan dlu..dia ckp sedapppp...dia xpandai menipu lg so far...wink wink ;-***
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said... Reply To This
Assalam shida,
besa dok dengor nama kek tu
tapi tak pernah makan
cam teringin pulop
sob3 iols kalo bab2 baking memang fail
cinet said... Reply To This
Sy pun baru2 ni dengar...kat luar kekadang jual rm2.50 satu tuuu..mahalll..so buat sendirikk lg syiokk...sy pon fail gak..tu yg p klas..kiki@ArY ShA=AmZaRFaYyAdH

Say a Buzz!

tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea