Showing posts with label property. Show all posts
Showing posts with label property. Show all posts

Cara Paling Cepat Periksa Market Value Hartanah

Posted by shidasanmil at Monday, November 30, 2015 1 new comments
Oleh kerana mood aku terr--baik harini meh-meh kak long kak ngah kak chik sume-sume la bak sini aku share sikit antara website-website yang aku selalu guna untuk menilai "value" sesuatu rumah. Bak kate orang nak beli rumah babe! bukan nak beli sayur kat pasar. Kena buat study la sikit. Sekurang-kurangnye study yang aku nak share ni wajib dan mesti buat. Kena tau wokay ka tara wokey ka yini ruma? Ini ruma ada worang mau bili ka nanti? Berapa harga yang wokay untuk yini ruma? Memacam la lagi malas aku nak menaipnye.

So website-website ni akan membantu korang menghilangkan gundah gulana difikiran dan resah dihati. Bagi aku ni teknik pantas menilai hartanah. Petik petik kat keyboard dah tau voley beli ka ta voley yeetuu maciam. Tapikan teknik ni hanya sesuai untuk hartanah subsale sahaje ok. Kalau untuk rumah baru maybe boleh untuk check harga rumah kawasan sekitar. Penting juga tu.

Susulan dari entry aku Pengalaman beli rumah lelong aku ade cerita dengan panjang lebar pasal market value. Aku stresskan MV ini teramat penting. Layan dia macam nyawaa okay ;P

So sila chekidout 3 website ini sebelum beli hartanah ok!

1- http://www.theedgeproperty.com.my/

Website ni sesuai sangat kalau nak buat detail study sikit sebab dia ada memacam feature. Boleh tengok trend harga rumah kat kawasan tu, boleh tengok reference price property yang korang nak beli dan lain-lain. Kalau nak tengok MV yang lagi direct boleh guna website yang kedua kat bawah ni ok.


See I told ya siap boleh tengok trend ;P

2- http://www.brickz.my/

 Dalam brickz ni dia akan listing real transaction jual beli rumah kat tempat yang korang cari. So korang boleh tau paling latest berapa harga yang bank boleh tawarkan kat kita. Just type nama tempat atau nama taman haaa ambik keluar semua info-info berapa per square feet semua hadoo. Actually website ni yang paaaaaling aku soka. Sebab senang hehehe. Contoh ade aku tunjuk kat bawah.


Ni contoh aku cari untuk taman pandan jaya. Highest adalah 514psf which is 100% sebijik sama dengan apa yang aku tanya kat bank.

3- http://www.mudah.my/

 Last sekali dont ever-ever lupa checkidout mudah.my. Boleh tau range harga hartanah tersebut. Berapa sewa rumah tu so boleh kira berapa rental return sebulan. Mudah yaaa hamat. 


Aku memang chentaaa mudah.my. Thank you mudah!!

Benarkah Penyelesaian Membeli Rumah ke-3 Dengan IHC? Hasil Analisis Terperinci ;D

Posted by shidasanmil at Friday, November 13, 2015 3 new comments
Disclaimer: First of all, actually info-info mengenai IHC ni pun aku dapat dari blogger aku cuma buat kesimpulan sendiri bagi tujuan pembelajaran setakat ilmu yang aku ada. Kalau salah tolong tunjukkan. Ilmu yang ada kalau dikongsi akan hidup dan sampai kepada tuan empunya diri. Kalau tak boleh mohon roger and out ok. No heart feeling.

Topik series ayat serious habisss. 
;D


Semua pun aware pasaran hartanah sekarang berpihak kepada buyer. Tengok pameran-pameran bunting-bunting banner-banner estate-estate ada yang bagi promotion sampai 19% rebate! Untung siapa yang mahu beli rumah pertama dan kedua. Tak payah susah hati keluarkan duit deposit. Seronok kan!

 Yang tak berape seronok kalau nak beli rumah ketiga hanya dapat 70%. Mana nak cari deposit ribuan-ribuan ringgit itu.

Setakat ni saya dah menjumpai 3 kaedah berkesan untuk menyelesaikan masalah ini.
1- Jual/Refinance rumah pertama (Dapat cash boleh rolling 30% deposit rumah ke-3)
2- Jual/Refinance rumah pertama (Buat full payment rumah ke-2)
3- Tubuhkan IHC (Kali ni nak fokus yang ni jer. Sebab baru tahu hari ni T_T. Bunyik mcm menarik. Jom kita teroka. Indah ka idak pemandangannya atau hanya semak berselang belukar ;D)

keLEBIHan

Dapat kekalkan loan individu 90% (selepas transfer 2 rumah ke buku IHC)

keKURANGan

Pembiayaan hartanah sebanyak 60% sahaja VS individu 90%/70%
Perlukan sekurang-kurangnya 2 orang 
Kos penubuhan IHC sebanyak RM3000
Kos pihak sekretari dan audit (tahunan ~RM2000)

perSOALANnya

Nak cari orang untuk buka IHC?
Dimana untuk mohon IHC?
Mudah ke permohonon IHC ni?
 Mudah ke dapat loan oleh IHC 60% itu?(soalan paling penting, buat ape korang buat company kalau tak boleh buat loan betul tak? tak menyelesaikan masahalah langsung)

keSIMPULan
Mudah jer kesimpulan saye. Saye buat 3 kesimpulan. Boleh proceed dengan tenang jika:
1. kita dah yakin boleh bayar duit sekretari dan audit ~RM167 sebulan (RM2000 setahun) dari investment kita
2. Kita yakin account investment kita dah mantap dan menjaya income setiap bulan/harian
3. Kita yakin bank akan berikan loan 60% kepada akaun IHC kita (aku pernah tanya bank islam pasal loan untuk IHC. Dia macam tak pernah buat. Mungkin kena tanya yang lebih otai)

Thank you bloggerians yang banyak share-share pengalaman korang. Ahkak is tabik spring toing toing toing. Walaupun sebelum ni ahkak banyak redah sampai pecah. Tapi sekarang dah bijak sebelum cari bucu apa kata cari ilmu dulu. Takdelah sampai pecah retak sikit-sikit apa ada hal kan. Sebelum ni  dah pernah pecah whatt ;D


3 Pengajaran Termahal Dari Rumah Lelong yang Semua Orang Taknak Rasa

Posted by shidasanmil at Monday, October 19, 2015 3 new comments
Rumah lelong kalau kena caranya memang boleh buat duit. 

Kalau tak kena cara boleh migrain nampuloh hari nampuloh malam. Macam apa yang aku lalui satu ketika dulu. Menangis kat bucu katil sambil makan pop corn ;D

Di kiri side bar blog ni ada aku sediakan link "Kawan usahawan terbaik" ramai blogger-blogger hartanah yang share ilmu mereka. Sila klik ok.

Aku share ni supaya orang lain tak merasai pengajaran "manis" macam yang aku rasa sebab aku tau semua orang pun memang taknak rasa dan janganlah mandai-mandai nak rasa biarlah kalau boleh aku sorang jer yang rasa. 

Pengalaman aku beli rumah lelong kali kedua banyak mengajar aku supaya lebih celik kira-kira. 

Dan 3 perkara ni memang aku terlepas pandang: 

1- Tak celik Market Value

Untuk orang muda (ehems) macam aku haruslah memerlukan loan untuk membeli rumah. Disebabkan proses membeli rumah lelong ada "had masa" untuk membuat bayaran penuh yang selalunya 120 hari. Adalah disarankan untuk mengambil loan dengan bank yang sama untuk mudahkan proses. 

Perlu ingat setiap bank ada valuer sendiri dan setiap valuer menilai unit dengan harga yang berbeza.

Jadi ambil tahu berapa market value unit yang anda nak bid dengan bank berkenaan. Ini penting untuk point no 3.

2- Ikut perasaan

Kalau dalam hati korang terdetik "aku kena dapatkan unit ini" Aku nasihatkan silalah hire agent untuk bid untuk anda atau anda tidak pergi membida. Ha ha

 Jika tidak yang nahas poket anda sendiri. 

Rindu nak membida lagi. Ada rezeki masuk lagi nanti insyaAllah.

3- Tak set maksimum target price dan follow

Maksimum target price ni bukan suka-suka nak letak. Kita kena kira. Lepas kira kena install dalam minda ini sahaja nilai untuk unit Si fulan. Lebih dari ini Si fulan tidak bernilai lagi. He he

Macam mana nak set maksimum target price supaya masih rasa untung? Berapa breakeven value?

Yang cantik setkan 90% dari Market Value. Kurang lagi bagus ^_^
Sila jangan ikut 3 pengajaran ni kalau korang taknak rasa apa yang aku rasa. Sengsara seketika tapi masih manis sebab kan aku makan pop corn tadi ;P

Sekian. 

;D
Stylo mamat ni datang auction ^___^

Homestay 1.0 Dah Siap? Whoooop!

Posted by shidasanmil at Monday, May 12, 2014 7 new comments
Assalamualaikum.

Dan selamat pagi tuan2 dan puan2 ;D 
Berhemat sgt akak kite hari ni. Pasaipa buang tebiat. Pasai projek homestay yg konon2 nak buat sesedap rase. Last2 haku yg terduduk nak siapkan projek homestay tu beria gila. Baru terduduk belum tahap terkangkang lg okay. Iouls kene jage imej. Muehehe.

Berbulan jugak aku nak buat sebab iouls mana ada orang gaji. Semua sendirian berhad babe. Buat sendiri hias sendiri kemas sendiri pehtu puji diri sendiri. Itu memang dah keje aku. Memang marbeles kan. Berbulan tu jugaklah masa aku di isi dgn perkara berpekdah. Kohkohkoh nampak x ayat nak jage imej lagi.

Kalau tengok rumah ni lepas tenant somalia tu moved out sgt sadis. Memang tak lah ade org nak duduk rumah tu. Mcm xde gaye rumah. Tengok dari luar je dah seram. Belum masuk lg. Wakakaka tabaik kan aku. Tapi stended lah kan rumah sewa mindset xsama mcm rumah sendiri. Xpe aku maafkan. ;P

Pikcar sebelum
Korang tafsirkanlah sendiri nnt cakap aku membesar2 kan ceghita pulak. Xsedaplah kan. *mesti korg rase macam ade aku kesah keeee? Haha psycho giler aku siap tau ape korg rase. Aku ke rumah yg serammm sekarangg?* muahaha.

Pikcar selepas
Dan ini adalah selepas aku terduduk sikit lg nak terkangkang. Hak hak ok imej dah tercalar sikit +_+

Amacam ade x rase seperti "Hekelehh kaw terduduk baru siap sheghupe ini?"
Wuwu. Ini je yang termampu oleh shaye syetakat ini -___-
Banyak halangan onak duri dan cobaan aku nak buat projek ni tahu. Duit mengalir satu citer.
Dua citer pulak aku pon dalam process nak pindah rumah. Jadi barang2 yg aku plan nak letak kat homestay kene hold skali time nak mengangkut naik lori hujung bulan ni. Bajet dan xrenyah.
Baek punya plan. Alhamdulillah Allah mudahkan yang ini.

Rumah ni xsempurna pun. Aku mintak mahap siap2 kat tuan2 dan puan2 yg bakal menginap disini nanti diatas segale kekurangan yg ade. Yerlah itu pon aku dah terduduk taw. Harap memahami. wawawa alasan sangat ngkou ini. Nanti ye aku buat entry khusus ceritakan detail ciri2 sendu dan senda homestay ini. Subjek to tahap kerajinan aku dan permintaan org ramai. Muehehehe. Motipppp mcm ada org nak request. Puiii ini semuaa doniaaa.

Muahaahahaha.

*gelak jgn sherupa syaiton ok. Imej tu. Imej tu kene jage.* ;D

Thanks for reading!

Total Damage Project Homestay 1.0

Posted by shidasanmil at Friday, April 18, 2014 2 new comments
Salam Jumuah Barokah.
Arini terasa behave sgt. kan ari jumaat. ;D

Alhamdulillah arini aku masih lg bernafas dgn molekul2 oksigen secara percuma.
Aku suka Jumaat. Mesti ramai suka Jumaat kan. Jumaat kan penghulu segala hari.
bukan sebab esok wiken taw. Dah mula la nak berjimba tu. ;)

Project Homestay 1.0 yg aku launch haritu dah almost 70% siap.
launch kate kaw xnak kalah. ^__<

Oklah takmo kembang idung dah, ni aku bahagikan projek ni kpd 3 bahagian.

Satu Bab Renovation
Dua Bab Perabot
Tiga Bab Hiasan dan Kecantikan

Kali ni dikhaskan utk Bab Renovation. Bab Perabot aku dah citer sebelum ni.
Tinggal bab Hiasan dan Kecantikan. Xdela cantik mana asal ada langsir dan cadar cukuppp. ;D

Seminggu kontraktor bertungkus lumus siapkan tiles dan cat balik rumah tu.
Overall aku sangat puas hati dgn hasil kerja dan kerjasama dgn bro kontraktor yg aku hire ni.
Tak byk bunyi. Hanya hacker dan grindernya saja yg menjerit. hehe

Bro ni hire pekerja dari bangladesh. Seriyess diorang mmg rajin bekerja. aku xdela buli diorg.
tapi adela sikit2 time aku lupa diri. bila balik konon2 rasa bersalah. hihi
nasib diorang rilek je. semua org pun cari rezeki kan.
Tgh pasang tiles. Cat dah settle tenang sikit dr color pink terang. Cat dulu sebab air kne catu 2 hari. Sempoii. Kesian gak kt diorg ssh xde air. 
kalau berminat nak dptkan service bro ni contact dia aku tglkan kt bawah ni nnt.
aku xamek komisyen ape2 pun. Aku recommend je taw.
kalau ckp nama aku kt dia pun dia x bg ape2.
tp kalau nak ckp boleh je. ckp la sy tau dari puan roshida dan encik rashidi yg renovate rumah kt sri tioman taman melati tuuu. hehe joyah sgt.
 org kata kita berbudi org berbahasa. gittuuu baik sgt arini ;)

company bedezup ventures
khairul
011 28556001

next projek kalau ada rezeki lebih nnt aku mmg ambil diorang lagi.
tp setiap org rezeki berbeza kat aku skrg ok esok lusa kelaut pula mana nak taw kan. kalau ape2 jgn maree aku yea. hehe

Total damage utk projek ni RM5880. Terpaksalah hakak menabung kembali. sebab itu fulus sudah lari.


hasilnya? next entri aku isytiharkan completion projek ni dan ala2 opening sesambil tu promo skali. ;D

Minggu ni husband outstation.
Masa ni la nak bermalas2an.
penyakitt M datang bertubi2.
hak hak hak

Perabot untuk Projek Homestay 1.0

Posted by shidasanmil at Wednesday, April 09, 2014 4 new comments
Semangat aku nak update pasal homestay tgh membuak-buak.
Jadi harap maklum aku akan cerita pasal homestay ni sampai aku muak.
eh mcm pantun pulak -___-

kronologinya.
dalam post yang lepas (nk baca klik sini) aku ceciter penyewa somalia tu dah kosongkan rumah.
perasaan? lega yang amat-amat. hihi jgn tanya kenapa. 
kontraktor pun aku dah confirmkan. aku cakap aku nak cepat siap. tiles nak beli sendiri.
pening kontraktor tu dpt client mcm aku. gasakla. ;D

aku xdela nak hias homestay ni gempak-gempak. 
cukup sekadar aku rasa puas hati dan x membazir. membajir kan amalan syaitonnirrojimm. *baik x aku*

masuk bab perabot nak beli yang baru quality x seberapa tapi mahal. 
yang quality super saiya mmg riban-riban lah.
tiba-tiba tingggg~~~ keluarlah idea bernas dan geliga tahap boleh bikin batu cincin.
go for second hand furniture! (shf)

keje aku jadi bertambah mudah sbb adenye blogger yang bertaraf 5 bintang (suke-suke yeop je bg bintang..hak hak jgn mara gabanese princess).
dia share mengenai kedai perabot 2nd hand..boleh usha kat blog dia kat SINI. 

ada 2-3 tempat jugak dia round. yang best sampai buat aku rasa nak hantok kepala kat dinding kedai tu sebelah rumah aku je jahh oii..
xpnah2 la aku nak menyinggah..konon blagak la xnak beli yang seken..puiiii skrg yang seken ni la ngko borong sampai licin...sgt berbaloi-baloi. ;D

sofa L shape ni aku rembat sbb homestay xkan xde sofa kan..harge dia RM450.

Aku amek katil kayu yang belakang tu..aku suka kayu solid mmg tahan bertahun-tahun. harga RM280.

untuk bilik lg satu aku amek katil kayu belakang tu..harga RM300.
kedai shf yang aku terjah ni kat simpang taman melati nak ke LRT gombak tu. bertentangan masjid salahuddin al ayubi.
ade kedai makan nasi ayam dara jugak dekat-dekat situ.

aku mintak dia hantar kt rumah. siap angkut dan pasang skali. naseb dia setuju. sbb aku mana ada lorry dan kuderat nak angkut sume-sume tu kan. 
nanges teresak-esak aku kalau suh aku angkut -_____-

ok bab perabot half settle.
peluh-peluh tiak aku nak siapkan homestay ni. hak hak

wish me lakkkkk.

[Shower Screen] Mission di Perfect Livin'2014

Posted by shidasanmil at Wednesday, April 09, 2014 0 new comments
Semua mesti x suka kalau dalam toilet tu air menjejeh-jejeh kat lantai kan.
Mula rasa geli-geleman dalam hati nak pijak kat lantai tu sambil jengket-jengket mcm badot sarkes. 

 Jadi bagi mencari solusinya marilah membeli shower screen. *gaya mcm model kat bawah..bhahaha* nak basah mcm mane pon sikit aku x kisah kat area shower tu. Janji area sink dan lain-lain kering bebas tanpa air di lantai. wah sampai cenggitu. Ni la menda yang aku cari selain cari hob + hood n oven kat PL aritu yang aku dah cerita kt sini. 

Inilah hasel kami pergi Perfect Livin aritu..tgk harga dia dah terang-terang RM720 utk 4 x 6 kaki.huihui
muat-muat toilet cheq ja
Ada dua tiga jugak vendor yg provide service buat shower screen ni. yang menjadi pilihan aku adalah Reliance Home sbb dah tentulah dia yang paling murah..vendor lain dgn saiz yang sama harga RM990. maka sudah menjadi kewajipan kita untuk pilih yang tidak sembelih ok.

Diorang boleh datang rumah ukur dan pasang sampai siap dgn harga yang tertera.

Address vendor yang buat shower screen aku:

Reliance Metal Industries Sdn Bhd
No 3 Jalan Taming 2A
KWS Perindustrian Taming Jaya
43300 Balakong Selangor

ok belakang rumah ibu den jaa...hak hak

Thanks!

[hood + hob + oven] Berkampung di Perfect Livin' 2014

Posted by shidasanmil at Wednesday, April 09, 2014 8 new comments
Hari Khamis 3 April 2014 aku pergi Perfect Living. ok so?  
org lain pun pegi jugak kot...*tgn ke bahu, mata juling ke atas*

Ari Saptu 5 April 2014 aku pergi perfect living gak..eh xde keje ke?

Ari Ahad 6 April 2014 ponn aku pergi Perfect Living gak...mmg xde keje...muahahaha..mcm xde keje sangat ngko ni cik puan cinet. org kt PL tu pon dah boring tgk muka ngko...ari-ari datang, tanye banyak soalan dgn gaye yang poyo mcm confident sgt nak beli, tapi hampeh x beli pon...wakaka lantakkann..janji aku puas hati dengan duit yang bakal aku laburkan..*kembang idung*


tapi kalau mak baca ni mesti mak marah...-___- 
kampung Sik hengko x balik ngko pegi berkampung kt PL pulak..
mntk ampun mak dah lama x blk kampung...cantik betul perangai menantu mak ni..
secantik orangnya...-___^ heh?

Ape yang aku cari kt PL?
salah satunya set hob + hood + oven..salah dua-tiga-empat mmg byk tp
lain kalila aku cerita nooo..

Kat PL ni senang sbb semua brand duk kt dalam satu bumbung...
jd sonang la nk compare-compare gitu..nak senangkan pencarian set kan kat dalam minda jenis yang mcm mana yang kita nak..first skali nk yang advance ke basic? senang kate rajin masak atau "terlampau" rajin masak mcm aku...bahaha

then go for quality...3 ciri-ciri yang wajib aku setkan utk hood mestilah senyap, senang nak cuci/maintain dan cukup suction...untuk hob api mesti kuat dgn nyalaan sempurna..*poyo* dan untuk oven aku nak yg basic saja...sbb aku bukan nak bukak bakery..eh
lain-lain mcm warranty dan durability..ye la tu sbnrnya nak yg cantik kan? -_____-

sebagai pengguna bijak..eh bijak ke? tah-tah dah kena kelentong dgn sales person tu...hehe
adala 5 brand yang mencabar kebijaksaan aku sbg pengguna..mereka adalah zenne, fotile, rubine, lebenstil dan fagor..yg lain-lain (banyak giler ok) aku tgk jgk tapi xbrape tertarik dan dabomd..sbb bykkk sgt jadi bagus narrow down choices supaya mudahkan keja ngko...

mcm aku tgk electrolux, rinnai...aku xberape minat..sbb harga pun xbrape syok dgn ciri-ciri yang x menepati..cewah..hampunkan saye pada pengguna brand ini..

Zenne
brand ni katenye rollover dari national dan panasonic...berpangkalan di seri kembangan...yes, malaysian brand..aku suka tapi cik abe x suka nnt aku ckp knp dia benci sgt dgn zenne ni..aku suka sbb murah dan boleylaa utk aku yg "terlampau" rajin masak ni kan...RM2900 dapat 2 free gifts..warranty 3 tahun.. dari segi quality xtau nak ckp..ok-ok kot..murah tapi takut nnt mcm lapangan helikopter pulak bunyik hood nanti....

Fotile
haa...ni la dia brand yg membuatkan cik abe benci dgn Zenne...haha
dari segi ciri-ciri dan quality fotile adalah juara..hood senang maintain bukak filter dan buang cup minyak...ada air curtain...air curtain ni mmg selling point dia ada angin sekeliling hood utk halang bau dan asap terbang ke luar...hob dia ade 5 nozzles..mmg kuat api dia..dann oven dia yg basic pon ada 7 function...mmg terbaeklah...tapi tapi tapi harganya?
 RM4400...amek ngko...

 Fagor
Fagor harga dia RM3200 utk hood + hob dan basic oven..quality fagor tengah-tengah dr kedua-dua diatas..harga pun ok kan?

Rubine
Rubine 3 set lengkap tu RM2999. Semua ciri-ciri mmg menepati apa yang aku nak siap oven 8 function, hood senang nak bukak dan cuci dan hob ada 5 nozzles. mmg cukup syarat. cuma kureng selling point dr fortile sbb xde air curtain. dan kureng dari lebenstil dari segi design dan kecantikan. hakhak.

Lebenstil
Kalau ikut design aku paling suka Lebenstil. nampak solid. RM 2550 utk hob dan hood. kalau tambah oven RM4400 gak sama mcm fotile. siap dapat microwave RM990 for free.

jadi nak pilih yg mana ni? *tgk ketam dah mula kompius*

kecik py menda nak decide pon susah...bkn masalah umat pun ngko nk perah otak kan...xnak pening-pening...akhirnya aku dan somi aku telah memilih....

*
*
*
*

bahaha..bajet seprais ke?

taraaaaa..

Oven 8 function dari Rubine

Yess...Set Rubine telah menjadi pilihan kami
Total cost utk ketiga-tiga RM2999. Kami pilih Rubine sbb menepati ciri-ciri dan cost pun x koyakkan poket kami..tu yg penting. cemano kalau koyak sapo nak tampal. kan?

Nak tengok hasil selepas pasang hob hood dan oven ni moh tengok entry Kitchen Cabinet ini.

Thank you for reading this post!

Tenant Somalia Dah Kosongkan Rumah

Posted by shidasanmil at Wednesday, April 09, 2014 0 new comments
Last but not least...finally....the time that i have been waiting for soooo longgg have come...
masa menunggu tu mmg menyiksakan jiwa raga dan minda aku..cakap nak kluar dari bulan february lg..tapi br semalam dia betul-betul keluar...tp syukur dia kluar jugak akhirnya..bolehlah aku plan utk next project...hek hek semoga diorang lebih bahagia ditempat baru..

unit aku antara yang tertinggi tu...kuat betul angin  kat atas tu...xperlu pasang air cond...udara pun nyaman...boleh nampak masjid dan kuala lumpur dari atas tu...
contract tenant somalia tu aku tamatkan selepas 1 tahun..sebab apa? 
sebab.....hmmp...sbb aku ada project baru yang aku nak cuba..
padahal malas nk call tenant everymonth utk bayar sewa kot....

nak kasik teaser sket untuk project baru aku...ceyyy ceyy..teaser la kengkonon.. 
unit sri tioman tu aku nak buat homestay...aku mntk tenant somalia tu kosong n licinkan rumah..
jadi hape2 pun xde lagi untuk rumah tu..

aku nak buat simple but nice homestay...perabot pun ada apa yang wajib ada je dlu...target aku nak dapatkan perabot second hand...boleh dapat set lengkap pada kadar yang memberangsangkan...jimat duit poket hakak...^___^

jemput masuk ke homestay saye...
dapat-dapat je konci (baca kunci)...aku dah panggil contractor untuk keje-keje kasar...just nak tukar tiles, skim code and paint balik rumah tu...dah color rumah tu pink terang depa cat...mau x saket mata den...

punyelah x menyaborkan...namanye aku mmg tahu ke nak menyabar? segala serba-serbi x menyabor...aku igt lagi masa study kt UTP dulu aku nak kereta...ape pon terjadi aku nak gak kete...smpai makcik aku siapkan slip gaji tipu aku keje kt company dia...ish3...nasib "fatih abrar" (nama kete aku..kemainkan nama kete? eheh) masih sihat walafiat skrg...aku bayar bulan-bulan pakai duit scholar beb time tu... syukur aku dikurniakan suami yg penyabar orangnye...^___* ke aku dah pnah citer ek pasal ni? hak hak

agak-agak ada x yang nak stay di homestay hakak di taman melati ni? sape-sape yang ade event dekat area putra LRT mcm KLCC ke PWTC ke is very very recommended utk stay kat cni..or ade function kt masjid salahuddin al ayubi memang dekat sangat-sangat dah..jalan kaki je..*bukan nak promote tau..tapi mmg nak promote pun..eh*

thank you for your time reading this post.

next entry hakak detailing out untuk project homestay 1.0 ni yer...^_____^^

Guna Property Untuk Cover Monthly Expenses

Posted by Mohd Rashidi at Monday, March 31, 2014 0 new comments
Bismillah...
Assalamualaikum..

Izinkan puan cinet nk bercakap pasal property untuk entry kali ini ya...apa yg boleh dikongsi x sikit...kita kongsi banyak ok? *wink-wink*

Sedikit amaran x berasa keras! Aku bukan pakar dalam bidang ni..mahupun master yang telah berjaya mempunyai property bersepah-sepah di sana sini..aku hanyalah rakyat biasa yang baru nak bertatih untuk ke arah yang sama..cuba untuk mengikut cara yang sama cuma mungkin gaya yang berbeza...cewahh...intro x hengatt..bajett sungguh bunyi...he he

Kalau ada yang mahu bertukar-tukar pandangan kecik tapak tangan lapangan terbang aku sediakan..yg nak mnta pandangan atau sifu-sifu yang nak share experience..aku mmg buka seluas lautan...dgn ilmu dpt membina masyarakat...semua perlukan ilmu...hatta nak buat air kopi yang sedap juga perlukan ilmu...inikan bab-bab yang complicated cenggini kan..

Itulah topik kali ini..ok baru nak masuk topik...tp jgn risau x lengthy pun..sbb baru nak bermula..next entry br masuk kisah sebenar ok..itulah target aku..aku x target tinggi sbb aku pun sedar diri...

*akuuuuuu sedar diri iniii...akuuu hanyalah insan biasaaa...tapi akuuu punyaa harga dirii....* lagu ape ni cer teka?*

Aku always think life is so hard for others...aku ni kira bertuah dpt hidup sederhana yang mungkin di bumi Malaysia ni..Jom chase the dream together-gether...shall we?

xmampu terbang seperti helang...terbanglah seperti kupu-kupu
keep fly but yet still cute...=) 

half kepak lg ondewayy...then we can fly together...*sekolah dlu mesti slalu fly kan*wink*

Jom renovate rumah peace yaw!

Posted by shidasanmil at Saturday, March 22, 2014 0 new comments
intro

entry kali ni nak ceciter pasal renovate ghumah...pasal kami ni dalam process nak renovate rmh yg kami beli dkt ngn train taman melati...sonang nk p koje katenyeeee..xyah bgn pagi2 redah jem segala bagai...hidup pun aman sentosa...(ke sbb ko mmg kuat tdo dan malas) haha! sape suke nk susah dek nonn oii...kol 8++ pn sempat nk p koje...

kalau citer pasal renovate rumah...mesti vervunge2 hati kan...sambil otak ligat pikior mcm mane nk dptkan hasel yang thorbaikk...hinggekan ade satu hari tu aku boleh verangan dalam meeting aku nak tiles ape untuk toilet..dan2 colleague aku tanye issue berkaitan kt aku..punyelah sangap...baik cepat2 siap renovate rumah ni..kalau x idop aku pun x keruan..kalah org bercinta...kejap kami kejap aku..ape2 jelah...

sambil layan feeling heksaited nk renovate rumah ni mai dtg rajin nak menulihh..untuk panduan dan kenang-kenangan..

background rumah

oleh krn kami ni seorang yg super ehem ehem "rajin" maka rumah yg kami beli ni teramattlahh cumilz...disebabkan kami dok berdua...jd bilik pun dua lah kan...lemak lah nak lelebih...sape nk kemaihh? hihi

Cari kontraktor

kemain sampai 5 quotation dr 5 kontraktor kami panggil sukat rumah...kalau satu pun xterpilih mmg mood nk renovate pun merudum dah masa tu...maka adala 1 kontraktor yang bertuah dipilih...harga dan orgnya nampak ok....yang mana kami pilih xleh bgtau lagi...dah start buat keje kasar nnt br kami impom next entry ye..sepraiss la sikit kengkonon...mihmih

plan rumah dr kontraktor terpilih...boleh tahan bersungguh jgk kontraktor ni..sbb kontraktor lain bg quotation semata...design ke hape sume xde...tu yg hati berat pilih tu...hehe

Rajin bukan main kontraktor kami..belum sign agreement dah bg 3D design..ni la org cakap one miles ahead! =)

Design yg same..tapi kaler lain...so boleh compare supaya nnt x saket mata...*_*

pintu utama...mmg detail kata kaw..i suke..

ekceli kitorg ade pertukaran design lain sikit dr yg atas selepas quotation diorg da submit...ni pon next entry jelah..rajin da ilanng..mihmih (x istiqamah lgsg)

sebelum

kami tepekkan pikcar sebelum supaya nnt boleh compare2 gitu...

living area...mase kami beli rumah ni tv tu mmg kat situ dah...malas nak angkut lettew...sayang area ni dah pasang tiles..tafi ada itu vunyik2 laa...itu worang tara pasang full simen..jadi terpaksa kami tukar ini tiles..
Tingkap nmpak dapur...boley main cak2..
bilik...mmg xde ape lg...boring~~~maka mari shantekkannya...
yang major hanyelah toilet...sbb nak pecah dinding utk besaukan...supaye dgn harapan lepas ni rajin mandi...haha! nampak noo mandi kamben je...T_T

yang lain2 just tukar tingkap..tiles..pintu...cabinet...plaster ceiling...haa xdelaa byk sgt kan...awat laa mahai sgt cekik jugak nak renovate skrg ni....manade yg murah kott kan skrg...musykil boley ke dapat ayam rm1? hmm...somebody explain plsss..nanti in sya Allah kami share skali kos untuk renovate rumah ni..

design  

ok aku bawakkan semua menyelami design ala2 yg kami minat....untuk bilik tido cik abg xsuke katil kt dinding...so katil kne tengah2 diapit oleh lemari...ala2 gini la kott....nnt da siap kite tgkkan ape yg jadik..dah lah bilik kocik yarabbi...

suke gilerr tgk lampu kt kepala katil ituww..
ni pon cantik jugak...arghh sumaa la cantik...duit je x cantik...hihi
design toilet pulak ala2 gini...simple je..sbb aku suka simple tapi praktikal..wajib ada closed shower area gini supaya x membasahkan area lain..idea besarkan toilet ni idea shidi (husband aku le sape lg kan..dan kami = aku + husband)..mmg byk sgt idea dia...aku tumpang support hihihi...xsangka lelaki suke jugak hias2 rumah ni...igt pompuan je...kami dah bergabung hasilnya pastilah meletopp kan...(dan kami mmg suka syiokk sendiri...hehe)

sink dah ada yg berkenan kat IKEA..sempat kami berlari-lari kt IKEA semalam..=) niat nak cari hob, hood n oven x berjaya...sbb nak tunggu perfect living lagi 2 weeks...xsabooo...
we welcome any idea, critics and suggestions towards the better implementation of our home cute home...cewahhh tgk aku dah bg name...next entry kami hapdet lg pasal renovate rmh ni lg keyhhh...sila nantikan...haha xleh blah!

ok fine! blah dlu! *_*

Thank you for your time reading this belog!

Nak hapdet sket citer beli rumah :)

Posted by shidasanmil at Saturday, December 10, 2011 2 new comments
Assalamualaikum..

so at last, the process almost comes to the end....maybe dpt kunci mase blk cuti kerismas nie...insyaAllah..alhamdulillah dgn rezeki yg Allah bg..tp still terasa mcm lame sgt nk tgu n settlekan process beli rumah nie..about 3 months plus jugela..since aku amek loan dari my company the process takes longgerrr time sbb nk engage lawyer sendiri and kne buat valuation report pasal rumah dekat valuer..n bank x provide lawyer..so sy kne ade 2 lawyer..lawyer between me and seller also lawyer between me and bank..

nk cerita sikit pasal lawyer..honestly, sy mmg kagum dgn lawyer dr j.fong company yg incharge between me and seller..she's malay and very professional..best kerja dgn dia..dia membantu bg process jd smooth sket..thank you nazirah..hehe pomot la sket..:)sbb ade 2 lawyer so ter compare la pula kan..

sy juge telah mengambil kesempatan ini utk ambil duit dr account 2 kwsp sy..mane tau ade rezeki leh guna utk beli 2nd house..tp mcm dah terguna utk benda lain..xpelah iA da guna duit tu utk kebaikan..ade duit mmg utk digunakan..btol x..duit byk x guna pon x guna jgk..duit lame2 value jatuh..hehehe

and haritu da mntk tlg babah utk ukur rmh and advise cmne nak renovate..mesti cun advise dr ex-interior designer experience about 35 years tu..hehe

tgh cari contractor yang ok..harap2 berjumpa..^_^

wassalam..

My first house

Posted by shidasanmil at Sunday, August 21, 2011 0 new comments
My thought is true that buying a house is not as easy as compared to buying a car. A lot of procedures here and there make the process more complicated. Moreover, it is a second hand house. Procedure to change house name, utilities and all that.. Alhamdulillah i manage to get through almost half of the procedure now..Done with S&P and now waiting for loan approval..Hopefully everthing goes well until the end of process..insyaAllah..I dont have firm plan yet, on what i am going to do with it..whether to rent it..or renovate for self stay..But most probably for self stay..if thats the case, so its time to think of renovation..have to save money for it..More money to go.. :D

Wassalam..

New Property development

Posted by shidasanmil at Saturday, October 10, 2009 0 new comments
Update sikit dari hasil surfing hari ini:

Ni project kt subang bestari - seri kejora apartment

SERI KEJORA APARTMENT
Zone 7
5-Storey Medium Cost Apartment (with lift)
Price: from RM120,000.00
Total Units: 254 units
Built-up-area: 827 sqft

Features:
Lift, 2 carpark (1 open 1 cover), multipurpose hall, nursery, reading room, laundry, surau, shops, children playground

http://www.whb.com.my/project/properties/subangbestari/sb025.htm

Agak menarik..tp location x menarik..

Yang nie pulak..project baru kt LRT setiawangsa..x sure pasal nie..tp org kate da wat land clearing..Name project die Setiawangsa LRT Twin Towers..Location tersgtla strategic..Mengikut my 2 cent knowledge bout property nie area Setapak, puchong n Ampang value of apreciation naik tgi..So kire location nie best la..tp price de x sure lg..

http://www.dca.com.my/

another one..

http://tamansari.asie.com.my/home.htm

yang ni ak just usha² jer..tp mmg ramai yg berminat..sbb akan jd mcm 2nd KL sentral..n then yg dpt beli sume kroni² jer..hadoii..bese la tu

Where is my dream home?

Posted by shidasanmil at Saturday, September 26, 2009 1 new comments
Nak citer satu mende nie..b4 ari raye aritu ak ade jumpe akak sales exec dr developer yg nak buat project baru kat terminal putra Gombak..Condo Casa Melati name de..expected completion project ni early 2012..harge RM265,000..fuhhh..skang jgn harap la dpt harge below RM200k kt klang velley..sume harge cm nak terbeliak tgk..haha..tp ak control la kt depan akak tu...xkan nak wat muke kesian plak kt de..de nak jual umah..bukan boleh nak bg pree pown..huhu..cthnye condo 3residences kt taman melawati by sime darby..harger RM400k!!~~ Condo jer kot..mmg x berbaloi beli..byk lg pilihan laen..tp kalu kaye tu kire murah sgt la kot kan...tp utk ak yg br nak idop nie..ssh la sket..ukur baju badan sendiri laa babe..dok gitu??
Hajat di hati mmg nak landed home..tp melihatkan harge rumah landed rs cm x bape nk mampu lg..ak mampu byr sbln +/-RM1000 lebih jer..tu pon lebih sikit jer la kot..kang ade yg kene makan umah plak..=p tu pon blom tentu bank nak lepaskan loan ak lg..keje pon br setaun jagung..hihik~

Lps da jumpe akak tu..ak ckp kt de ak nak pikiaq dlu..kasi saye 1 week utk pikiaq..de kate kalu dlm mase 1 week tu da sold out..xde makne da dik nun oii..ayat bese la tu kan..hihi..tp sbnrnye smpai laa ni ak x bg² lg jwpn kt de..dok laa ty org sane sni..ty otai² kt forum..sume bg feed back yg developer x cun..sbb malay reserve..aishh..ak da smgt da nk beli..sbb dekat ngn LRT..mane la tau kot² nnt ak keje kt kl..sng g keje nek tren jer..mls ak nak jem² kt jln dahh..

Tp sume terpulang kt aku laa nk decide cmne..sume mende ni ade pros and cons de kan...Ni yg ak da wat study sket²...

Pros:- dkt dgn putra lrt, senang dpt tenant (kot² nnt nak sewakan ke..haha =p~), low-density (180 unit), low RMpsf (RM178 psf), ade 4 bilik, 3 bilik air@ 1400sqf, access to mrr2 & duke

Cons:- tanah rizab melayu (tkt ssh nak jual), developer xfamous(br buat land clearing & maintenance ok x nanti ni?) - ni yg ak paling risau actually, rumah cth pn xde...aduhh..gawat²..if majority melayu takut kaum lain xnak sewa situ, satu layout je utk sume unit, tepi mrr2 tkt bising

Disini ak sertakan template de dgn layout skali..cewahh..cm ak plak nak promote...


Sape la leh tlg ak nie..Skrg ak berserah kerana ak tau Allah Maha Merancang..Kalau terlepas yg nie..ak pasti Allah merancang yg lebih baik utk ak...kalu andai kate ak beli gak yg nie...nilah rezeki ak dan yg terbaik utk ak..
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea