Agar-agar Pandan Atkins

Posted by Roshida Property at Monday, November 09, 2015
Time-time diet atkins banyakkkk sangat dugaan. Sape-sape yang tak betul-betul kuat iman
 memang kirim salam laa. Gemuk la kaw kat situ cinet! ekekeke!

Oleh kerana teringin sangat nak makan manis-manis maka terhasillah agar-agar buat minum petang utk atkiners. Cewwahh. Sape-sape nak try resepi kat bawah yer.

AGAR-AGAR PANDAN ATKINS

bahan-bahan:
1 liter air
11g agar-agar tali
5 titik stevia
Pati pandan
1 cawan santan (Kara rendah carbo)

Cara-caranya:
Rebuskan agar-agar dengan air sampai cair. Kalau berketul-ketul sila tapiskan dahulu sebelum tambah bahan-bahan lain. 
Tambah bahan-bahan lain dan tunggu sampai mendidih.
Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Lepas tu boleh ngap!

Baru lepas tuang. Panas-panas lg dah posing.

Sekejap dah licin! suami-isteri diet lah katakan. Mahu tak habes.
Lega tekak den dapat makan macam ni walaupun manis tu mcm pelik. Sebab guna stevia kan. Tapi lepaslaa terliur tengok orang makan. Agagagga

Menu of the day! ;)


1 new comments:

bakare said... Reply To This
Salam, saya baru mengamalkan atkin diet ni.nak tanya berapa sudu teh pati pandan tu? Saya ni baru belajar masak bab2 kuih dan agar ni. Tq in adv atas replynya

Say a Buzz!

tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea