Pengalaman Jalan-Jalan ke Jakarta - Tanah Abang Jakarta [Part 3]

Posted by shidasanmil at Tuesday, October 07, 2014
Aku dah selamat terbang ke Jakarta. weeehooooo. Ape lagi jom terjah Tanah Abang. Siap buat lawak kat laki aku "Eh bila awak beli tanah kat sini? yelaaa. tanah abang kan? ha ha ha. paham x lawak aku? 
*lawak SANGAT kan?* ;P

Aku sampai da tgh malam jadi bas mmg dah x idop. Taxi pon mahal IDR230,000 aku kene tipu dia ckp IDR150,000 masa sebelum naik dah sampai lain pulak cerita IDR150,000 tu utk sorang pulak dah. Nego dptla IDR230,000. Pandai pusing cerita ya pak. Takpe kami halalkan. Ameklaa ameklaa. Tapi biasela aku tetap geram dalam hati sbb x baik dowh buat cemtu.

Aku kat Jakarta hari 1st dgn last je actually. Nampak x sebenarnye nak g Bandung yang lebey. Rindu Bandung dari aritu lagi x ilang. Kali ni lagi akan rindu Bandung sebab pegi dgn boifren tercayunk. weewit. ^-^

Blok A
Aku terpaksa pilih tanah abang hasil review dari rakan blogger. Barang-barang kat sini katanye paling murah dan berbaloi. Tempat lain-lain mangga dua ke tiga ke empat aku x singgah langsung. x cukup mase yoep. Dekat Tanah Abang je dah berjam-jam. Lenguh kepala lutut ni aihhhh mana cukup sehari.

Pukul 8 pagi lagi aku dah terpacak kt Tanah Abang ingatkan buka awal pagi. Tapi nan hado jam 10 pagi barulah buka dgn jayanya. Aku singgah Blok A dan B je sbb dia bersebelahan.

Blok B
Hasil shopping aku adelah sangat sedih. Dapat 3 helai telekung dan baju jubah lelaki utk shidi dan askar-askarnya. Murah? mmg murah dari Malaysia ;D

Enuff Jakarta letsego Bandung. Sebelum gerak ke Station Kereta Api Gambir kami makan dulu kat Tenabang Foodcourt lantai 8 block A. Sedap betoi nasi gulung dgn daun pisang ala sunda ni. Dah lapar semua sedap ye tak? Kekeke.



Ikan Bawal Bakar
Ayam Bakar
Ok 1 2 3 Ngapppppp ;P
Yuk ke Bandoeng.

2 new comments:

sweet tooth said... Reply To This
wa...shopping sakan! ;-)
shidasanmil said... Reply To This
heeee...nasebla nepsu shopping saye tgh berkurang sikit masa tuu...slamat poket x nipis...hehe

Say a Buzz!

Tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D
Anda mestilah menjadi member kepada blog ini untuk meninggalkan sebarang comment ya! mudah sahaja ;)

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea