Showing posts with label Tubuh IHC mudah. Show all posts
Showing posts with label Tubuh IHC mudah. Show all posts

Benarkah Penyelesaian Membeli Rumah ke-3 Dengan IHC? Hasil Analisis Terperinci ;D

Posted by shidasanmil at Friday, November 13, 2015 3 new comments
Disclaimer: First of all, actually info-info mengenai IHC ni pun aku dapat dari blogger aku cuma buat kesimpulan sendiri bagi tujuan pembelajaran setakat ilmu yang aku ada. Kalau salah tolong tunjukkan. Ilmu yang ada kalau dikongsi akan hidup dan sampai kepada tuan empunya diri. Kalau tak boleh mohon roger and out ok. No heart feeling.

Topik series ayat serious habisss. 
;D


Semua pun aware pasaran hartanah sekarang berpihak kepada buyer. Tengok pameran-pameran bunting-bunting banner-banner estate-estate ada yang bagi promotion sampai 19% rebate! Untung siapa yang mahu beli rumah pertama dan kedua. Tak payah susah hati keluarkan duit deposit. Seronok kan!

 Yang tak berape seronok kalau nak beli rumah ketiga hanya dapat 70%. Mana nak cari deposit ribuan-ribuan ringgit itu.

Setakat ni saya dah menjumpai 3 kaedah berkesan untuk menyelesaikan masalah ini.
1- Jual/Refinance rumah pertama (Dapat cash boleh rolling 30% deposit rumah ke-3)
2- Jual/Refinance rumah pertama (Buat full payment rumah ke-2)
3- Tubuhkan IHC (Kali ni nak fokus yang ni jer. Sebab baru tahu hari ni T_T. Bunyik mcm menarik. Jom kita teroka. Indah ka idak pemandangannya atau hanya semak berselang belukar ;D)

keLEBIHan

Dapat kekalkan loan individu 90% (selepas transfer 2 rumah ke buku IHC)

keKURANGan

Pembiayaan hartanah sebanyak 60% sahaja VS individu 90%/70%
Perlukan sekurang-kurangnya 2 orang 
Kos penubuhan IHC sebanyak RM3000
Kos pihak sekretari dan audit (tahunan ~RM2000)

perSOALANnya

Nak cari orang untuk buka IHC?
Dimana untuk mohon IHC?
Mudah ke permohonon IHC ni?
 Mudah ke dapat loan oleh IHC 60% itu?(soalan paling penting, buat ape korang buat company kalau tak boleh buat loan betul tak? tak menyelesaikan masahalah langsung)

keSIMPULan
Mudah jer kesimpulan saye. Saye buat 3 kesimpulan. Boleh proceed dengan tenang jika:
1. kita dah yakin boleh bayar duit sekretari dan audit ~RM167 sebulan (RM2000 setahun) dari investment kita
2. Kita yakin account investment kita dah mantap dan menjaya income setiap bulan/harian
3. Kita yakin bank akan berikan loan 60% kepada akaun IHC kita (aku pernah tanya bank islam pasal loan untuk IHC. Dia macam tak pernah buat. Mungkin kena tanya yang lebih otai)

Thank you bloggerians yang banyak share-share pengalaman korang. Ahkak is tabik spring toing toing toing. Walaupun sebelum ni ahkak banyak redah sampai pecah. Tapi sekarang dah bijak sebelum cari bucu apa kata cari ilmu dulu. Takdelah sampai pecah retak sikit-sikit apa ada hal kan. Sebelum ni  dah pernah pecah whatt ;D


Agar-agar Pandan Atkins

Posted by shidasanmil at Monday, November 09, 2015 1 new comments
Time-time diet atkins banyakkkk sangat dugaan. Sape-sape yang tak betul-betul kuat iman
 memang kirim salam laa. Gemuk la kaw kat situ cinet! ekekeke!

Oleh kerana teringin sangat nak makan manis-manis maka terhasillah agar-agar buat minum petang utk atkiners. Cewwahh. Sape-sape nak try resepi kat bawah yer.

AGAR-AGAR PANDAN ATKINS

bahan-bahan:
1 liter air
11g agar-agar tali
5 titik stevia
Pati pandan
1 cawan santan (Kara rendah carbo)

Cara-caranya:
Rebuskan agar-agar dengan air sampai cair. Kalau berketul-ketul sila tapiskan dahulu sebelum tambah bahan-bahan lain. 
Tambah bahan-bahan lain dan tunggu sampai mendidih.
Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Lepas tu boleh ngap!

Baru lepas tuang. Panas-panas lg dah posing.

Sekejap dah licin! suami-isteri diet lah katakan. Mahu tak habes.
Lega tekak den dapat makan macam ni walaupun manis tu mcm pelik. Sebab guna stevia kan. Tapi lepaslaa terliur tengok orang makan. Agagagga

Menu of the day! ;)


 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea