Perkara yg penting tp kita ambil mudah #2

Posted by Roshida Property at Monday, December 26, 2011
.Harta.Kedudukan.Kecantikan.

3 kunci utama yang di cari oleh manusia..Tidak kira dari mana juga asal usul seseorang itu kerana ia sudah lumrah hidup. Tanye jer kat sape2..pasti mahukan 3 perkara ini..Dalam al-Quran ia di sebut sebagai "sunnatullah" iaitu perkara2 yang telah ditetapkan oleh Allah akan terjadinya sesuatu perkara itu. Ia boleh membawa kepada kebahagiaan dan ia juga boleh membawa kepada kesesatan. Kerana secara sedar atau tidak ia dicipta tidak lain tidak bukan adalah untuk menguji manusia.

So supaya kita dapat kebahagiaan bukannya kesesatan senang jer..dah pun di ajar oleh Muhammad Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi SAW, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

Hadith tinggalan Rasulullah ini sering kali disebut2 dalam kehidupan seharian kita. Bagi mengingatkan kita pusaka yang amat amat amat berharga lebih dari segalanya ini telah di tinggalkan utk kita sebagai panduan ke arah yang benar. lebih berharga dari harta benda yang kita cari sehari2.

Jelasnya, sesiapa yang hendak mencari kebenaran dan hendak mencapai pengajaran-pengajaran Ilahi yang benar, tidak akan dapat di mana-manapun selain daripada yang terhimpun di dalam al-Qur'an al-Karim kerana al-Qur'anlah kitab suci yang terpelihara keasliannya dan terselamat pengajarannya daripada sebarang perubahan, pindaan dan tokok tambah, serta telah disambut dan diterima oleh umat Islam dari Nabi Muhammad SAW. yang menerimanya dari Malaikat Jibril a.s yang membawa turunnya dari Allah SWT.

Kuatkah kita dalam menjalani ujian ini? kita sahaja yang ada jawapannya kerana bila tiba saatnya kita juga yang akan menjawapnya. Gunalah harta, kekayaan, pangkat dan kecantikan di jalan yang diredhai oleh Penciptanya. Takut saja segala yang Dia pinjamkan akan menjadi penyebab kita sengsara dikemudian hari. Doa saya semoga kita kuat disaat ini supaya senang dan bahagia di hari yang mendatang dan disana nanti.. :)

0 new comments:

Say a Buzz!

tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea