Resepi Meatball IKEA Super Lazat dan Halal Atkins :)

Posted by Roshida Property at Tuesday, December 29, 2015
Walaupun IKEA Cheras hanya 1 kilometriko jer dari rumah aku, Aku tetap buat meatball sendiri. Dan haselnya saaaaangat membanggakan tekak aku KAH KAH (betul tak tipu ok!)

So kalau korang nak try resepi meatball yang halal atkins tapi super lazat ni boleh la ambil pen dan kertas sekarang ok. Boleh salin resepi yang best ni ;P

Bahan-bahan meatball:
  
500g Isi daging 
5 sudu besar Heavy cooking cream (aku guna brand anchor aku beli kat kedai bakery bagus, cakap jer kat adik Bagus tu nak cooking cream anchor)
1 sudu kecil rosemary
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar butter
1 biji bawang besar dadu

Cara-cara masak meatball:

1- Tumis bawang dengan butter.
Harus tumiskan butter dengan bawang merah macam ni sebelum masuk dalam blender baru dia jadi meatball IKEA ;P

2- Satukan semua bahan dalam food processor dan blend sampai halus mulus dan tulus.
Kasi blend kisar macam ni. Guna food processor supaya tak perlu letak air. Dan tekstur nya lebih halus

3- Dah blen buat bentuk bulat-bulat macam kat gambar bawah ni.
Okey buat bulat-bulat macam ni sebelum goreng. Nama pun meat"ball" kan. kena la bulat-bulat.

4- Dengan sedikit minyak olive oil atau minyak biase pun boleh gorenglah meatball tu dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Aku guna olive oil sebab boleh guna lebihan lepas goreng tu untuk buat kuah/sauce dia. Lagi mantap rasanya nanti. Baru ada umph!

Jom buat sauce dia pulak. Sauce dia ni memang sedap sangat-sangat.

Bahan-bahan sauce meatball:

2 sudu besar Butter
3/4 cawan heavy cooking cream
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil kunyit untuk warna
garam agak lemak-lemak 

Cara-cara buat sauce meatball IKEA:

Tuang semua bahan dalam periuk dan masak seketika atas api sederhana. Kalau pekat tambah air sikit ya. Nak sedap lagi tuang jer terus dalam minyak yang goreng meatball tadi.

DONE!

Senang jaaa kan. Lagi pun masak kat rumah ni kan lagi afdhal. Makan kat luar banyak sangat benda asing alien masuk dalam perut. Kesian perut jadi mangsa menerima macam-macam bahan perisa, pewarna yang sebenarnya PUNCA SEBENAR kita GemS (Gemuk dan gempal jadi gemS) 

Gravy yang dibuat dari bahan-bahan didapur ni memang terbaik tau

Walaupun presentation tak semantap mana tapi rasanyaaa masyaAllah.Sedappp weii! Tolonglaaa cuba buat ;D


2 new comments:

sweet tooth said... Reply To This
Nice! Nanti akak try :-)
cinet said... Reply To This
Hihi..air tangan sendiri tu yg penting..;D

Say a Buzz!

tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea