Rumah Lelong di Puchong Naik Sehingga 110%! Auction di CIMB Property Mart 12 Dec 2015

Posted by shidasanmil at Monday, December 14, 2015 0 new comments
Puchong most wanted! Aku saje nak try Penaga Mas Puchong hari Saptu lepas.

Memang aku dah duga harga akan naik tapi tak sangka mak naik sampai macam tu.

Ok lah reserve price rumah tu RM 68,900 dan sell price naik ke RM 144,000!
Market value around RM 170 ke RM 200 psf
Aku back off je. Bukan rezeki aku. Untuk kawasan yang wanted agak sukar untuk dapat harga yang menarik dari lelong. Mesti sampai market value punya. Market value rumah ni around RM160,000 ++ based on brickz.my

Still below market value. Good buy. Tahniah pada yang menang. Just aku ada target sendiri yang aku pegang untuk unit ini dengan 30% deposit untuk rumah ketiga lagi. So I just let it gooo. Let it goooo ;P

Kalau ada yang nak jual area Puchong most wanted dengan harga yang best boleh roger saya. Kalau ada rezeki nak juga satu unit di Puchong.

Penaga Mas memang menarik

Size rumah 780sf agak besar

Lokasi yang best
Untuk yang nak beli rumah lelong tapi tiada pengalaman boleh contact kami. Kami boleh guide dari mula sampai habis. Kalau tiada masa untuk pergi bid rumah lelong kami boleh bantu anda dengan fee kawan-kawan itu pun kalau menang bid. Kalau tidak percuma sahaja ;)

Kami tunggu response anda.

0102314997
pacicoss@gmail.com

Homestay Ceria Dapat Guest Pertama Dari Airbnb! Alhamdulillah

Posted by shidasanmil at Thursday, December 10, 2015 0 new comments
Siapa tak tahu Airbnb sekarang dah berada di No 1 dalam the best company to work in 2016! 

 Selari dengan itu Homestay Ceria telah menregisterkan diri as part of Airbnb client baru-baru ni. Kira jadi host laa ye. Dan dah pun mendapat tempahan pertama guest dari Bandung, Indonesia yang akan menginap pada awal bulan January nanti. 

Thank you guest! Hope you have a pleasant stay with Stay D'Ceria *Big Smile from Stay D'Ceria*
Concept Airbnb ni guest akan bayar full masa membuat tempahan dan Airbnb akan hold payment tu sampailah hari guest check in. So payment kita dah secure disitu. Boleh terus block calendar kita untuk guest berkenaan.

Lepas guest dah buat bayaran full baru Airbnb akan berikan semua contact details supaya kita boleh direct dengan guest. 

Fee yang dikenakan oleh Airbnb pula adalah 1USD per day. 

Stay D'Ceria sedang berusaha untuk masuk ke Agoda.com dan Booking.com pula kalau ada rezeki dan di berikan peluang. Harap-harap terpilih nanti. Nanti admin update perkembangannye ye.

Dah habes cerita. Terima kasih semua!



Sambung Treatment di HKL

Posted by shidasanmil at Thursday, December 03, 2015 6 new comments
Secara ringkasnya aku akan share mengenai appointment aku dengan HKL. 

Decision nak pergi HKL ni dibuat selepas follow up treatment dengan Dr.Mashitah. Beliau mencadangkan kami terus kepada IUI. Tapi kami yakin kalau Allah nak bagi dengan cara apa pun boleh jadi.

Disebabkan baru pertama kali nak try IUI dan bajet pun tak berapa tebal maka HKL adalah yang pilihan terbaik untuk kami insyaAllah. Lagipun nak ke HKL dari rumah kami mengambil masa beberapa minit sahaja. 


1- Sebelum boleh pergi ke HKL kena dapatkan dahulu referral letter dari mana-mana klinik kesihatan dibawah kerajaan. Tak boleh dari klinik biasa kalau nak dapatkan harga murah masa treatment. Treatment IUI kat HKL memang murah RM5 sahaje. Dan IVF RM5000. Mana nak dapat pergi mana-mana pun tak dapat kot T_T

2- Dapat jer referral letter dari klinik kesihatan kg pandan aku terus pecut ke HKL. Serahkan referral letter tu kat Nurse yang jaga Unit Reproduktif dekat tingkat bawah Hospital Bersalin. 

3- Masa pass kan referral letter tu belum mula apa-apa lagi, nurse just tanya bila nak buat appointment untuk kaunselling. Kami tetapkan pada 1st Dec 2016 pukul 11 pagi. Sebulan lebih dari tarikh kami serahkan referral letter.

Hadir pada hari kaunseling

1- 1st Dec ngam-ngam jam 11 pagi kami sampai di Unit Reproduktif. Sampai-sampai jer nurse ambil berat aku and asben. BMI aku 23. Nurse tanya bila last cycle aku, kira punya kira rupanya 1st Dec tu hari ke 21. So ape lagi nurse terus suruh ambil darah untuk D21. Asben aku pun kena ambil darah jugak untuk check HIV ke ape tah lupaa. 

2- Selesai ambil darah mulalah sesi kaunseling. Bukan kaunseling ape pun, nurse akan tanya soalan-soalan dari SOP diorang. So kita jawab jer dan dia akan record. Contohnya ada merokok ke family abang kakak ada anak tak. Haa soalan basic je kan, Lepas tu dia explain procedure IUI dan IVF/ICSI tu macam mana. Dia ada bagitahu kat HKL hanya buat ICSI which is lagi better. Nurse yg explain kat kami pun baik jer. Oh ye sesi kaunseling ni free je tau ;D

3- Nak balik tu dia bagi kad dan form untuk ambil darah masa D2 and sample simen asben. Dah buat dua tu baru boleh buat appointment jumpa pakar. Aku ada tanya pakar lelaki ke perempuan. Nurse cakap perempuan nama Dr.Nurhaliza. Yeyyyy! shaye sheronok syekali. Kalau tak debar-debar jugak yela kerajaan kan mana nak boleh pilih-pilih sangat. Jumpa pakar dah ditetapkan pada hari Rabu sahaja. Shaye ok je sebab nurse kata ada bagi time off slip. 

Sekarang aku tengah tunggu miss P datang standby untuk ambil darah masa D2. Balik tu nengok jam kol 12 dah habis kejap jer kan ;) 

Kalau ade yang nak contact HKL OnG ni no ya 03-26155452

Cara Paling Cepat Periksa Market Value Hartanah

Posted by shidasanmil at Monday, November 30, 2015 1 new comments
Oleh kerana mood aku terr--baik harini meh-meh kak long kak ngah kak chik sume-sume la bak sini aku share sikit antara website-website yang aku selalu guna untuk menilai "value" sesuatu rumah. Bak kate orang nak beli rumah babe! bukan nak beli sayur kat pasar. Kena buat study la sikit. Sekurang-kurangnye study yang aku nak share ni wajib dan mesti buat. Kena tau wokay ka tara wokey ka yini ruma? Ini ruma ada worang mau bili ka nanti? Berapa harga yang wokay untuk yini ruma? Memacam la lagi malas aku nak menaipnye.

So website-website ni akan membantu korang menghilangkan gundah gulana difikiran dan resah dihati. Bagi aku ni teknik pantas menilai hartanah. Petik petik kat keyboard dah tau voley beli ka ta voley yeetuu maciam. Tapikan teknik ni hanya sesuai untuk hartanah subsale sahaje ok. Kalau untuk rumah baru maybe boleh untuk check harga rumah kawasan sekitar. Penting juga tu.

Susulan dari entry aku Pengalaman beli rumah lelong aku ade cerita dengan panjang lebar pasal market value. Aku stresskan MV ini teramat penting. Layan dia macam nyawaa okay ;P

So sila chekidout 3 website ini sebelum beli hartanah ok!

1- http://www.theedgeproperty.com.my/

Website ni sesuai sangat kalau nak buat detail study sikit sebab dia ada memacam feature. Boleh tengok trend harga rumah kat kawasan tu, boleh tengok reference price property yang korang nak beli dan lain-lain. Kalau nak tengok MV yang lagi direct boleh guna website yang kedua kat bawah ni ok.


See I told ya siap boleh tengok trend ;P

2- http://www.brickz.my/

 Dalam brickz ni dia akan listing real transaction jual beli rumah kat tempat yang korang cari. So korang boleh tau paling latest berapa harga yang bank boleh tawarkan kat kita. Just type nama tempat atau nama taman haaa ambik keluar semua info-info berapa per square feet semua hadoo. Actually website ni yang paaaaaling aku soka. Sebab senang hehehe. Contoh ade aku tunjuk kat bawah.


Ni contoh aku cari untuk taman pandan jaya. Highest adalah 514psf which is 100% sebijik sama dengan apa yang aku tanya kat bank.

3- http://www.mudah.my/

 Last sekali dont ever-ever lupa checkidout mudah.my. Boleh tau range harga hartanah tersebut. Berapa sewa rumah tu so boleh kira berapa rental return sebulan. Mudah yaaa hamat. 


Aku memang chentaaa mudah.my. Thank you mudah!!

Wordless Wednesday

Posted by shidasanmil at Wednesday, November 18, 2015 0 new comments

Senyum tak perlu kata apa-apa 
lalalallalala~~~ 
=)
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea