Showing posts with label Mari Memasak. Show all posts
Showing posts with label Mari Memasak. Show all posts

Agar-agar Pandan Atkins

Posted by shidasanmil at Monday, November 09, 2015 1 new comments
Time-time diet atkins banyakkkk sangat dugaan. Sape-sape yang tak betul-betul kuat iman
 memang kirim salam laa. Gemuk la kaw kat situ cinet! ekekeke!

Oleh kerana teringin sangat nak makan manis-manis maka terhasillah agar-agar buat minum petang utk atkiners. Cewwahh. Sape-sape nak try resepi kat bawah yer.

AGAR-AGAR PANDAN ATKINS

bahan-bahan:
1 liter air
11g agar-agar tali
5 titik stevia
Pati pandan
1 cawan santan (Kara rendah carbo)

Cara-caranya:
Rebuskan agar-agar dengan air sampai cair. Kalau berketul-ketul sila tapiskan dahulu sebelum tambah bahan-bahan lain. 
Tambah bahan-bahan lain dan tunggu sampai mendidih.
Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Lepas tu boleh ngap!

Baru lepas tuang. Panas-panas lg dah posing.

Sekejap dah licin! suami-isteri diet lah katakan. Mahu tak habes.
Lega tekak den dapat makan macam ni walaupun manis tu mcm pelik. Sebab guna stevia kan. Tapi lepaslaa terliur tengok orang makan. Agagagga

Menu of the day! ;)


Periuk tekanan yang bagus dan murah! Jaminannya Kepuasan Hati! ;)

Posted by shidasanmil at Friday, February 13, 2015 8 new comments
Semenjak ada piyuk ni terasa hebat pulak memasak (kate2 dr org yg suam2 kuku bab masak mcm ni le..mihmih) Xpernah terlintas aku akan masak nasi arab dgn 5 minit..ape kaw rase dari xpernah masak nasi arab terus leh masak nasi arab 5 minit pulak tew. Terus aku bagi dia nama nasi arab 5 minit. Skrg encik somi slalu laa request nasi arab sbb tu je yg isteri dia ni super expert skrg. Xyah p kedai pak arab da. Istewi masak lg afdhal. Wiwiwi

Apa lagi yang periuk ni boleh masak?
Selain nasi arab 5 minit periuk ni boleh jugak masak yang lain2. Mmg versatile lahh. Cakapppp je nak masak apa? piyuk ni boooleh masak kooo. Bukan saja boleh. malah dgn cepattt pulaa. Jimat sgt2 masa. Bila jimat masa jimat tenaga sekalii. Rasa x keuntungan nya disitu..kekeke

Tahap kesusahan nak bela periuk ini
Xde la tahap gaban nak bela periuk ni. Ada warranty setahun dan kalau korang beli brg letrik mesti cari yang mudah utk repair kan. Piyuk ni sgt mudah boleh je bawak pegi mana2 branch amway diorg akan repair siapp. Semua mesti tau kan kedai Amway mmg senang nk cari. Dekat dan mudah! Itu yg kita suke betul x? Sbb sebagai seorang aku..mmg xsuka benda yg leceh2 ni. Buat semak hari2 aku je nnt. Amacam...Baik tak bela periuk elok tingkah laku mcm ni? Lebih baik bela periuk ni dari bela saka ye dak...hihii

Ni la ghupe piyuk nye. I lap u piyuk. Dah kaw knape? HAHa aku mmg high recommend pressure cooker noxxa ini. Selama daku pakai mmg xpernah keciwakan daku.

Isyyy memang bukan pressure cooker biasa laa. Tuan tuan dan puan puan boleh memasak semudah petik jari jerr (sila jgn propa sgt ;P). Balik dari kerja pun boleh masak dengan pantas! mak mak yang bekerja mesti sukaaaa ^_^

yang x mak mak lagi mcm aku pon suka apatah mak mak khannnn. Silalah sukaa gakk ;))))

Kalau suka boleh contact ahkak di talian 010-2314997. Ahkak tak ambil untung pun jual piyuk ni. Just sharing dengan rerakan taulan apa yang baik. Ahkak boleh ajar cara guna dan bawak piyuk terusss ke rumah anda. Menda2 baik ni wajib la denn mmg suka sharing2. Pahala bergandaaa. Sama2 mendapat kebaikan donia dan akhirat in syaa Allah.

Ok den tungguuu sape2 yg nk menimba ilmu masak pantas ni kay. Kerja Masak Jadi mudah dengan periuk tekanan ini tahuu. Pilih je dari mana2 masakan dibawah yg korg nak belajar tu nak request menu lain pon boleh. Ikut suka uolss nak yg mana kay kay kay. Kayybai! Ngeee..





Tak Liat Makan Kurma Dah! Very The Berkhasiat! :D

Posted by shidasanmil at Thursday, August 07, 2014 4 new comments
Record bulan pose mmg xde entry langsung. Jadi kalau cerita ni ketinggalan ketapi laju nozomi mmg xdan la nak kejar. Nampak x aku tgh berkayuh slow motion ke pangkal papan kekunci ;P

Bulan puase tiba2 kurma menjelma kat muka depan surat khabar, kat susunan depan pasaraya lagi la bertingkek2. Hari biase? bayang yusuf taiyoob pon xnmpk. ok tu tipu. Aku boleh jamin (amboi nak jamin macam makcik kayo sgt!) kalau lah xkerana makan kurma ni sunnah memang xdolah org nak makan gamaknye. 

Bukan xdo. Tapi jarang-jarang sgtlah nak jumpa yg kate "Kurma is my feberet No 1! Suka sgt-sgt makan kurma!" haa camgitu sekali. Especially muda mudi mcm ai. *angkat2 kening*

Kurma Ajwa atau kurma yg nabi Muhammad SAW paling suka
Sebagai experiment cuba pegi tgk pasaraya tu (sekarang) lepas raya ni siap diskaun up to 50% yaw.

Kalau dulu buka puasa nak makan sebelahhh kurma pon rase nak menangis teresak-esak sambil jeling bubur derian + ayam tergolek + ayam percik + murtabak + tembikai + nasi arab depan mate. 

Oklah sebenarnye nak kate kite ni sweeeeet sgt kan. Sbb Nabi Muhammad SAW kan berbuka dgn kurma dulu. Kita ikut sebab Nabi buat. Sweeeeet sgt kitee ^_^. Amalan mulia lagi berpahala walaupun sebijik je kurma khenn. Jadilah ambil berkat. ;D

Kurma Best No#1
Mase sebelum kawen single mingle mmg sahur dgn kurma je. Mudah dan tangkas. Sambil pejam mate boleh sahur. Haa mampu? Sahur dgn kurma sekurang2 nya 4 biji insyaAllah kita akan kenyang sampai ke petang. Siap bertenaga bagai koo. Dah kawen ni sahur makan nasi xsampai tgh hari dah mengigil kalah zombie kampong pisang. kohkoh. Yang single-single boley praktis 4 biji tau sekurang-kurangnye ;)

Kurma Best No#2
Kalau sape-sape yg pergi homeopati mesti perasan kan ubat dia manis-manis. Kebanyakkan kandungannya adalah Kurma taw. Yes kurma atau biji kurma. Iols tengah makan ubat homeopati ni sedap sungguh manis-manis macam makan gula-gula. Tak rase mcm makan obat pon. Budak-budak mesti suka gi klinik kalau mcm ni punya obat. Xpayah nak paksa makan obat dia sendiri yang amekkk obatt suruh kita bagi dia makan. teeheehee

Kurma Best No#3
Utk pengidap endometriosis macam den ni ha dilarang sama sekali mengambil gluten (terdapat kt tepung dan beras atau gandum). Sbb gluten menghalang penyerapan zat-zat mineral. Terpaksa beli yg gluten free. Kalau xde jgn risau kurma dapat settlekan issue dgn gluten ni. Kira mcm orang tengah yg settlekan issue 2 org yg sedang bergadoh. Boleh? ;P

Kurma Best No#4  
Ofkos buah kurma makanan yg diberkati. Niat apa sahaja insyaAllah jika kita makan dgn penuh kasih sayang dan tanda ingatan dan terima kasih kepada Rasulullah insyaAllah dapat meringankan beban hidup ;) Kan Mariam pun makan kurma masa sakit nak bersalin. Sungguh sesuatu sangat buah kurma ini.

Kurma Best No#5
Dalam banyak-banyak buah sape setuju kalau aku cakap kurma adalah buah yang paling senang bawak berbincang. Bukan la bincang masalah negara masalah dunia jauh sekali, inikan pula issue wanita bernama Ayelet Shaked  -____-. Buah kurma ni hamatttt mudah dibawa kemana-mana. Kawan-kawan dulu ada pesan bawak apple pergi keje. Say kalau meeting lama atau keje xsiap ade apple dalam beg boley ngap. xdela perut kriuk kriak meronta-ronta sgt. Selain apple bolehlah bawa kurma letak dalam plastik kecik masuk dalam beg.

Ossem sangat kurma kan. Jom kurma! Bukan Kurma daging Anita tahuuu. Tu lauk. Nanti aku lauk baru tahu ;P

Skrg aku tak liat makan kurma dah! Seee. Ade hikmah disebalik kesakitan. Pahala dapat very the berkhasiat lagi. I Luv U Rasulullah. Terima Kasih introducekan kami buah yang super ohsem ni.

Kurma ni aku suke dan dia besor gedabak makan satu dah kenyang tapi x ingat nama dia --__T
:D

(gambo gugle tolong cari dari page owwsem ni jualkurmaajwa.com dan intisari-online.com)

Bubur Kacang Organik Versi Serius

Posted by shidasanmil at Wednesday, April 30, 2014 8 new comments
Assalamualaikum.

Aku tengah countdown hari buruh. 
haruslah celebrate sebagai tanda buruh kasar tegar. 
 ;D

Sempena hari buruh ptg tadi balik keje hakak sediakan bubur kacang. 
Senang yang amat nak buat bubur kacang. hakak fes timer buat pun x fail. 

Organik tu sbb guna bebahan organik. Seswai utk yang mementingkan kesihatan.
jgn jd macam hakak da sakit br nak bejaga2. sayangilah org disekeliling anda. ;)

Bubur kacangku..presentation sgt sadis sigaraga..tapi ade ku kisah..mihmih
aku guna kacang ijau organik, gula perang organik, daun pandan fresh dr pokok depan rumah, garam sesudu kecil dan santan segar kedai pak mat baru buka kt taman melati tu. 5 bahan sajor. eh mmg sonang bonar lah.

x nak gebang kuat jom tgk kekdahnya. hak hak

1. Dengan kasih sayang cuci dan rendam 1 hari 1 malam kacang ijau (ni wajib kalau xnak mimpi ngeri nak tunggu kacang tu hempuk). 
2. Rebus kacang ijau dgn air sehingga kembang
3. Agak2 puas hati masuk daun pandan 
4. Then masuk gula perang dan santan
5. Tunggu masak n sedia masuk mangkuk ayun dan makan.

Itulah dia resepi 5 bahan 5 kekdah. (aku tiru 5 rencah 5 rase) kah kah

S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I B.U.R.U.H
dari myk cap buruh. 
;D
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea