Showing posts with label bungalow. Show all posts
Showing posts with label bungalow. Show all posts

Pengalaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri - Approval Majlis [Part 3]

Posted by shidasanmil at Friday, April 06, 2018 24 new comments
Ok marilah kita sambung progress. Marilah mariiiii siapkan progresss. Jangan lupa kewajipan pada keluarga. Heyyy! haha mood lagu mengundi legend sudah mari ;D

Disebabkan kami hanya nak membuat seketul rumah sahaja maka boleh dapat pengeculian planning atau term yang diorang guna ex-PA. Lepas kami jumpa pegawai MPAJ di Jabatan Planning untuk dapatkan ex-PA tiba-tiba dapat surpriseeee. 

Surprise tak boleh dapat ex-PA sebab luas lot dalam geran belum final. Syarat nak dapat ex-PA ni kena luas lot dah final. Luas sementara ni belum diukur secara halus lagi oleh juruukur yang bertauliah dari JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia). Semua tanah-tanah di Malaysia ni mesti dapatkan luas final dari JUPEM. 

So, kalau tak dapat ex-PA ni terpaksa buat town planning yang mana memerlukan hampir RM10k dan makan masa lagi untuk buat. 

Memang takk lah akak nk buat ni walaupun pegawai tu advise suruh buat. Buat town planning adalah last resort selepas usaha betulkan geran. Dari dapat berjimat kena pulak keluar duit lagi. Ingat duit boleh petik-petik macam petik ulam cicah budu terus makan ke. Masa tu akak memang rasa sedikit kuciwa. Tapi ku tahan jebat. 

So akak kena dptkan geran dengan luas final maka kehulu kehilirlah pegi pejabat tanah nak dapatkan sokongan. 

Alhamdulillah boleh je rupanya tukar geran luas sementara tu kepada final title dekat pejabat tanah daerah. Isi borang dan sediakan lampiran ic, pelan akui, carian rasmi title, geran. 

Pelan akui ni boleh je pegi beli dekat pejabat tanah negeri/JUPEM harga RM5 hengget shj. So apa-apa pun mesti kena ikut ukuran dekat JUPEM ni. 

Contoh pelan akui dari JUPEM

Like my case tak banyak beza pun luas dlm pelan akui dengan geran. Pelan akui luas sedikit dari geran beza kurang dari 1%. Premium ape semua tak perlu bayar. Boleh tukar geran dan dapatkan ex-PA tak perlu buat town planning. phewww. Satu perkara dah lepas. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga. Rasa satu achievement dalam hidup huhu.

So takde masalah laa nak buat rumah atas tanah tu tp kenape MPAJ mntk buat town planning jugak kan? Tolonglah jangan ikut buku sangat. Kalau tak boleh nak bantu memudahkan jangan tambah susahkan lg kami rakyat marhaen. 

Next dapatkan approval building plan dekat Jabatan Kejuruteraan.

Doakan urusan kami dipermudahkan.

Aminnnn

Design Rumah Banglo Modern Cantik!

Posted by shidasanmil at Saturday, September 17, 2016 7 new comments
Jom cuci mata tengok rumah banglo modern ni. Agak jarang nampak design rumah yang modern ni di Malaysia. Just lately untuk project-project baru dah ada developer yang design banglo modern dan cunns cunns ni. 

Kak long suka design yang cenggini


Yang ni pun kak long suka



Haaa hattt ni design yang kak long paling berkenan. HAHA semua kak long nak. Sila berpijak dibumi nyata. Tak semua benda kita nak kita dapat ye kak long. Sekian.




Kak long saja kumpul design-design ni untuk menambahkan lagi inspirasi dan semangat.

Nak mula projectnya belum tahu lagi bila. Kalau ada rezeki kak long sharekan step by step dan proses  untuk bina rumah atas tanah ni.

Kasi kak long tarik napas dalam-dalam dulu. Kita buat kerja belakang tabir dah puas hati baru boleh onn. Nak manage project memerlukan 200% masa, tenaga, commitment. kalau tak mau semua ke laut nnt T_T

Picture googles.
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea