Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Selfmade Candy Buffet Poster for My Resepsi ^_^

Posted by shidasanmil at Monday, June 09, 2014 5 new comments
“Happiness is only real when shared” 
Poster ni terpampang kat candy buffet masa majlis resepsi aku aritu. I mean last year. Busuk giler cerita last year punyer ;P Tapi sebab bebaru ni anniversary aku kira harum mewangi balik la.

Saje aku buat sendiri. Mesti mau kenangan air tangan kat majlis sendiri kata org. 
Biorlah buruk mana pun. Sampai mata org berdarah tgk pun xpe. 
Janji aku buat sendiri dan ade cop jari aku kat situ. Itu yg penting ;D

Betul kan kalau nak gembira kena KONGSI. Walaupun sedikit walaupun sekelumit.walaupun secoet.
Mak aku selalu pesan makan bior berkongsi sama2 adik beradik jgn pulun sorg je. 
Jadi mak2 mmg dah wajib kene pastikan setiap anak diberi makan. 
Akan aku kenang smpai bila2.

Bila berkongsi
Makanan sikit pun kenyang dia nikmat kemain. Makan biar berkongsi.
Makanan xsedap pun jadi lazat x ingat. Even biskut cicah teh o pon kalau makan ramai2 jd sedap.

Rezeki sedikit akan jd banyak.
Rezeki byk bertambah banyak.

Kongsi ni ibarat kita gembirakan org lain jugak. Senang cerita apa2 yg buat org lain gembira itulah dia kongsi. Apa2 yg kita kongsi itulah yg buat org lain gembira ;D

Kongsi kegembiraan kita akan bertambah gembira. Tapi jgn lupa diri pulak kalau org lain tgh sedih jgn ko gembira smpai kecik ati dia mmg cari pasal la koo. 
Kongsi la dgn belanje makan ke sbb ko tgh gembira kan. 
Baru org yg sedih tu dpt rase gembira gak sbb ngkou belanje ;D

Kongsi ilmu yg sedikit korg akan bijak serupa Pak2 Menteri
Tu kalau sikit kalau Kongsi ilmu banyak2 korg akan sebijak enstein tau. Amboi.
Xdelah aku ckp Menteri x sebijak Enstein. Menteri dah tentu2 bijak belake.

Ekceli aku liat sikit bab kongsi2 ni. Lepas kawin pun mcm janggal nak berkongsi hidup. Ewahhh dah berkasih syg siang malam janggal lg ke. Puiii ;P
Jadi aku guna blog ni nak berkongsi apa punnn. Kuikui kui aciii x?

Dan ini candy buffet aku. Buah2 semua cucuk sendiri. mihmih

Dari sumber yg boleh dipercayai coklat fountain ini xdan separuh majlis dah licin. Sedap sgt la tu kan ;)


Orang2 yg menjayakan candy buffet. I love yuolls till the end. Terima kasih kerana berkongsi gembira di hari gembira saye setahun yg lepas ;D 

May Allah reward you with thousand things for your kindness ;)
Happy 1st Anniversary Darling Shidi! xoxo!
Walaupun ni dah masuk bulan 6 baru nak wish
;D

Sofa Makeover oleh Cinet D'designer ;P

Posted by shidasanmil at Friday, May 30, 2014 5 new comments
Woooo lamaaa aku hilang. Hilang utk menjahit sopa dan merempit kt mesin jahit tu. Tapi puas hati dah siap Alhamdulillah. Dapat jugak aku hasilkan kulit sopa yg baru. Bace betul2 kulit sopa bukan sopa kulit. Sopa ni jenis kain. Hik ;D
Kesian sopa yg aku beli sebelum ni baju dia kasar kusam xberseri2. Mmg Sedikit buruks. Dgn itu aku mengambil initiatif utk membuat sofa makeoverrr. 
See. Tgk ni. Kesian aku tgk baju sopa ni aku bg la dia baju baru. Dia pon nak bergaya jugak. 

Kadang2 kalau datang sawan menjahit aku mmg suka nak menjahit. Mesin jahit mak aku masih lg hensem. Xde sapa2 guna tp sayang nak jual. Better aku guna.
Hasilkan something yg boleh pakai. Boley jimat duit berkoyan2. Simpan dalam tabong ayam nnt boley g travel. Berbaloi baloi ^________<

Macam kulit sopa ni kos aku keluarkan adalah semate2 beli kain sepuloh meter. Benang aku guna yg lama je dan zip aku sanggup tetas dari yg lame sebab zip dia berkualiti tinggi. Nak jimat punya pasal. Huiii jimat sesangat.
Cost dia RM11.50 x 10 meter = RM115! Saje! Murah kan? ;D

Kalau tempah kt kedai mau cecah RM500 ade agaknye. Dah tu nak beli ready made mcm xde jual pulak. Buat sendiri sudehnye. Kat entry hunting kain sopa sebelum ni aku ade 4 options kombinasi color kan. Aku telah memilih kombinasi color option 2 sebagai baju baru untuk sofa ini. Suami tersayang yg pilihkan haruslah yg thorbaik. Color tekois plus grey boley match dgn langsir -___-

Hasilnya?

There you go sopa for my home cute home. Siap jugak akhirnya. Jemputlah dtg homestay kite. Mesti jumpa sopa ini. Kulit sopa homemade with luv lagi. Agagagaga~`

Hunting Kain Sofa

Posted by shidasanmil at Sunday, April 27, 2014 12 new comments
Assalamualaikum

Hello there!

Bebaru ni aku gatal kaki+tangan cari kain buat sofa. 
Nak pegi nilai 3 mcm xberbaloi sbb nak beli berape meter je kot. 
Aje giler nak g jauh2 semata2 nak beli secebis kain? 
Ikotkan hati nak jer pegi tp xde org nak bawakkan. Hehe 
naseb aku x ikotkan hati. Aku ikut otak aku yg alhamdulillah masih waras. 


Meraban jugak cari kat Tewah The Mines dan Tewah Ulu Klang. 
Ceh padahal 2 tmpat je dah meraban. Bukan sbb xberkenan ke ape. 
Mmg xde jual yg sesuai utk sofa. Sobs. Sobs. 
Dalam hati aku mmg xde jual ke kain sofa kt kelumpo ni. 
Takkanlaaa. Mesti ade. KL kan. Takkanla xde. immpossible sgt.

Pastu aku saje la pegi Aeon Big Wangsa Maju nak cari barang2 rumah sebenarnye. 
Last-last barang rumah xcarik lg aku singgah Nagoya Textile dulu. 
Kat sini aku happy gila sbb kain yg aku nak tu ada! apa lg aku melompat la kat situ. ;P

seeeee..siap kaler yg aku nak pun hado. kaler biru teqois n merah delima tp kt sni nmpk mcm pink -__-. 
Ade 4 combinasi pilihan. sama ada nak biru or merah utk sandar dan hitam or grey utk base. dah ada xtau mana 1 nak pilih pulak. body sofa tu kaler grey which is xleh ubah mmg dah melekap kat situ.

Harga boleh tahan RM12 semeter. aku x beli lg. tgh kira2 masa utk jahit. org bekeje kne kira masa. 
kalau jd WAHM kan best. ;)

chop nak tau x sofa yg mane? haa ni la dia. Masih ingat lagi x dgn sofa ini? kalau x igt sila rujuk entry sebelum. ;P sofa ni agak dah buruk jugak sebenarnye kain dia. biasalah barang second hand. xpayah nak sofa baru sangatlah. kita buat sendiri sudah. 


Hari ni CD3 alhamdulillah dgn nasihat doktor aku dah telan progyluton. Dah 2 hari ada lg 19 hari. Aku siap save alarm jam 8.15pm masa utk mkn itu ubat takut lupa. kan x boleh skip walau sehari. nnt aku yg naye.

kbai nak sambung kira2.
;D

Cotton maniac

Posted by shidasanmil at Sunday, February 14, 2010 0 new comments
kalau pergi ke jalan tuanku abdul rahman atau lebih terkenal dgn gelaran jalan TAR sekarang mesti perasan banyak kain cotton dijual sebagai kain pasang..kalau dulu nak dapatkan kain cotton kene beli ikut meter yang org panggil dgn panggilan kain ela. kain pasang ni ialah kain yg dijual dah siap potong 4 meter..4 meter adalah standard panjang kain yang diperlukan utk membuat sepasang baju kurung utk yg saiz S,M,L,XL. kalau yg badan besar lagi..mungkin perlu 4.5 hingga 5 meter..

cuti CNY nie aku sempat membeli 5 pasang kain cotton dan 2 pasang kain biasa. kain cotton ni sesuai utk membuat baju blouse seperti banyak yang terdapat di kedai2 boutique sekarang nie..macam-macam jenis cotton yang ada antaranya japanese cotton, swiss cotton, italian cotton. basic material sumer cotton tp yang membezakannya adalah surface, corak and quality.

dah fikirkan beberapa design utk dihasilkan drpd kain2 yang telah diborong..hehe..wait for my first project! yeah~
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea