Pembedahan Laparotomy version aku ;)

Posted by Roshida Property at Friday, February 06, 2015
Salam rerakan taulan....;)))) Seperti perjanjian sebelum ni nak storry pasal operation aritu. Tapi ade silap sikit bukan laparoscopy tapi laparotomy daaa. Kes baru lepas clarify dgn doc. Ha ha.
 
Patutlah mc 42 hari rupanya aku jalani pembedahan laparotomy sbb tebukan xberapa besar pun 4cm sahaja tauu. 1 tebukan je pulak tu. Kalau sebut laparotomy mestilah aku igt open surgery yg kne pisau toreh besar kan? Huhh seriau tau dgr memang takk laa aku nak toreh besar sbb risikonya pun besar. Rupanya xdela besar mana. Tp tgk pada kepakaran doc jugaa maybe itu mmg kepakaran doc masitah mansor kt KPJ ampang puteri. Saaaaayang doc.
 
Kenapa Laparotomy?
 
Doc terpaksa buat laparotomy utk repair rahim aku yang terbalik. Kalau rahim okay just nak buang cyst boleh la buat laparoscopy je tebuk kiri kanan.
 
Sebelum pembedahan
 
Tengah2 malam buta cd hantar aku utk admit kt KPJ Ampang puteri. Dah dari luaran aku xsakit jadi dengan senyum2 jer aku serahkan diri. Hee. Start puasa malam tu jugak dan nurse masukkan ubat melalui anus utk kosongkan perut. Selang berape minit jer mulalah aku ke toilet. Mujarab ubat tuuu. Nurse check tekanan darah temperature dan amek darah mcm biase. 
 
Dah malam ngantok aku pun mula tido. Bangun pagi solat subuh rilek2 kejap kol 10 nurse tolak aku ke OT. Masa ni banyak2 doa dan syahadah jer sbb taktau apa akan jadi.
 
Doc tanya nk bius separuh atau penuh? Aku kata bius penuh sbb aku ni pentakut ;P
Bius separuh doc akan inject dan tanya ada rasa apa2 tak then just bagi ubat tido. Kalau bius penuh doc masukkan gas melalui mulut/tekak dan terus aku tak sedar dunia. Kesan dari bius penuh agak lama untuk sedar dan akan rasa nak batuk. Seksa wooo batuk lepas operation kena batuk2 manja je utk tahan luka diperut. Xpuas batuk. Jadi sediakan ubat sakit tekak awal2. Untuk kesan yang tidak menyiksakan better lah amek bius separuh.
 
Kol 11.30am settle pembedahan. Sejam setengah lebih kurang.

Tulang belakang memberi semangat berkobar2. Tukang amek gambo pun lg berkobar ;D 
 
Selepas pembedahan
 
Lama gak aku nk sedar balik dah nak maghrib pun aku mamai2 lagi. Nurse bagi ubat tahan sakit pada luka pembedahan. Malam tu nurse dah suruh aku gerak mengiring kiri kanan sbb dia tengok aku dok tido baring je. Ha ha. Risau luka tu beku kat dalam katanya. Nak mengiring sakit tapi pelan2 la aku gagahkan jer. Banyak guna kekuatan tangan nak jaga bahagian perut supaya menten gitu.
 
Malam tu masa nak buang air mula2 perghhhh kenapa sakit sgt ni. Rasa menyucuķ mcm kne tikam sampai mak aku kne papah g toilet. Toilet selang 2 katil pulak tuu. Nanges lah aku nk ke toilet smpai aku request nk bilik sorang x kira lah penuh ke x penuh. Nurse pon kesian tgk aku sengsara agaknya dpt la tukar bilik sorang malam tu jugak. So make sure la katil kt sebelah toilet sng sikit nak gerak. Kerap jugak aku ke toilet. Tambah lagi seksaaa nk bangun dari katil. Nasiblah katil tu boleh turun naik guna remote. he he he
 
Makan pun xberapa lalu. Memang kurus la aku kat spital masa tu. Seronokk sebab kurus ;P
3 malam berkampong kat spital cd siap bawak toto kaw. hohoh. Jomlah balik bang kesian lak tgk awak duk spital ni. ;D
 
Sign dan tgk bill RM17k *gulp*telan ayaqliuq* sambil berkata naseb ada insurance. ;D

Kasi turun itu tanda tangan
 
Bermulalah episod pantang dan cuti panjang 
 
Yang dapat aku simpulkan tujuan utama pantang kita adalah untuk menjaga supaya luka xgatal, cepat sembuh kering dan x bernanah. Antara makanan2 yang aku suka masa pantang:
 
1- Ikan merah masak sup (feberet no 1)
2- Buah Oren (Tiba2 jadi feberet sebab nk luka cepat sembuh punya pasal)
3- Ikan masin talang
4- Sup ayam kampong
5- sayur sawi rebus
6- bawang putih panggang (sedapp diratah)
7- ikan bilis
 
yg wajib aku ambil madu + pati delima + olive oil organic.
 
Aku makan jer tumis2 oleh kerana tekak aku xberape gemor rebus2 sangat. Okay kot asalkan kat tempat luka xrasa apa2 dan badan kita kuat. Kalau xokay tu mmg lepas makan jer amek ko komfem sakit2 badan.
 
Sekejap je rase cuti. Skrg I'm back to office as usual. Looking forward utk pantang lagi. Tapi dengan si kecil insyaa Allah. Heeeee bila tuu? Wo pu ce taw loooorrr ;D

Sakit sakit pon nak begambor youuu~ ;D

6 new comments:

sweet tooth said... Reply To This
rajin shida pantang eh... i part pantang ni fail...huhuhu...
cinet said... Reply To This
rajin xrajin sangat...ada mak jaga bagi makan saya bedal jerr...pantang jumpa ke kak nina..hehehe@sweet tooth
mummy_ayu said... Reply To This
alhamdulillah..semua berjalan lancar. semoga cepat sembuh & cepat2 dapat baby..insyaallah. salam kenal dear!
Farah Patrova said... Reply To This
Salam. saya harap awk dh getting better.. nak tanya..kawan sy pun kena buat laparotomy utk buang cyst + tumor.. so sy nk tanya recovery dia utk blh bgn gerak brp lama ya?
Farah Patrova said... Reply To This
Salam. saya harap awk dh getting better.. nak tanya..kawan sy pun kena buat laparotomy utk buang cyst + tumor.. so sy nk tanya recovery dia utk blh bgn gerak brp lama ya?
cinet said... Reply To This
Actually selepas pembedahan tu dah kena gerak2 sikit takut darah beku kat dalam..gerak2 perlahan..pusing kiri kanan mcm tu..mcm sy 1 hari lepas bedah dah gerak g toilet tapi kadang kena orang pimpin..dalam 3 hari lepas tu dah boleh g sendiri..mandi sendiri semua..tapi pelan-pelan la..xdela gerak laju..hehe dun worry insyaAllah takde ape-ape2..@Farah Patrova

Say a Buzz!

tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea