Dream Home - Senarai Pemaju Perumahan Di Lembah Klang (LINK)

Posted by shidasanmil at Thursday, September 17, 2015 2 new comments
Untuk menyenangkan keje aku hunting for rumah yang masih kabur tak nampak cahaya. Nahhhh amekkaww senarai developer di kawasan lembah klang untuk rujukan kita bersama. 

Siap dengan link sekali. Ya aku ada masalah sikit kalau tak di suap ni. Mih mih mih

Tengah dalam dilema untuk beli rumah baru atau masih nampak baru. Yang tak berapa nak baru atau buruk  aku dah serik sebab kos nak menten tuu boley tahan bocor poket mak nak.






Happy hunting your dream homes~

Bestnye kalau dapat rumah dikelilingi pokok-pokok sungai belakang rumah. Tenangnya hidup.

(Yang penting syukur dengan kurnia Tuhan)

Tapi tak salah untuk verangan kan. Kbai nak verangan rumah idaman =P









Pengalaman Berniaga Tart Nenas Bulan Ramadhan

Posted by shidasanmil at Saturday, August 15, 2015 2 new comments
Post tercicir sbb sibuk buat tart nenaih. kah kah kah ^______^

Bulan Ramadhan. Bulan dapat Bonus tahunan dari Big Boss nak bagi kat kita Alhamdulillah disampaikan ke bulan yang penuh misteri hadiah misteri malam misteri bonus extravaganza dari Yang Maha Esa Maha Kuasa. Ustad kata kalau boleh convert pahala jadi duit dah berkepuk-kepuk-kepuk dah. Tinggal kita nak rebut peluang ke tak jer. 

Syukur bulan ramadhan ni Allah bagi kudrat untuk berdagang biskut tart nenas.
Idok ler berkodi-kodi yang teman buat tapi syukur pengalaman tu yang penting.

Susah woooo nak buat tart nenas ni banding biskut lain sebab tu harga dia biasanya lagi mahal.

Jom layan Tart nenas saye bikin. Wee~

Letak dalam sarang supaya kemassss dan senonoh jer rupanya.

Ready to masuk oven!

Hasell setelah berpenat lelah Duduk dalam sarang tart nenas nampak lagi menariks.. Biskut german pun ada juga yg order. Terima kasih customer-customer. I lap u ols~

Suka amek gambar sebelum bakar nampak suci murni gitu.

Rupa tart nenas kalau susun tanpa sarang. Masih jelita dengan rasa yg amat menawan.

Tahun depan ada rezeki boleh buat lagi. Best buat tart nenas ni ada jer orang order. Nak nak kita buat dengan bahan-bahan yang berkualiti. Homemade mesti jalan lajuuu jer.

Alhamdulillah. Semoga berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. Aminnnn.

Kbye.

Tips Nak Jadi Orang Kaya (Bagaimana nak biasakan diri memberi)

Posted by shidasanmil at Thursday, July 30, 2015 2 new comments
Kaya tak semestinya kaya duit macam-macam perkara lagi kita boleh jadi kaya. Sharing dari Bro Johadi untuk biasakan diri dalam memberi. Kalau tak mula sekarang belum tentu kita akan memberi masa kita kaya kan. Aku pun struggle nak praktis. Jom sama2.

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

Iklas
Mohd Johadi

Kopi dan pasta

Pengalaman Mula Bermain Saham

Posted by shidasanmil at Saturday, June 13, 2015 4 new comments
Meh aku mukadimah sikit macam mane aku boleh terjun dalam menjadi trader amatur. 

Aku memang zero ilmu dalam saham. Total income dalam saham baru empat angka. 
Tak macam trader-trader yang korang dengar puluh ribu riban malah jutaan kan.

Tersangat amatur. Takpe keep calm dan teruskan belajar.

Jujur aku memang tak pernah pergi seminar atau kelas saham.
Cuma tahu jer lah saham dan remisier dari kecik sekolah rendah hingusan lagi.

Baru setahun jagung kerja direct pergi CIMB Investment bank di Miri dan bagitahu nak buka CDS account dan iTrade@CIMB account. 
Staff kat sana baik layan budak baru kerja macam aku ni. Tak pandang serong pun. eh!


Main saham ada risiko tapi boleh minimize dengan ilmu technical, fundamental dan pengalaman.
Belajar tiga benda ni in sya Allah tak mudah tersasar. 

Soalan-soalan yang lazim bagi amatur macam aku ialah Counter mana yang patut beli?

Ini 2 laman sesawang yang aku always refer.

Otai-otai banyak discuss kat sini pasal kedudukan satu-satu account.

Kat sini ada discussion dan boleh monitor harga minyak semasa etc.

Dan 1 apps yang setiap trader mesti ada ialah KLSE Trade.



Kalau aku rajin nanti aku share portfolio counter-counter yang aku beli okay.

Masih mencari trader yang sanggup ajar aku tips mudah! Ada ker?

Kalau korang ada info please sharing is caring =D

Homestay Ceria Kuala Lumpur Dah ada Blog Sendiri =)

Posted by shidasanmil at Sunday, June 07, 2015 0 new comments
Entry kali ini hanya nak memperkenalkan blog khas untuk Homestay Ceria.

HTTP://HOMESTAYCERIAKUALALUMPUR.BLOGSPOT.COM

Ya. Semua update mengenai homestay ini akan terus dimasukkan di dalam blog ini.

Antara ciri-ciri yang terdapat di dalam blog ini:

1- Anda boleh periksa kekosongan homestay ceria.
http://homestayceriakualalumpur.blogspot.com/p/booking-reservation.html 
Untuk memudahkan guest kami memeriksa availability homestay, kami telah menyediakan satu ruangan di blog kami untuk update setiap booking yang dibuat. 

2- Cara membuat tempahan
http://homestayceriakualalumpur.blogspot.com/p/cara.html
Detail mengenai cara untuk menempah homestay ceria ada di ruangan ini.

3- Review former guest kami
http://homestayceriakualalumpur.blogspot.com/p/testimonial.html
boleh dapatkan review guest kami disini.

Dan banyak lagi. 

Semoga bermanfaat =)
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea