Showing posts with label Home Cute Home. Show all posts
Showing posts with label Home Cute Home. Show all posts

Dream Home - Senarai Pemaju Perumahan Di Lembah Klang (LINK)

Posted by shidasanmil at Thursday, September 17, 2015 2 new comments
Untuk menyenangkan keje aku hunting for rumah yang masih kabur tak nampak cahaya. Nahhhh amekkaww senarai developer di kawasan lembah klang untuk rujukan kita bersama. 

Siap dengan link sekali. Ya aku ada masalah sikit kalau tak di suap ni. Mih mih mih

Tengah dalam dilema untuk beli rumah baru atau masih nampak baru. Yang tak berapa nak baru atau buruk  aku dah serik sebab kos nak menten tuu boley tahan bocor poket mak nak.






Happy hunting your dream homes~

Bestnye kalau dapat rumah dikelilingi pokok-pokok sungai belakang rumah. Tenangnya hidup.

(Yang penting syukur dengan kurnia Tuhan)

Tapi tak salah untuk verangan kan. Kbai nak verangan rumah idaman =P









Aircond Apa Yang Paling Bagus Dan Murah (di Lazada)

Posted by shidasanmil at Friday, April 17, 2015 31 new comments
Air cond dah macam benda wajib ada kat rumah sekarang. Benda lain takde pun takpe janji ada aircond. Tak larat nak berpanas sampai tido pun dekat ruang tamu tak mampu nak tido kat bilik rasa mcm tido dalam oven. Boleh masak menu 'orang grill' eeewww. Kalau ayam grill sedap la jugak. Lame T_T
 
Kami survey aircond brand Mitsubishi Heavy Duty model SRK09CMP 1HP ni dah lama dari tahun lepas. Berbekalkan pengalaman guna peti ais Mitsubishi yang super sejuk dengan energy saving 5 star kami pun tanpa ragu-ragu pilih aircond dari Mitsubishi. Lagipun Mitsubishi memang specialized dalam bab-bab sejuk ni.
 
Tanpa membuang masa sehari sebelum GST tu dengan cargass kami pergi survey air cond kat kedai elektrik. Nama kedai dirahsiakan. Mahal gilas RM1399 untuk model yang sama. Sajer jer nak tengok harga sebab dah check kat online pun takdelah mahal begitu. Tetttttt memang takmo beli kat kedai mahal tu.
 
Ekceli hasrat nak beli aircond dah lama cuma tabung ayam belum penuh. Tapi sebab GST lah yang telah mempercepatkan process membeli aircond kami. Tak beli nanti xtaolah berapa dah harga ekon ni. BIG thank you GST! ;P
 
Masa sebelum GST aritu RM699 jer taoooo. Naik ratus-ratus sobs sobs kaya tokey Aircond kaya tokey GST
Sebelum pergi kedai tu dah tengok kat Lazada RM699. Memang yang paling murahh kat atas muka bumi. Amboi. Tapi lepassss jer balik rumah dari kedai letrik tu tengok-tengok dah tak lagi. Harga dah naik RM790. Sehari sebelum GST pun dah naikkkk harga? Whaddeee sangat kan?
 
Tak apelah apa saja demi GST. T_T
Nak sejuk punya pasal beli terus 2 bijik. Still lagi murah dari kedai. Ok la ayat nak sejukkan hati yang lara terceloreng. Tapi beli dari sini kena laa cari orang lain untuk install. Upah pasang RM200 se unit sekarang. Punn still murah dari harga kedai tu.
Best friend baru. Selamat berkhidmat dengan cemerlang Ekon!
 
Dah seminggu guna aircond ni memang puas hati. Lagi puas hati dari aircond Carrier yang 1.5HP kat ruang tamu. Dia cepat sejuk. Tekan ON jer terus sejuk. Ayat seller sangatttt ;P
 
Dah boleh tido dalam bilik. Weeeeee ^___^^


Walaupun kecik sejuk bukan maenn. Terima kasih sejukkan kami sekeluarga yang lemak tebal. Lepas tu sikit-sikit panas.
Thanks for reading! Have a pleasant journey here. Wahh tagline airplane sangat!

=D


Kitchen Cabinet (Kabinet Dapur) Oleh Vendor Welco

Posted by shidasanmil at Wednesday, March 18, 2015 8 new comments
As salam
 
Projek nak pasang kitchen cabinet akhirnya terlaksana. Projek oleh cik puan cinet kalau tak delay tak sah.Lebih kurang setahun jugak aku peram order KC ni sebab aku tempah KC ni tahun lepas lagi masa perfect living. Dah siap beli hob hood dan oven sekali masa perfect living tu. Dengan penuh harap hood tu tak berkarat duk dalam kotak tu. Boleh refer entry hob hood oven ini.
 
Design aku tak refer mana-mana pon cuma verangan jer usha-usha design dapur orang. Sebab nye dapur cik puan cinet ni punya kecomelannya tak boleh disangkal lagi. Dapur comel jadi aku buat standard jer asalkan ada tempat nak letak barang-barang rumah yang tiba-tiba beranak-ranak. Tah bila kawen tup-tup tau dah beranak? T_T

Bersungguh orang welco ni pasang KC dari pukul 10.30 pagi sampai pukul 4 ptg.

Box-box disusun ke tempat memasing. Nampak macam senang nak pasang dalam bentuk box-box jer. Nampak laa cuba suh pasang.....patpuloh hari patpuloh malam pon belum tentu siap T_T
Skru-skru kan jer??? lagi laa senang.
Cakap memang senang ;D
Diorang letak papan lapis dan buat lubang utk sinki. Sinki just letak atas papan lapis tu. Simple
Table top akan diletakkan jer kat atas sinki dan papan lapis tu haa
Specification KC
 
4G laminate
Base kabinet 14 kaki
 Wall kabinet 8 kaki
Quartz Stone Table Top
 
Soft close hinges door - FOC
1 set larder - FOC
 
Total cost: RM 7,700 @_@

Dapur comel pun harga segini. Kalau dapur besau mahu terkencheng aku. Nak selesa punya pasal sila praktiskan tips "tutup mata dan bayau lepas tu sila puasa"-___-
Naseb la dikau tidak berkarat
Overall hasil kerja Welco boleh kata aku berpuas hati. Masa confirm order terus dapat date nak install KC. Datang exactly date yang dijanjikan. Orang yang install pun expert. Ahkak bagi 5 bintang ok! ;P


Dapor tak pasang lagi menunggu table top pula. Sambil tunggu boleh la ajak cik abang makan luar. Nampak tak permainannya di situ
 ^__^
 
 
 
 
 


Periuk tekanan yang bagus dan murah! Jaminannya Kepuasan Hati! ;)

Posted by shidasanmil at Friday, February 13, 2015 8 new comments
Semenjak ada piyuk ni terasa hebat pulak memasak (kate2 dr org yg suam2 kuku bab masak mcm ni le..mihmih) Xpernah terlintas aku akan masak nasi arab dgn 5 minit..ape kaw rase dari xpernah masak nasi arab terus leh masak nasi arab 5 minit pulak tew. Terus aku bagi dia nama nasi arab 5 minit. Skrg encik somi slalu laa request nasi arab sbb tu je yg isteri dia ni super expert skrg. Xyah p kedai pak arab da. Istewi masak lg afdhal. Wiwiwi

Apa lagi yang periuk ni boleh masak?
Selain nasi arab 5 minit periuk ni boleh jugak masak yang lain2. Mmg versatile lahh. Cakapppp je nak masak apa? piyuk ni boooleh masak kooo. Bukan saja boleh. malah dgn cepattt pulaa. Jimat sgt2 masa. Bila jimat masa jimat tenaga sekalii. Rasa x keuntungan nya disitu..kekeke

Tahap kesusahan nak bela periuk ini
Xde la tahap gaban nak bela periuk ni. Ada warranty setahun dan kalau korang beli brg letrik mesti cari yang mudah utk repair kan. Piyuk ni sgt mudah boleh je bawak pegi mana2 branch amway diorg akan repair siapp. Semua mesti tau kan kedai Amway mmg senang nk cari. Dekat dan mudah! Itu yg kita suke betul x? Sbb sebagai seorang aku..mmg xsuka benda yg leceh2 ni. Buat semak hari2 aku je nnt. Amacam...Baik tak bela periuk elok tingkah laku mcm ni? Lebih baik bela periuk ni dari bela saka ye dak...hihii

Ni la ghupe piyuk nye. I lap u piyuk. Dah kaw knape? HAHa aku mmg high recommend pressure cooker noxxa ini. Selama daku pakai mmg xpernah keciwakan daku.

Isyyy memang bukan pressure cooker biasa laa. Tuan tuan dan puan puan boleh memasak semudah petik jari jerr (sila jgn propa sgt ;P). Balik dari kerja pun boleh masak dengan pantas! mak mak yang bekerja mesti sukaaaa ^_^

yang x mak mak lagi mcm aku pon suka apatah mak mak khannnn. Silalah sukaa gakk ;))))

Kalau suka boleh contact ahkak di talian 010-2314997. Ahkak tak ambil untung pun jual piyuk ni. Just sharing dengan rerakan taulan apa yang baik. Ahkak boleh ajar cara guna dan bawak piyuk terusss ke rumah anda. Menda2 baik ni wajib la denn mmg suka sharing2. Pahala bergandaaa. Sama2 mendapat kebaikan donia dan akhirat in syaa Allah.

Ok den tungguuu sape2 yg nk menimba ilmu masak pantas ni kay. Kerja Masak Jadi mudah dengan periuk tekanan ini tahuu. Pilih je dari mana2 masakan dibawah yg korg nak belajar tu nak request menu lain pon boleh. Ikut suka uolss nak yg mana kay kay kay. Kayybai! Ngeee..





Homestay Ceria is Now Open!

Posted by shidasanmil at Wednesday, June 18, 2014 11 new comments
Hello there!
Jgn risau homestay ceria adalah benda yg sama jew dgn homestay 1.0. Keh keh keh
 Aku tukar nama sbb homestay 1.0 tu nama projek.
Homestay Ceria adalah nama homestay itu sendiri.
Org lain rebranding blog to dotcom.
Aku nak jugak rase rebranding tu aku tukar nama homestay jee -___-
Boleh cemtuu? *wink*wink* 

Last entry pasal homestay ni aku buat ala2 sneak peak la kununz.
This time around lemme tell yah story morry about the homestay ceria hoccay!

Kamonn lets go tengok2 pikcar dulu!
*blerghh apasal aku poyo sgt ini? Mihmihmih*

Tapi sebelum tu aku sorry sgt kalau citer ni xhabes2 ye. Ni komfem dah habis kohkohkoh.
Korang jgn tak tahu. Aku sendiri pun nak cepat2 settlekan citer ni.
Nak masuk citer gosip2 liar pulak ;D

Ok moh kite tgk!

Living+dining area








Room 1

Room 2



Kitchen

Point tambahan
Harap maklum rumah ni Tingkat 15 tp jgn risau ade lift. tak perlu menapak.
kalau nak menapak pon boleh. sihat sikitttt ;D
view boleh nampak klcc tp cinonet jew
2 bilik, 1 shower room, 1 toilet. Sorry kipas sahaja. Aircond yilek.
5 minit berjalan ke Putra LRT Taman Melati
Sebelah masjid salahuddin al ayyubi. Setiap waktu ade org igtkan utk solat. Especially subuh time ayaq liyoq basi meleleh ;)
Kedai makan sgt banyak merata-rata ade. Komfem x kebuluran ;D

Cara ke homestay ceria
Apartment Sri Tioman 2
Jalan Pertahanan
Taman Melati 53100 Kuala Lumpur

Dgn kereta
Paling senang ikut MRR2 exit kat taman melati. Terus sehingga nampak masjid belah kiri. Ade simpang masuk kiri. Pastu masuk simpang kiri yg pertama. Haa dah smpai. Senang kan? Semua ke kiri jew ;D

Dgn Train
Pastikan anda naik Putra LRT sampai station Taman Melati. Jalan kaki 5 minit jew dah sampai. 

Susah2 sgt GPS dan waze kan hado. Type saje koordinat ini. Hewhewhew
3.222353,101.72109

Kalau xjumpe jugak g basuh kaki dulu amek air wuduk ke. Kah kah.
Gurau2 manje plak aku. Disebabkan aku baheks ni petanya ok ;D
(gerakkan kebawah sikitt utk pin point exact location. Aku dah try byk kali dia mcm tu gak. Dah ngko kenape peta? -_-')


View Larger Map

Cara booking 
Whatsapp/message/call: 0102314997 (aku lagi suka wassap yo!)
Jgn lupa sertakan nama dan tarikh booking.

Deposit rm50 utk confirm tarikh dan booking.
Bayaran penuh hendaklah dilakukan sebelum masuk homestay ye tuan2 dan puan2.

Rate? Murah jee..
RM130 per night.

Okla disebabkan aku baik harini ada diskaun RM120/night. Tapi ade syarat kena stay 2 malam. Dah jimat RM20.
Nak stay 3 malam xde diskaun ke?
Ade.....ade....sape kate xde ;P
utk yg stay 3 malam RM110/night dgn jumlah RM330. Jimat RM60 ok!
**clap**clap**
Ape nak stay 4 malam? nape x kabor. Saya bagi RM100/night.
RM400 sahaja utk 4 malam. Jimat 120 yeop!
Nak stay 5 malam xkan xde diskaun?
Amboi lemak dah ni. kah kah

Utk malam2 seterusnya harap maklum RM100 semalam. kalau ada yg nak stay lama sikit pm me for best price ;D

Tapi ada syarat lagi.....perlu nyatakan anda adalah pembaca blog ini dan dapat tahu promo ini dari blog ini juga yer. Kalau tak inform memang xdapat ler. Sekian harap maklum ;))

Dengan ini saye buka Homestay Ceria ini dgn kalimat yg paling agung
"Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Doakan saye ye kawan2 ;)


Name homestay ceria shidi yang bagi. Tiba2 je keluar nama tu dari dia.
Tak payah perah otak pon.
Ok sekian terima kasih ;)

T.a.m.m.a.t.k.i.s.a.h.h.o.m.e.s.t.a.y
F.u.u.u.h.h.h.h.h.h -__^'
;D

Halatuju kita 5 kali sehari ni wajibul ghunnahlah kena ada kan

Hai pokok please be nice to your guest ok! HAHA

MAKLUMAN:
Maklumat disini mungkin telah berubah. Semua maklumat terkini mengenai Homestay telah dipindahkan ke Website Baru.

Vacuum Cleaner Apa Yg Bagus dan Murah? Hihi

Posted by shidasanmil at Sunday, June 08, 2014 13 new comments
Itulah dia soalan yg bermain dibenak otak aku lately. Dah nak dekat setahun bercita2 nak beli vacuum. Parok gile cite2 aku nak boli vakum jew. Hakhak. 

Tapi sebelum tu korek duit kat tabong ayam dulu nak membeli pon. Dah penuh baru boleh beli. 
*kembang idong*

Ok! Mula2 tanye soalan ini ------- Ape yg aku nak daripada sehelai vacuum?
1- boleh sedut segala benda. Kalau boleh aku tekan ON je die sedut segala sampah dalam rumah. Pergh gila gebang. Maknanye suction power dia kuat. 

2- wayar panjang seboleh mungkin sampai setiap pelusuk rumah aku. Ni senang sbb rumah aku comel je.

3-  senang nak buang habuk2 sampah. Xdelah aku kne athma bile nak buang habuk2. Mmg plus kalau boleh tarik - angkat - dan buang.

4- aku xperlu yg boleh skali mop sbb mcm xpraktikal. Mop asing lg senang disamping boleh kurangkan lagi kalorie dalam diri. Cececeyyy. Rajin la kununz. Puii;P

5- Ringan, Kecil dan hensem. Hensem paling penting kalau boleh lepas guna boleh buat hiasan pulak. Biar sampai org bertanye boley korg jawab inilah part kepala lutut transformer. Kahkah wanita akan sentiasa jadi wanita last2 hensem yg paling penting ;D

Setelah diteliti dgn terperinci inilah vacuum yg telah mencuri hati aku
Panasonic Cocolo MC-CG331 berharga RM219
Rakan karib yang banyak membantu aku sekarang ;D


Suction power dia mmg kuat koo 410 W. Yang kat lantai sudut2 semua xpayah effort sgt dia sedut rilekk je. Ringan takpayah ckp 3.6 kg saje hensem dan jambu sebab color pink ok ;D

Macam ciri2 yg aku gariskan aku nak yg habuk2nya mudah dibuang jadi aku telah mengambil yg jenis bag. Keburukannya dia ada kos maintenance utk tukar bag tu bila dah penuh dgn sampah. Kalau jenis yg bagless tiada kos utk itu. Bagus kalau dapat yg bagless tapi masa nak buang tu sampah dia x bersepah. Aku nak senang amek je dgn bag sbb aku alahan habuk yg kuat.

Xtau pilih yg mana? Detail pasal bag vs bagless ada kat sini. 

Vacuum cleaner yang hamat penting utk aku yg hamat rajin. Dah takpayah aku nak menyapu sampah sambil bersin2 hingus meleleh lepas tu lap kat baju. Srettt srettt. Euuwwww!

Sekian
;D

*******
Terima kasih Panasonic. Sama2 doakan saudara2 kita yg convert di Jepun. Ayat yang aku paling tacing sekali bila mereka katakan lebih kurang berbunyi
"Kami telah mencipta barang2 kelengkapan sehingga barang2 itu terdapat di setiap rumah kamu, tapi kenapa kamu sembunyikan Islam yang indah dari kami" ;')

Sofa Makeover oleh Cinet D'designer ;P

Posted by shidasanmil at Friday, May 30, 2014 5 new comments
Woooo lamaaa aku hilang. Hilang utk menjahit sopa dan merempit kt mesin jahit tu. Tapi puas hati dah siap Alhamdulillah. Dapat jugak aku hasilkan kulit sopa yg baru. Bace betul2 kulit sopa bukan sopa kulit. Sopa ni jenis kain. Hik ;D
Kesian sopa yg aku beli sebelum ni baju dia kasar kusam xberseri2. Mmg Sedikit buruks. Dgn itu aku mengambil initiatif utk membuat sofa makeoverrr. 
See. Tgk ni. Kesian aku tgk baju sopa ni aku bg la dia baju baru. Dia pon nak bergaya jugak. 

Kadang2 kalau datang sawan menjahit aku mmg suka nak menjahit. Mesin jahit mak aku masih lg hensem. Xde sapa2 guna tp sayang nak jual. Better aku guna.
Hasilkan something yg boleh pakai. Boley jimat duit berkoyan2. Simpan dalam tabong ayam nnt boley g travel. Berbaloi baloi ^________<

Macam kulit sopa ni kos aku keluarkan adalah semate2 beli kain sepuloh meter. Benang aku guna yg lama je dan zip aku sanggup tetas dari yg lame sebab zip dia berkualiti tinggi. Nak jimat punya pasal. Huiii jimat sesangat.
Cost dia RM11.50 x 10 meter = RM115! Saje! Murah kan? ;D

Kalau tempah kt kedai mau cecah RM500 ade agaknye. Dah tu nak beli ready made mcm xde jual pulak. Buat sendiri sudehnye. Kat entry hunting kain sopa sebelum ni aku ade 4 options kombinasi color kan. Aku telah memilih kombinasi color option 2 sebagai baju baru untuk sofa ini. Suami tersayang yg pilihkan haruslah yg thorbaik. Color tekois plus grey boley match dgn langsir -___-

Hasilnya?

There you go sopa for my home cute home. Siap jugak akhirnya. Jemputlah dtg homestay kite. Mesti jumpa sopa ini. Kulit sopa homemade with luv lagi. Agagagaga~`

Homestay 1.0 Dah Siap? Whoooop!

Posted by shidasanmil at Monday, May 12, 2014 7 new comments
Assalamualaikum.

Dan selamat pagi tuan2 dan puan2 ;D 
Berhemat sgt akak kite hari ni. Pasaipa buang tebiat. Pasai projek homestay yg konon2 nak buat sesedap rase. Last2 haku yg terduduk nak siapkan projek homestay tu beria gila. Baru terduduk belum tahap terkangkang lg okay. Iouls kene jage imej. Muehehe.

Berbulan jugak aku nak buat sebab iouls mana ada orang gaji. Semua sendirian berhad babe. Buat sendiri hias sendiri kemas sendiri pehtu puji diri sendiri. Itu memang dah keje aku. Memang marbeles kan. Berbulan tu jugaklah masa aku di isi dgn perkara berpekdah. Kohkohkoh nampak x ayat nak jage imej lagi.

Kalau tengok rumah ni lepas tenant somalia tu moved out sgt sadis. Memang tak lah ade org nak duduk rumah tu. Mcm xde gaye rumah. Tengok dari luar je dah seram. Belum masuk lg. Wakakaka tabaik kan aku. Tapi stended lah kan rumah sewa mindset xsama mcm rumah sendiri. Xpe aku maafkan. ;P

Pikcar sebelum
Korang tafsirkanlah sendiri nnt cakap aku membesar2 kan ceghita pulak. Xsedaplah kan. *mesti korg rase macam ade aku kesah keeee? Haha psycho giler aku siap tau ape korg rase. Aku ke rumah yg serammm sekarangg?* muahaha.

Pikcar selepas
Dan ini adalah selepas aku terduduk sikit lg nak terkangkang. Hak hak ok imej dah tercalar sikit +_+

Amacam ade x rase seperti "Hekelehh kaw terduduk baru siap sheghupe ini?"
Wuwu. Ini je yang termampu oleh shaye syetakat ini -___-
Banyak halangan onak duri dan cobaan aku nak buat projek ni tahu. Duit mengalir satu citer.
Dua citer pulak aku pon dalam process nak pindah rumah. Jadi barang2 yg aku plan nak letak kat homestay kene hold skali time nak mengangkut naik lori hujung bulan ni. Bajet dan xrenyah.
Baek punya plan. Alhamdulillah Allah mudahkan yang ini.

Rumah ni xsempurna pun. Aku mintak mahap siap2 kat tuan2 dan puan2 yg bakal menginap disini nanti diatas segale kekurangan yg ade. Yerlah itu pon aku dah terduduk taw. Harap memahami. wawawa alasan sangat ngkou ini. Nanti ye aku buat entry khusus ceritakan detail ciri2 sendu dan senda homestay ini. Subjek to tahap kerajinan aku dan permintaan org ramai. Muehehehe. Motipppp mcm ada org nak request. Puiii ini semuaa doniaaa.

Muahaahahaha.

*gelak jgn sherupa syaiton ok. Imej tu. Imej tu kene jage.* ;D

Thanks for reading!

[Shower Screen] Mission di Perfect Livin'2014

Posted by shidasanmil at Wednesday, April 09, 2014 0 new comments
Semua mesti x suka kalau dalam toilet tu air menjejeh-jejeh kat lantai kan.
Mula rasa geli-geleman dalam hati nak pijak kat lantai tu sambil jengket-jengket mcm badot sarkes. 

 Jadi bagi mencari solusinya marilah membeli shower screen. *gaya mcm model kat bawah..bhahaha* nak basah mcm mane pon sikit aku x kisah kat area shower tu. Janji area sink dan lain-lain kering bebas tanpa air di lantai. wah sampai cenggitu. Ni la menda yang aku cari selain cari hob + hood n oven kat PL aritu yang aku dah cerita kt sini. 

Inilah hasel kami pergi Perfect Livin aritu..tgk harga dia dah terang-terang RM720 utk 4 x 6 kaki.huihui
muat-muat toilet cheq ja
Ada dua tiga jugak vendor yg provide service buat shower screen ni. yang menjadi pilihan aku adalah Reliance Home sbb dah tentulah dia yang paling murah..vendor lain dgn saiz yang sama harga RM990. maka sudah menjadi kewajipan kita untuk pilih yang tidak sembelih ok.

Diorang boleh datang rumah ukur dan pasang sampai siap dgn harga yang tertera.

Address vendor yang buat shower screen aku:

Reliance Metal Industries Sdn Bhd
No 3 Jalan Taming 2A
KWS Perindustrian Taming Jaya
43300 Balakong Selangor

ok belakang rumah ibu den jaa...hak hak

Thanks!
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea