Showing posts with label sedap. Show all posts
Showing posts with label sedap. Show all posts

Nak Cari Takoyaki Sedap? Cari "Super Extra Takoyaki" Pembukaan Branch Baharu di Ampang

Posted by shidasanmil at Saturday, January 09, 2016 4 new comments
Tak perlu dah ahkak nak explain apa itu makhluk bernama Takoyaki. Memang dah popular di Malaysia ni. Masa aku pergi Jepun aritu tak merasa nak makan Takoyaki sebab jejak Osaka pun terus ke airport nak balik Malaysia dah.

Kalau kat Jepun tu siap ada Museum Takoyaki lagi bak hang.

Super Takoyaki di Ampang ni memang sedap. Sedap tak tau nak kata. Kira aku tak ralat tak dapat rasa Takoyaki kat osaka dulu. HAHA

Pembukaan Branch Baharu

Branch terbaru ini lokasi dia bebetul seberang jalan Ampang Point. Kalau korang yang dah biasa kawasan Ampang food court ni famous dengan Roti Cheese Nan. Memang penuh manusia beb!

Takoyaki makanan Jepun kat sini rangup diluar goey di dalam. Dah mempunyai 3 branch di Food court Taman Dagang, AA sport Taman Melati dan Depan Ampang Point yang dimiliki oleh bro Ayie.


Menu Di Super Extra Takoyaki

Ada 6 menu yang diperkenalkan. Jom layan.
1- Octopus
2- Chicken Cheese
3- Crab
4- Prawn
5- Sausage cheese
6- Mix Tako








So korang kalau nak cuba sila terjah ok. Untuk tempahan keramaian ke, kenduri akikah ke, harijadi ke boleh tempah dengan bro Ayie terus. Untuk tempahan syarikat-syarikat di sekitar kuala lumpur waktu tengah hari atau minum petang juga di buka.

Boleh call Hotline bro Ayie di 0 18-317 8815 atau 017-3851776.
Facebook: Super Takoyaki Delivery

===========================

Nak design banner untuk blog, bisnes etc seperti di atas boleh contact ahkak sekarang.
Email: pacicoss@gmail.com
010-2314997

Resepi Roti Oopsie (Oopsie Bread) Atkins

Posted by shidasanmil at Tuesday, November 10, 2015 2 new comments

Resepi ni dapat 12-15 ketul oopsie bread tau. Banyak sangat untuk yang diet sorang-sorang. So sila bahagi 2 dari resepi kalau tak nak banyak sgt ye.

OOPSIE BREAD

bahan-bahan:

8 biji telur (asing putih/kuning)
250gm cream cheese
1/2 tbs esen vanilla (jgn banyak nanti terlebih wangi)
1 tbs baking powder

Cara-cara:

Mixkan putih telur dengan mixer dan pastikan bekas betul-betul kering, telur dalam suhu bilik dan mase asingkan telur kuning tak pecah untuk dapatkan meringue macam kat bawah ni.

Kalau boleh sampai betul-betul gebus
Dalam bekas lain masukkan telur kuning, cream cheese, baking powder dan esen vanilla. Pukul sampai gebus tanpa ketul-ketul.

ready to rock!

Kira dah gebu la ni. hehe
Last step campurkan sikit-sikit telur putih kedalam telur kuning dan kaup balikkan. Jangan kacau kuat-kuat nanti hilang gebunya.

Bakar 120degC dalam 20-25 min ikut oven memasing. Jgn lupa panaskan dulu oven 15 min.

Sedia untuk di kunyah.

heeee~

Oopsie bread 

Buat hilang rindu dengan roti. Ymmmyyy~

Cucur Udang Atkins Sedap!

Posted by shidasanmil at Monday, November 09, 2015 4 new comments
Aku baru fasa induction Alhamdulillah dah turun 2 kg ;D
Orang baru nak diet turun 2 kg rasa mcm nak celebrate party nam hari nam malam. Kakakaka

Aku sharekanlah resepi-resepi sepanjang aku diet atkins ni sebab diet atkins ni lain dari yang lain. Memang mujarab untuk aku. Cuma iman jer kena kuat. Time-time dietlah aku tengok nasi terliur, tengok air manis terliur, tengok buah terliur. Kalah air liur meleleh baby duabulan.

CUCUR UDANG ATKINS

Bahan-bahan: 

Udang 4-5 ekor (byk lagi sedap)
Cili besar 1 biji
Kucai 3 tangkai 
Bawang kecil 1 biji
Tauhu 1/2 - 1 keping
Telur 1 biji
(abaikan taugeh tu sebab baru tau taugeh banyak carbo. haha)

Tu jewww bahannye. Ok jom masak.

Tak lengkap bahan ni. Sila rujuk kat atas ye.

Cara-caranya:

Blend tauhu dan udang sampai hancur tanpa air. Kalau tak nnt jd bubur tak jadi cucur. 
Sambil tu cincang halus cili dan bawang kecik.
Satukan semua bahan dan goreng!

Siap! mudah je kan. Ehem. Jemput tengok hasilnya.




Nak diet atkins ni kena hati kental
Aku reinduction tak habeh-habeh
Dulu-dulu baru hari ke-3 ke-6 dah tewas terliur tengok nasi-nasi, air manis-manis, kuih-kuih kegemaran
Uhhhh tak boleh tahan 

Good luck kawan-kawan!

Kuatkan semangat anda!
Ingat hati kena kental! ;D

Pengalaman Berniaga Tart Nenas Bulan Ramadhan

Posted by shidasanmil at Saturday, August 15, 2015 2 new comments
Post tercicir sbb sibuk buat tart nenaih. kah kah kah ^______^

Bulan Ramadhan. Bulan dapat Bonus tahunan dari Big Boss nak bagi kat kita Alhamdulillah disampaikan ke bulan yang penuh misteri hadiah misteri malam misteri bonus extravaganza dari Yang Maha Esa Maha Kuasa. Ustad kata kalau boleh convert pahala jadi duit dah berkepuk-kepuk-kepuk dah. Tinggal kita nak rebut peluang ke tak jer. 

Syukur bulan ramadhan ni Allah bagi kudrat untuk berdagang biskut tart nenas.
Idok ler berkodi-kodi yang teman buat tapi syukur pengalaman tu yang penting.

Susah woooo nak buat tart nenas ni banding biskut lain sebab tu harga dia biasanya lagi mahal.

Jom layan Tart nenas saye bikin. Wee~

Letak dalam sarang supaya kemassss dan senonoh jer rupanya.

Ready to masuk oven!

Hasell setelah berpenat lelah Duduk dalam sarang tart nenas nampak lagi menariks.. Biskut german pun ada juga yg order. Terima kasih customer-customer. I lap u ols~

Suka amek gambar sebelum bakar nampak suci murni gitu.

Rupa tart nenas kalau susun tanpa sarang. Masih jelita dengan rasa yg amat menawan.

Tahun depan ada rezeki boleh buat lagi. Best buat tart nenas ni ada jer orang order. Nak nak kita buat dengan bahan-bahan yang berkualiti. Homemade mesti jalan lajuuu jer.

Alhamdulillah. Semoga berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. Aminnnn.

Kbye.
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea