Pengalaman bina rumah atas tanah sendiri [Part 4] - Finally Approved! Fuhh Fuhh

Posted by Roshida Property at Wednesday, July 17, 2019 4 new comments
Akhirnyaaaa.. kini pasti kumerasaii cinta nan suci..
bahagia pabila ku bersama sungguh indahnyaaa..
ok dahh3x cukup utk ujan kali ni tak payahh aku nak siram pokok..;P

so selepas tujuh puluh kurun masihi (sebenarnye 2 tahun) dapatlah sudah appoval mejelis. Syukur yang tak terhingga..semuanya dengan rahmat dan belas kasihan dariNya..bukan kerana usaha kami sangat pun..alhamdulillah..

susah bhai nak dpt approval mejelis. aku hampir givap tp nasib baik ada cikbang tolong kasi moral support. masyaa Allah, Allah shj yang tahu perasaan nak go through process ni. macam2 dugaan. Siap dah fikir ni kalau kita beli je rumah kan senang. bayar terus dapat seketul rumah dgn jayanya. Tapi kami mmg suka cabaran. Cewahh (haritu bukan kau nak menangis dah dekat ofis mejelis? koh3x)

Orang kata dah terlajak nak buat macam mana khan. Baik kita teruskan. Tak baik buat kerja separuh jalan (ayat nak sedapkan hati).

In syaa Allah..kami akan masuk fasa construction tak lama lagi. doakan kami ya! Kami pun doakan kalian semua dimudahkan urusan. Niat dihati nak ambil gambar utk progress bina rumah tu. Kalau ada rezeki nnt kami akan kongsikan. Ade ke yang nak tgk. Kalau takde pun sy nak kongsikan jugak.  

Stay tune ;D

Assalamualaikum.

pandangan depan

pandangan sisi

pandangan atas




 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea