Jalan-jalan ke Cameron Highland - Review Hotel Baru Aranda Nova Sangat Cantik!

Posted by Roshida Property at Tuesday, December 29, 2015
Dapat jugak ke Cameron pada cuti lepas. Lepas gian sebab dah lama tak ke Cameron. Cameron ni macam ade "something" yang buat aku asyek nak datang kesini tau. Aku rasa korang pun sama kan? Sebab apa? Sebab seram sejuk tak gitu ;D

Perjalanan dari KL aku ambil exit di Simpang Pulai sebab dah serik lalu dari Tapah. Jalan sama jauh tapi mencabar tahap pemanduan formula F1 kalau nak lalu. Daripada kecut perut sepanjang perjalanan lebih baik ikut jalan yang luas lagi terbentang. Hihi

Menarik jugak Hotel yang aku stay masa bercuti ni jom aku sharekan. Sebab Hotel baru mestilah serba serbi cantik lagi kan. So aku pun terjah. Asal mula-mula nak stay kat Hotel Copthorne (sebelum ini dikenali dengan hotel equatorial) tapi dah rate pun sama baik aku stay kat hotel yang ada bau baru.

Lagipun hotel ni sebelah jer dengan hotel copthorn di kawasan Brinchang. Betul-betul dekat simpang nak masuk ke Ladang Teh Boh dan gunung brinchang.

Jom layan apa yang ada kat Hotel ni?

 Haa tengok dari luaran sahaja dah cukup mengujakan tau nak menginap kat sini. 
Di bahagian bawah hotel ini ada cemeron square shopping complex. So malam-malam memang meriah.

Konsep dia katil duduk dalam cermin kaca dan ada ruang tamu yang boleh bersantai. Design moden dan luas boleh anak-anak main lari-lari.


Ini yang paling aku suka sebab ada balkoni. Fuhhh dapat fresh air dari greenery di Cameron memang syokkk oo.


Haaa inilah bilik dia asing dari ruang tamu. Sesiapa yang nak tido takdelah terganggu oleh orang yang nak tengok tv dan buat bising memekak orang nak tido pon tak boleh. Eh!


Katil queen dah habis so ambil saja katil double single.


Ruang dapur mini ade microwave siap ade sinki. Ok la not bad walaupun dapur masak takde. Hihi 



Toilet biase-biase yang penting bersih dan baru tiada bau bau yang tak di ingini. 


Pemandangan yang boleh menghilangkan kekusutan di jiwa. Otak boleh waras lepas tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. hehe


Luas kan? Nampak pulak aku tengah kusyuk photo taking.


Sambil lepak tengok TV dan main WIFI disini. 


 Okbai dah habis nak checkitout. Cemeron Highland tak puas lagi nak datang lagi kat sini! Kalau boleh nak duduk sini. HAHA

Boleh check details kat sini
www.aranda-nova-cameron.com
The square, Jalan Aranda Nova 39100 Greencow
Cameron Highlands Pahang
06-4968805

0 new comments:

Say a Buzz!

tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea