You Follow I ,I Follow You! ;)

Posted by shidasanmil at Friday, January 01, 2016 4 new comments
Jom kita follow follow dengan yayacendana.

Senang sajer nak follow follow ni.

Macam ni:

1- Follow me
2- Buat entry "You Follow I ,I Follow You! ;)"
3- Tinggalkan url entry di ruangan komen
4- Nanti saya follow anda semula occay?

Thats the deal!


Thank you yaya for the cool segmen.

;D

Jalan-jalan ke Cameron Highland - Review Hotel Baru Aranda Nova Sangat Cantik!

Posted by shidasanmil at Tuesday, December 29, 2015 0 new comments
Dapat jugak ke Cameron pada cuti lepas. Lepas gian sebab dah lama tak ke Cameron. Cameron ni macam ade "something" yang buat aku asyek nak datang kesini tau. Aku rasa korang pun sama kan? Sebab apa? Sebab seram sejuk tak gitu ;D

Perjalanan dari KL aku ambil exit di Simpang Pulai sebab dah serik lalu dari Tapah. Jalan sama jauh tapi mencabar tahap pemanduan formula F1 kalau nak lalu. Daripada kecut perut sepanjang perjalanan lebih baik ikut jalan yang luas lagi terbentang. Hihi

Menarik jugak Hotel yang aku stay masa bercuti ni jom aku sharekan. Sebab Hotel baru mestilah serba serbi cantik lagi kan. So aku pun terjah. Asal mula-mula nak stay kat Hotel Copthorne (sebelum ini dikenali dengan hotel equatorial) tapi dah rate pun sama baik aku stay kat hotel yang ada bau baru.

Lagipun hotel ni sebelah jer dengan hotel copthorn di kawasan Brinchang. Betul-betul dekat simpang nak masuk ke Ladang Teh Boh dan gunung brinchang.

Jom layan apa yang ada kat Hotel ni?

 Haa tengok dari luaran sahaja dah cukup mengujakan tau nak menginap kat sini. 
Di bahagian bawah hotel ini ada cemeron square shopping complex. So malam-malam memang meriah.

Konsep dia katil duduk dalam cermin kaca dan ada ruang tamu yang boleh bersantai. Design moden dan luas boleh anak-anak main lari-lari.


Ini yang paling aku suka sebab ada balkoni. Fuhhh dapat fresh air dari greenery di Cameron memang syokkk oo.


Haaa inilah bilik dia asing dari ruang tamu. Sesiapa yang nak tido takdelah terganggu oleh orang yang nak tengok tv dan buat bising memekak orang nak tido pon tak boleh. Eh!


Katil queen dah habis so ambil saja katil double single.


Ruang dapur mini ade microwave siap ade sinki. Ok la not bad walaupun dapur masak takde. Hihi 



Toilet biase-biase yang penting bersih dan baru tiada bau bau yang tak di ingini. 


Pemandangan yang boleh menghilangkan kekusutan di jiwa. Otak boleh waras lepas tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. hehe


Luas kan? Nampak pulak aku tengah kusyuk photo taking.


Sambil lepak tengok TV dan main WIFI disini. 


 Okbai dah habis nak checkitout. Cemeron Highland tak puas lagi nak datang lagi kat sini! Kalau boleh nak duduk sini. HAHA

Boleh check details kat sini
www.aranda-nova-cameron.com
The square, Jalan Aranda Nova 39100 Greencow
Cameron Highlands Pahang
06-4968805

Resepi Meatball IKEA Super Lazat dan Halal Atkins :)

Posted by shidasanmil at Tuesday, December 29, 2015 3 new comments
Walaupun IKEA Cheras hanya 1 kilometriko jer dari rumah aku, Aku tetap buat meatball sendiri. Dan haselnya saaaaangat membanggakan tekak aku KAH KAH (betul tak tipu ok!)

So kalau korang nak try resepi meatball yang halal atkins tapi super lazat ni boleh la ambil pen dan kertas sekarang ok. Boleh salin resepi yang best ni ;P

Bahan-bahan meatball:
  
500g Isi daging 
5 sudu besar Heavy cooking cream (aku guna brand anchor aku beli kat kedai bakery bagus, cakap jer kat adik Bagus tu nak cooking cream anchor)
1 sudu kecil rosemary
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar butter
1 biji bawang besar dadu

Cara-cara masak meatball:

1- Tumis bawang dengan butter.
Harus tumiskan butter dengan bawang merah macam ni sebelum masuk dalam blender baru dia jadi meatball IKEA ;P

2- Satukan semua bahan dalam food processor dan blend sampai halus mulus dan tulus.
Kasi blend kisar macam ni. Guna food processor supaya tak perlu letak air. Dan tekstur nya lebih halus

3- Dah blen buat bentuk bulat-bulat macam kat gambar bawah ni.
Okey buat bulat-bulat macam ni sebelum goreng. Nama pun meat"ball" kan. kena la bulat-bulat.

4- Dengan sedikit minyak olive oil atau minyak biase pun boleh gorenglah meatball tu dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Aku guna olive oil sebab boleh guna lebihan lepas goreng tu untuk buat kuah/sauce dia. Lagi mantap rasanya nanti. Baru ada umph!

Jom buat sauce dia pulak. Sauce dia ni memang sedap sangat-sangat.

Bahan-bahan sauce meatball:

2 sudu besar Butter
3/4 cawan heavy cooking cream
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil kunyit untuk warna
garam agak lemak-lemak 

Cara-cara buat sauce meatball IKEA:

Tuang semua bahan dalam periuk dan masak seketika atas api sederhana. Kalau pekat tambah air sikit ya. Nak sedap lagi tuang jer terus dalam minyak yang goreng meatball tadi.

DONE!

Senang jaaa kan. Lagi pun masak kat rumah ni kan lagi afdhal. Makan kat luar banyak sangat benda asing alien masuk dalam perut. Kesian perut jadi mangsa menerima macam-macam bahan perisa, pewarna yang sebenarnya PUNCA SEBENAR kita GemS (Gemuk dan gempal jadi gemS) 

Gravy yang dibuat dari bahan-bahan didapur ni memang terbaik tau

Walaupun presentation tak semantap mana tapi rasanyaaa masyaAllah.Sedappp weii! Tolonglaaa cuba buat ;D


Resepi Shirataki Aglio Olio Untuk Atkiners

Posted by shidasanmil at Thursday, December 24, 2015 0 new comments
Mi shirataki ni aku beli dekat Isetan KLCC.
Dekat area-area barang-barang Jepun.

Sedap juga makan mee ni masa tengah diet. 
Lepas laa rindu dendam nak makan mee. 

Macam-macam masakan boleh diolah menggunakan mee shirataki ni.
Tapi kali ni aku cuba buat resepi aglio olio.

Ok dah jom masak.

Mula-mula rebuskan mee shirataki dengan bawang putih dan sekeping asam keping untuk hilangkan baunya. Aku tak suka bau tu potong rasa nak makan mee. 

Toskan dan lepas tu masak macam biase. Senang sangat bahan-bahan nak buat aglio olio ni.

3 ulas bawang putih cincang
lada hitam
udang ikut sooka
paprika (optional)
olive oil
Sayur sawi
Garam

Cara-cara nak masak punnn lahai senang ya amats.

Tumis bawang sampai kuning emas. Masukkan udang, black pepper dan paprika. Dah agak masak masuk mee shirataki dan sayur.

DONE.

Inilah rupa mee shirataki aglio olio saya. Sedap tao. Hihi

wink wink.



Sedapnya Jajan Keropok Untuk Diet Atkins Ni!

Posted by shidasanmil at Wednesday, December 23, 2015 0 new comments
Siapa yang suka kunyah mengunyah kan. kan. kan.
Sorry to say diet atkins amat mencabar untuk anda.

Bukan nak melemahkan semangat.
Tapi ini kenyataan.

Sebab aku sukaaaa mengunyah.
Tapi apakan daya byk jugak yang tak boleh makan.

So aku dengan gigihnya tercari-cari jajan yang mesra atkins.

Inilah jajan itu. Seaweed bagus pula untuk kulit. Total carb hanya ~1g per pack.
Aku beli kat Isetan KLCC.

Ni la rupa jajan tu.

Haaaa banyak ade kat Isetan. Yang pedas tu aku suka sebab ade rasa dari plain jer kan.

Pililan original dan pedas.

Yang penting HALALAN Toyyib!

Letak kat depan work station kat opis senang aku nak mengunyah time keje. Weeee~
Jadi aku makin chenta dengan diet atkins ni. Sebab makin lama ada jer idea nak makan apa. Banyak pending menu atkins aku sebenarnya. Manaaa mood nak menaip ni. Silalah meresap masuk ;D

Kalau nak tahu total loss weight to date aku adalah 7kg untuk 2 bulan. Ya sikit kan. Sebab aku banyak main tipu. Tipu diri sendiri merana lah ngko membawa lemak sana sini. Keh keh keh

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea