Pengalaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri - Approval Majlis [Part 3]

Posted by Roshida Property at Friday, April 06, 2018 5 new comments
Ok marilah kita sambung progress. Marilah mariiiii siapkan progresss. Jangan lupa kewajipan pada keluarga. Heyyy! haha mood lagu mengundi legend sudah mari ;D

Disebabkan kami hanya nak membuat seketul rumah sahaja maka boleh dapat pengeculian planning atau term yang diorang guna ex-PA. Lepas kami jumpa pegawai MPAJ di Jabatan Planning untuk dapatkan ex-PA tiba-tiba dapat surpriseeee. 

Surprise tak boleh dapat ex-PA sebab luas lot dalam geran belum final. Syarat nak dapat ex-PA ni kena luas lot dah final. Luas sementara ni belum diukur secara halus lagi oleh juruukur yang bertauliah dari JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia). Semua tanah-tanah di Malaysia ni mesti dapatkan luas final dari JUPEM. 

So, kalau tak dapat ex-PA ni terpaksa buat town planning yang mana memerlukan hampir RM10k dan makan masa lagi untuk buat. 

Memang takk lah akak nk buat ni walaupun pegawai tu advise suruh buat. Buat town planning adalah last resort selepas usaha betulkan geran. Dari dapat berjimat kena pulak keluar duit lagi. Ingat duit boleh petik-petik macam petik ulam cicah budu terus makan ke. Masa tu akak memang rasa sedikit kuciwa. Tapi ku tahan jebat. 

So akak kena dptkan geran dengan luas final maka kehulu kehilirlah pegi pejabat tanah nak dapatkan sokongan. 

Alhamdulillah boleh je rupanya tukar geran luas sementara tu kepada final title dekat pejabat tanah daerah. Isi borang dan sediakan lampiran ic, pelan akui, carian rasmi title, geran. 

Pelan akui ni boleh je pegi beli dekat pejabat tanah negeri/JUPEM harga RM5 hengget shj. So apa-apa pun mesti kena ikut ukuran dekat JUPEM ni. 

Contoh pelan akui dari JUPEM

Like my case tak banyak beza pun luas dlm pelan akui dengan geran. Pelan akui luas sedikit dari geran beza kurang dari 1%. Premium ape semua tak perlu bayar. Boleh tukar geran dan dapatkan ex-PA tak perlu buat town planning. phewww. Satu perkara dah lepas. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga. Rasa satu achievement dalam hidup huhu.

So takde masalah laa nak buat rumah atas tanah tu tp kenape MPAJ mntk buat town planning jugak kan? Tolonglah jangan ikut buku sangat. Kalau tak boleh nak bantu memudahkan jangan tambah susahkan lg kami rakyat marhaen. 

Next dapatkan approval building plan dekat Jabatan Kejuruteraan.

Doakan urusan kami dipermudahkan.

Aminnnn

Pengalaman bina rumah atas tanah sendiri - Design Rumah [part 2]

Posted by Roshida Property at Thursday, March 29, 2018 0 new comments
Design proses yang lama

Percayalah masa anda akan terbuang paling banyak dalam proses nak buat design ni. Macam kami ambil masa setahun! Apa? Ya setahun nak buat design rumah seketul je uols. Untuk mendapatkan design yg bebetul mengikut citarasa dan praktikal.

Tu pun still rasa masih tak complete lg. Hahahaha mau makan bertahun lagi kalau ikut nepsu seketul cinet yg sentiasa tak gheti nak decide. Semua dia nak. Lepas tu pening kelapa architect nak design. Mana taknye hari hari adeeee je idea terkeluar dari seketul fikiran. Ubah sini ubah sana refine lg bagi just nice.

Antara tips yang kami cadangkan korang utk cepatkan proses design ni korang terus buat 3D seawal yang boleh lepas agak2 dah solid sikit floor plan.
Then mintak architect design beberapa contoh. Macam kami mintak 7 contoh rumah 3D. Lagi cepat korang start buat lagi mudah nak decide dan jimat masa korang. Antara perkara yang korang akan particular sikit untuk design macam

1- front design
2- material 
3- roof design

Finally, Selepas keringat bercampur daki darah dan nanah (euwwh) maka terhasillah final design untuk disubmit ke Majlis. 

Dapatkan approval majlis perbandaran (Pihak Berkuasa Tempatan) PBT

Kami agak tak beruntung utk part ni. Tp takpa pengalaman mengajar erti kehidupan yang tak pernah indah. So sad. Susah gila nak dptkan approval majlis! So far dah mengadap 4 kali. Adaaaa jaaa yang tak kena.

Setiap kali datang mesti ada yang tak kena. Semua info lain-lain pulak tu. mcm takde standard dan sangat tak memudahkan urusan rakyat marhaen. Sory i am a bit emotional on this. Sebab bukan kita nak buat rumah setaman pun. Nak buat rumah sejibik jer. Tp strict dia tu macam nak buat rumah setaman dan 80 tingkat dengan mall dan taman tema attach to it. Koh3 yaa ampunnn

But it is the truth. I dont want to blame anyone on this. But somehow something fishy is always in my mind. 

Dont they know how much money and efforts we have put to get to produce those drawings?
Its real man its real for me yg berjimat cermat since my early days start kerja yang tak pernah stay rmh lot yg stay rumah panjang then rumah flat. Lepas tu nak mntk kami buat macam2 semata2 utk penuhi majlis punya requirement yang memerkukan ribuan ringgit yang mana requirement tu tak perlu untuk seketul rumah sahaja. Langsung takda surat rasmi yang mengatakan kami tak memenuhi requirement. 

Sorry i actually nak share whats the requirement but get too emotional when i think back about it. 

So i share next entry ya.

Testimoni Kulit Kasar, Kusam dan Jeragat - Hilang Dalam 2 Minggu

Posted by Roshida Property at Monday, March 26, 2018 0 new comments
Siapa yang tak suka kalau ada produk skincare yang mudah, senang dan tak banyak songeh kan. 
Produk ni korang boleh guna jer pencuci muka yang korang tengah guna sekarang cuma spray sahaja selepas mandi dah nampak hasil kulit gebu dalam masa yang singkat. 

Iols pun baru guna seminggu tapi dah rasa kulit halusss mulusss tulusss gitu. Ramai jugak yang tegur. Husband orang pertama yang perasan. Bukan senang dia nak cakap iols cantik. Terus rasa nak terbang kelangit bila dia cakap okay la produk ni. 

Jangan risau produk ni ada kelulusan KKM so memang selamat untuk digunakan dan bahan-bahan yang digunakan pun memang dari bahan-bahan natural.

Jom aku perkenalkan produk yang menarik ni.

HYDRATING TONING LOTION

Produk brand Swisderm yang sesuai dengan kulit orang kita. Jom aku tunjukkan testimoni-testimoni 


Banyak kesan positif yang korang akan dapat pakai hydrating lotion ni. Anataranye:

  • Mengurangkan dan menghilangkan kedut dan kerut 
  • Mengurangkan jeragat
  • Melembapkan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengurangkan jerawat
  • Mencerahkan kulit
  • Kulit berseri 





Untuk yang mencari produk anti aging aku amat recommend produk ini sebab sangat effortless, less time and proven. 



Kulit kusam dah berseri cerah seceria pagi diufuk timur ;D


Teruja hakak tengok eyebag dia dah hilang uolss. Nanti kalau eyebag akak dah hilang akak post next entry occay. Sekarang pun dah kurang sikit sebelum ni macam anak panda yang dah balik china tu. 


Eyebag kat mana?? Eyebag kat mana?? Eyebag dah hilang. Menghilangkan eyebag dengan mudah. Tak perlu pakai macam-macam eye cream ka apa ka. Spray sahaja hydrating toning lotion ini tuan-tuan dan puan-puan.


Inilah cara untuk hilangkan eyebay dengan mudah. Penat akak cari cara nak hilangkan eyebag selama ni rupaya dengan semburan 2-3 kali sehari selepas 2 minggu boleh settle?? Sukaaa..


Pori-pori yang kasar macam ni selamber jer produk ni kasik halus. Ajaib sungguh teknologi kecantikan zaman millenium ni.


Nak lagi gebu gebas cerah flawless jer kulit tu boleh tambah guna 3S Capsule dari Swisderm juga. Ada 4 jenis produk Swisderm ni. Lagi 2 jenis tu aku tak familiar sangat. 

Kalau nak cuba kakak ni boleh post seluruh Malaysia COD di Ampang/KL atau PJ sahaja. Kalau korang stay area ni dia boleh hantar terus kerumah korang.

Agent dialu-alukan diseluruh negeri. Boleh contact kak ena ni kalau korang berminat nak jadi agent occay! Dia akan guide korang dari alif sampai yaa. 

Jangan contact aku sbb aku tak jual aku tau pakai jer ;D


Vacuum bagged atau bagless yang lagi bagus? Pengakuan jujur dari hati

Posted by Roshida Property at Friday, March 16, 2018 0 new comments
Hye i am backk! 

Last menulis berkurun masihi yang lepas. Bakat menulis pun dah hilang takpe jom asah balik kasik tajam.

Sebagai seketul perempuan yang kengkunun busy then tak sempat nak buat keje rumah pemilihan vacuum yang betul amatlah ditekankan.

Vacuum brand p ni aku dah pakai lebih dari 2 tahun jenis bagged dan 2 ketul lagi brand e dan s adalah bagless dah pakai lebih kurang setahun. Jom aku kongsi facai sikit pengalaman aku pakai ketiga ketulan vacuum ini. Semoga dengan niat murni ni dapat menjadi panduan untuk yang tengah mencari vacuum. Ape lagi nak tunggu kan, Joms!

Please bear in mind yang review aku ni tak berbayar dan ianya bebetul dari apa yang aku dapat selama menggunakan mereka mereka ini. Ianya mungkin berbeza dengan orang lain. Jadi pastikan aman tanpa perang OK! 

So utk ini I bukan nak cakap pasal brand tp jenis vacuum. So far I dah pernah pakai 2 jenis yg bagless dan 1 jenis yg bagged. Personal opinion I suka pakai yg bagged sebab suction dia power sampai kesudah dan less headache. Walaupun kne beli vacuum bag for me agak lama jugak nak penuh satu bag tu.

Guna yg bagless sangat xconvenient for me sebab lepas penggunaan kita kena cuci filter dan kosongkan sampah kalau tak habuk pun dia x sedut. Then after awhile even kita dah cuci pun suction dia still x improve.

I tak tau orang lain macam mana tapi ni personal opinion I sahaja takde kena mengena dengan makhluk yang lain.

Kalau u guys ada opinion lain sila share yaa. I pun nak tengok jugak apa pendapat umum.

Okay assalam.





Pengalaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri - Nak Cari Siapa? [Part 1]

Posted by Roshida Property at Friday, August 25, 2017 4 new comments
Peace be upon yaa!
.
Dituliskan sebagai ingatan.
Supaya tak lupa kesusahan dan kegigihan.
Up and down dah jadi makanan.
Dirikan rumah di tanah yg comel tahap gaban.
Design sahaja dah memeningkan
Bagi kami buat teduhan.
;D
.
Saya suka moden industri tapi cikbang tak berapa berkenan. Sadis.

Ada macam-macam cara nak buat rumah atas tanah sendiri. Tepuk poket dan ukur berapa dalam. Selami dalam-dalam sambil minum kopi. Silap ukur kedalaman memang masak lah nanti. Macam kami memang tak berapa nak dalam lah. Every cents count! Lagi-lagi aku yang melantik diri sendiri selaku akauntan rumah yang tak bertauliah.
.

 Untuk step pertama bagi rakyat marhaen yang tak mengetahui banyak ilmu mengenai civil construction, nak bikin pondok pun taktau inikan nak bina rumah, kami dah cuba macam-macam cara. Jumpa contractor lah. Jumpa pelukis pelan lah. Arkitek pun kami jumpa.
.

Antara ketiga-tiga party ni jumpa dengan arkitek paling menyenangkan untuk yang nak buat rumah dengan CCC. Sebab gov dah lepaskan responsible untuk issue CCC kepada arkitek. Lagipun karang-karang nak jual senang. Kot-kot lah dah tak mampu atau dah tak nak duduk KL boleh letgo. Kan hidup tak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Malam sinar tak berbintang. Itulah lukisan alam. *tetiba*
.

Mulalah hunting for arkitek.
.

Dah jumpa arkitek deal design dan harga. Mungkin ramai yang dah tahu fee arkitek standard 10-15% dari construction price. Try cari yang dapat bagi 10% pun dah cukup baik.
.

Dah penat mencari kami jumpa 1st arkitek dekat kedai mamak.
Bincang punya bincang kami berikan spesifikasi yang kami nak pung pang pung pang dah settle diorang balik buat single line drawing layout rumah.
.

Layout rumah adalah perkara pertama sekali kena mintak arkitek sediakan.
So next meeting boleh bincang layout dan harga terus.
.

Kami terimpress seketika dengan layout yg arkitek tu design. Memang lain dari yang lain.
.

Tapi malangnya bila masuk bab harga. Alamak aihh.
Tak perlu nak ukur-ukur poket. Sebelum mula construction pun duit dah mengalir bagaikan air terjun.
.

Kompom poket bocor teruk. kah3
.

Kami pun dengan baik minta diorg revise mana-mana yang perlu dan jumpa lagi next meeting.
.

 Tapi disebabkan poket akan kompom bocor teruk perjumpaan seterusnya dengan arkitek berkenaan tidak berlaku =P
.

Satu benda kami belajar dari perjumpaan tu pentingnya bina keserasian dengan arkitek. Sebab kita akan deal dengan dia dari awal sampai habis cerita.
.

Sudahnya teringat ada kawan yang kerja arkitek kami pun contact dia dan jumpa. Sangat mudah bekerjasaman dengan orang yang kita dah kenal. Nak cakap design macam-macam pun senang. Paling penting duit tak berapa nak mengalir deras teruk.
.

Fee dia boleh bayar include dalam loan. Tak perlu nak keluarkan banyak duit sebelum mula kerja kasar. Lepas tu cakap je nak mark up loan ke. Nak 100% loan ke. Semua boleh. Tapi kawan dah kasik betis jangan balas dengan **** pulak. kah3
.

Setakat ni kami dah jumpa 3 kali untuk bincang mengenai design rumah. Dia pun dah buat design yang bagi kami dah cukup ossem tahap melompat bintang.
.

Sekarang dalam process council approval.
.Inofficial council dah approve. Cuma nak isi form yang tebal berjilid-jilid dengan bahasa architecture/civil yang akak memang confirm tak paham. Sangat adoiyai. Tapi takpa semua architect akan buatkan =D
.

Hasil kerja seorang arkitek. Setakat ni kami tak keluarkan duit sendiri lagi. Bahgiaaaa. Semoga murah rezeki kawan ini.

Okeh kalau rajin nanti akan update lg okey.
KaLaUrAjIn
;D
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea