Checklist Sebelum Beli Rumah Lelong | WAJIB Buat ;D

Posted by shidasanmil at Monday, July 05, 2021 0 new comments
Selagi mampu aku nakkkk sangat-sangat share pengalaman aku berkecimpung dalam arena rumah lelong. Boleh juga transfer ilmu kepada yang baru nak menceburi bidang ini. Walaupun aku learn from the hardest way.

Plus actually aku cepat lupa. Dont worry aku tak salahkan semut dalam hal ini ;P
(paham ke? tak paham tak mengape)

Aku sendiri nak guna balik notes ini untuk rujukan sendiri.

So this time around, aku nak share Checklist yang WAJIB di buat sebelum membeli rumah lelong. Bukan apa selagi boleh kita nak minimize duit keluar. Kalau tak buat ni alamatnya boleh silap besar. Boleh bengkak hati ini.

Check market value

Check kos kasar untuk simple renovation yang wajib

Check bill dan cukai-cukai yang tertunggak

Check jika ada caveat. 


Facebook Ads Class

Posted by shidasanmil at Saturday, September 05, 2020 0 new comments

 3 sebab buat FB Ads (kena pilih salah satu sahaja):

  1. awareness
  2. consideration
  3. conversion


Setiap iklan ada objective yang berbeza:

Awareness:

  1. brand awareness (nak orang like je, xnak jual)
  2. reach (targeted customer/prospect - nak tunjukkan kpd seramai yang boleh)

Consideration (Cara promote website/page/etc):

  1. traffic - buat iklan bila click terus ke website bukan ke page
  2. engagement 
  3. lead generation - nak dptkan database (nama, email, no fon) 
  4. message - kita nak org mesej kita terus (tak perlu like2)
  5. video views- kita nak orang tgk video kita (14 kali ganda lebih byk leads) - guna ni bila nak promote video

Conversion

  1. Conversion - Hanya yang ada system e-commerce (payment gateway sahaja)
  2. Catalogue sales - buat catalogue online (kalau nak promote guna catalogue)
  3. store traffic - kita nak promote kita punya premis kepada penduduk setempat

Contoh engagement:

  1. Daily budget (kalau nak control hari-hari, iklan keluar 24 jam)
  2. Lifetime budget (kalau tak nak control hari-hari - contoh sebulan RM500 - boleh pilih nak keluar pukul brp hari apa)
untuk yg 1st time berapa budget nak letak untuk buat fb ads?
disarankan letak rm10 sehari (boleh dpt 3000 orang nampak iklan kita - murah compare to print flyers)
untuk audience yg lebih berkualiti - rm30 (boleh dpt 10k orang nampak iklan kita)

Berapa lama nak buat ads:
FB ads by right kena buat hari2
Tp untk newbie buat utk seminggu

Location setting?
- people travelling in this location (sangat sesuai untuk homestay)
- kalau tudung (people living/recently pun boleh)

kalau pilih set to malaysia (sangat mahal min rm50)
type kuala terengganu (fokus kpd satu2 kawasan)

ambil location maximum 7 sahaja jangan pilih banyak2 sangat

Detailed targeting expansion

Detailed Targeting Expansion ialah apa interest seseorang (dari profile dan page yg dia like) - minimum 3, maximum 7 (click browse untuk dapatkan specific orang mana yang kita target - orang kaya boleh beli rumah 1juta/orang suka travel/orang suka makan)
fashion
kesihatan
shawl
kebaya
education
exclude orang2 yg kita taknak (nepal, indonesia etc tp nnt org2 malaysia yg ada like page indonesia jokowi/bali pun tak dapat iklan kita)

Narrow audience
kne like naelofar
suri rumah
macam mana nak buat utk orang2 government sahaja (employers)

language (facebook diorang guna language apa)
macam mana nak orang melayu shj dapat - contoh kita jual telekung

Placement
mana device yg kita nak (desktop/mobile)
mana kita nak post (facebook? instagram?)

only when connected to wifi bila orang nak save data (bila kita nak orang tgk video kita - kebanyakan orang akan play video bila ada wifi)

Exclude Skippable Ads
tgh2 tgk video ada iklan (kita nak tak iklan kita keluar mcm tu?)

tudung competitor (katalah semua tgh buat ads, sapa py ads yg akan pergi kpd audience yg lebih berkualiti)?
budget setting semua sama.
facebook is fair to everyone (kita boleh dapat audience yg berkualiti dr competitor jika kita buat cost control - tgk sapa yang bid tinggi)

bid cap - betul2 nak lawan competitor (budget kne besar kalau tak letak bid facebook yg akan tentukan quality audience)

kne tau waktu bila kita nak pakai bid strategies? musim perayaan, musim gaji. contoh bid RM5, sorang like dah habis)

split test 

kita nak buat test bila kita buat 2 iklan atau lebih kita nak tgk iklan mcm mana yang bagus performance dia. bila dah dpt yg bagus run iklan yang sama sahaja pada harga yang lebih mahal.

dalam campaign boleh buat banyak ad set
contoh: campaign nak launch hijab yang baru

kita buat 3 ad set kne buat serentak

  1. lokasi berbeza (budget sama RM120)
  2. lokasi sama (umur beza) budget sama RM120
  3. lokasi sama umur sama (detailed targeting beza - fashion/dress)



decoupage

Posted by shidasanmil at Friday, August 07, 2020 0 new comments
4 bahan asas
Primer gesso
180- 240 kertas pasir - surface preparation
Sponge lembab
Lapis gesso
Kering (hair dryer)
Lapis gesso
2 kali lapis background color

Kaca sapu alkohol
Tin sapu dgn cuka utk tahan lama

Vanish 
340 kertas pasir (utk dptkan surface yg licin cantik)

Ape jadi dengan bucket list 30 things to complete before 35?

Posted by shidasanmil at Thursday, August 06, 2020 0 new comments
March 2016 lebih kurang 5 thn lps aku ade buat bucket list utk aku capai sebelum turn 35. Hari ni lebih kurang beberapa bulan je lg aku akan sampai umur tu. So mcm mn capai ke idok? Jommm check..

1- Learn to dress well — not selebet as usual (yg ni rs mcm ade improvement..haha mcm angkat bakol plak tp series sblm ni lg teruk tshirt dgn jeans semata2..skrg da suka pakai kurung moden ok wuttt 😁😆)
2- Travel somewhere TRULY exotic — anywhere that feels like the end of the earth (hmmm aku da pegi ladakh himalayans..kira abess exotic da tu utk aku yg xadventurous lgsg ni..lg2 ms pegi tu ade curfew sbb ade news serangan dr pihak india ke pakistan aku da lupa ha2 mmg tentera sana sini rs dlm medan perang dah)
3- Get your own nest — a place you can express yourself (ni mcm semua sudut rmh ni aku da tglkn kesan kira dah ticked la haha)
4- Travel oversea/somewhere solo (g jepun naik flite sorg2 aritu kira aci dah takk? Tp smpai jepon jumpa jgk member ha2)
5- Get out of debt (masih ada hutang rumahhh sobssss)
6- Get an ideal body weight and maintain it! IMPORTANT haha (huiiii ni paaaling ssh..😂😂😂)
7- Surround yourself with people that will take you a step ahead (ade geng lepak smpai pkl 2-3pg sembang projek n bisnes kira ok kot walaupun x start lg bisnes hihi)
8- Accept that you are an adult and start living one (improving insyaAllah)
9- Learn a new language (arabic!!!)
10- Date a lot HAHA (everyday alhamdulillah😉😉)
11- Start to accumulate a fortune and wealth (comes together with debt huhu)
12- Test drive your dream car (ohhh nuuuu..not yet..do i have one? If i do there must be a lot! Sejenis xreti fix..tp sofar suka mcm van..sng nak tido)
13- Climb a mountain (dahhh panjat bukit dkt pantai besut tu kira ok la yaa walaupun x tinggi..sis pancittt)
14- Cook a huge meal and throw a dinner party for friends (doneee raya last year..this year xleh sbb covidd - heee alasan)
15- Go scuba diving — or at least try snorkeling (doneee in tioman island..superb! Next perhentian pulak)
16- Go whitewater rafting (done in thailand)
17- Apply for your dream job — there’s no better time to try (what do i want to be actually? I dont know either..then how do i apply? Middle life crisis betol)
18- Take a cross-country road trip (i want to go to singapore or thailand but stilll not accomplish yet! But i've done miri-brunei-limbang-brunei-sabah. It's so much fun!
19- Take a class that’s totally out of your element (make up class maybe? Or hair stylish class..ok still got time to to this!)
20- Unplug for a full day…or even a full week! (A day maybe i can try..haha)
21- Perform umrah/Hajj (alhamdulillah in 2019)
22- Easily forgive and forget (still learning and pushing my self)
23- Trip to China (done 2017)
24- Buy a pick up truck (have to remove this as i dont really want to have one as of now..engine bising)
25- Buy Home with backyard attach with my mom's house (in the making doakan semuanya berjalan lancar ye)
26- Sedekah dengan niat untuk orang lain (kne practice ni)
27- Open a bussiness like seriously (not serious enough..insyaAllah one day niat nak mudahkan urusan org.)
28- Practice serious yoga (dont like it anymore)
29- Get a piece of land (done alhamdulillah)
30- Able to change mindset in a split second (tapp..ukenduit...tapp..percaya pada diri sendiri...tapp..everyone has their own life pace..tapp..people make mistakes..we are human..why so serious...sederhana itu baik..tapi buat perkara baik jgn bersederhana..perkara jahat buang terus..bykkkk sgt... mindset mcm mane yg kita kne setup dlm ram minda kita?)

Ok ade yg belum settle..boleh diusahakan lagi...next bucket list before turn 40 maybe? 😁😁

Digital Marketing Fundamental

Posted by shidasanmil at Sunday, April 12, 2020 0 new comments
Belajar benda baru. Sesuai untuk apa jua jenis business aku sharekan disini supaya aku pun boleh refer semula.

1- Buat Trend, Target market dan comparison

Malaysian population ada berapa ramai?
32 Juta

Jakarta sahaja 30 Juta

Berapa juta yang online?
25 Juta

Berapa juta yang active social media?
contoh facebook yang buka minimum sebulan sekali
24 Juta

Berapa juta yang ada internet sendiri, aktif mobile internet?
24 Juta

Dari mana datangnya nombor ini?
Dari website MCMC

Apa yang kita dapat dari nombor ini?

  • peluang
  • prospek


Search engine
  • google
  • yahoo
  • bing
  • MSN
  • DuckDuckGo
  • Baidu - china
  • Yandex - russia
Browser
  • chrome
  • ie
  • mozilla
Google trends
Kita ambil 1 produk sebagai contoh. Katalah tudung.

Sale nak buat bulan ramadhan
Marketing bila nak start? 2 bulan sebelum dah buat gila-gila

mana satu produk lebih favorite?
Gunakan compare

Cari ikut category kalau fashion, fashion sahaja
tak ramai org cari brand
terlalu specific

Tengok orang yg cari dari mana - berdasarkan IP
Supaya kita tau target market kita dari mana? banyak orang di bandar-bandar tu susah nak cari tudung.
kenapa KL takde dalam top 5?
sbb diorg tahu nak beli dekat mana tak perlu search

search: my ip address

apakah kegunaan tempat dan related queries?

  • untuk content
  • cari product yang tgh trend
  • guna sebagai hashtag
  • guna sebagai SEO

search pakej umrah
paling ramai cari dan history google akan suggest

2 cara untuk duduk dalam 1st page
bayar - Search engine marketing
boleh set specific location mana yang kita nak

free - Search engine optimization
traffic yg banyak/ berkualiti/ percuma

dekat mana nak buat website for free (tumpang domain orang)

  • wix
  • weebly
  • wordpress.com/
  • guna shopify


Apa kebaikan dan kelemahan website free

  • Kebaikan - free
  • Kelemahan - limited function, limited space, tumpang domain org, xboleh letak banyak gambar (500MB), ada iklan orang lain


Website professional - berbayar (invest)
Apa yg kita kene ade sebelum buat website?

  • kne ade domain - website address (.com, com.my)
  • Hosting - size website (kecik atau besar)

dua2 ni kne beli
wordpress.org - utk professional

Jual domain dan customer servis yang bagus
bit.ly/netmalaysia
https://billing.netkl.com/

hosting - shared hosting - for beginners

Apa beza blog dgn website
1- blog utk personal, website utk company atau produk
2- blog tak formal, website utk formal (corporate)
3- blog hari2 post, website jarang post (apa yang penting shj kita update)

blog/website boleh link dgn socmed

org beli sebab tuan/puan atau produk?

  • kalau beli sbb tuan/puan - kene ade blog (personal branding)
  • kalau beli sbb produk - kene ade website

Macam mana nak duduk dlm 1st page mcm tripfez.com
kene buat Search engine optimization
1- fokus keywords (pakej umrah) mesti kene ade dalam satu-satu page dalam website
2- Artikel/post mesti ada minimum 300 patah perkataan dalam setiap page (more information dalam satu page booking, history , boleh letak table)
  • 7 pages banyak sangat pun tak perlu
  • page 1: product (fokus keyword 1)
  • page 2: sejarah (fokus keyword 2)
  • page 3: testimoni (fokus keyword 3) 
  • page 4: customer servis (fokus keyword 4) 
3- Fokus keywords kene ade 0.5% - 3% daripada total patah perkataan dalam satu-satu page dalam website (tak boleh kurang tak boleh lebih) - fokus keywords density

contoh:
katalah kita buat 300 words - brp 0.5% darpada 300 = 1.5 - 9 pp
minimum = 2 kali repeat
maximum = 9 kali repeat

pakej umrah ini memang selesa
pakej umrah ini sangat menarik
etc

katalah kita buat 1000 words - brp 0.5% darpada 1000 = 5 - 30 pp
minimum = 5 kali repeat
maximum = 30 kali repeat
etc

4- website tak boleh slow loading - kene bawah 3s (untuk pergi ke setiap page dalam website kita)
Macam mana nak laju?

  1. - check server - check dgn hosting/netkl server ade problem ke
  2. - gambar boleh letak banyak-banyak tapi kene control size - kene bawah 300kb (mcm mana nak compress gambar? guna tinyjpg.com, whatsapp gambar kpd nombor lain dan suruh orang tu whatsapp semula gambar, screenshot-crop)
  3. - video mesti publish dalam youtube channel - dan letak link shj

Facebook

Nama facebook page
1- produk - tudung
2- brand - dejrani
3- interest/excite - stylo

Page name: tudung dejrani stylo
Brp banyak boleh buat page? unlimited

Register brand - myIPO
  • renew setiap 10 tahun - cost rm750 - rm1500

Cara cari brand name
  • namelix.com
  • tudung - length - name style - brandable names
profile picture letak logo brand
  • designmantic.com
  • logo services - try now - fill in - right click - save picture as
nak design photo guna apa?
  • canva.com atau apps
  • search template - fashion
  • boleh letak video - min 20 saat max 2 minit
Copywriting (ayat jualan)
Jenis2 copywriting
  1. ayat utk awareness - teaser (i.e. limited edition coming..pm for details, agak2 ayam tgh makan apa? agak2 ini kain apa?)
  2. ayat utk marketing - soft sell (resepi, daily works, selfie dgn customer)
  3. ayat utk jual - hard sell (deal of the day)
Jenis-jenis follower

  • audience - see only/stalker
  • prospek - ada like, comment
  • customer - ada beli
  • raving fan - repeated customer


kelebihan offline marketing: trust/direct approach/real produk

AIDCA formula is a sales and marketing acronym. It is an extremely important sales and marketing principle to understand. 

  1. Attention: Grab attention of your prospect
  2. Interest: Then, peaking their interest in your product or service
  3. Desire: Then, generating desire for your product or service
  4. Conviction: Develop conviction within your prospect
  5. Action: Finally, inspire your prospect to take action

Lastly sila belajar lagi untuk menambahkan pengetahuan OK

https://lms.go-ecommerce.my/login.php?target=crs_6651_rcodem78ST5QxDd&client_id=eusahawanv1&auth_stat=

pergi ke my learning
dan buat kuiz - claim point

Tapi ini untuk yg sudah mendaftar untuk training MDEC sahaja ya!

Pengalaman bina rumah atas tanah sendiri [Part 4] - Finally Approved! Fuhh Fuhh

Posted by shidasanmil at Wednesday, July 17, 2019 5 new comments
Akhirnyaaaa.. kini pasti kumerasaii cinta nan suci..
bahagia pabila ku bersama sungguh indahnyaaa..
ok dahh3x cukup utk ujan kali ni tak payahh aku nak siram pokok..;P

so selepas tujuh puluh kurun masihi (sebenarnye 2 tahun) dapatlah sudah appoval mejelis. Syukur yang tak terhingga..semuanya dengan rahmat dan belas kasihan dariNya..bukan kerana usaha kami sangat pun..alhamdulillah..

susah bhai nak dpt approval mejelis. aku hampir givap tp nasib baik ada cikbang tolong kasi moral support. masyaa Allah, Allah shj yang tahu perasaan nak go through process ni. macam2 dugaan. Siap dah fikir ni kalau kita beli je rumah kan senang. bayar terus dapat seketul rumah dgn jayanya. Tapi kami mmg suka cabaran. Cewahh (haritu bukan kau nak menangis dah dekat ofis mejelis? koh3x)

Orang kata dah terlajak nak buat macam mana khan. Baik kita teruskan. Tak baik buat kerja separuh jalan (ayat nak sedapkan hati).

In syaa Allah..kami akan masuk fasa construction tak lama lagi. doakan kami ya! Kami pun doakan kalian semua dimudahkan urusan. Niat dihati nak ambil gambar utk progress bina rumah tu. Kalau ada rezeki nnt kami akan kongsikan. Ade ke yang nak tgk. Kalau takde pun sy nak kongsikan jugak.  

Stay tune ;D

Assalamualaikum.

pandangan depan

pandangan sisi

pandangan atas




Pengalaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri - Approval Majlis [Part 3]

Posted by shidasanmil at Friday, April 06, 2018 24 new comments
Ok marilah kita sambung progress. Marilah mariiiii siapkan progresss. Jangan lupa kewajipan pada keluarga. Heyyy! haha mood lagu mengundi legend sudah mari ;D

Disebabkan kami hanya nak membuat seketul rumah sahaja maka boleh dapat pengeculian planning atau term yang diorang guna ex-PA. Lepas kami jumpa pegawai MPAJ di Jabatan Planning untuk dapatkan ex-PA tiba-tiba dapat surpriseeee. 

Surprise tak boleh dapat ex-PA sebab luas lot dalam geran belum final. Syarat nak dapat ex-PA ni kena luas lot dah final. Luas sementara ni belum diukur secara halus lagi oleh juruukur yang bertauliah dari JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia). Semua tanah-tanah di Malaysia ni mesti dapatkan luas final dari JUPEM. 

So, kalau tak dapat ex-PA ni terpaksa buat town planning yang mana memerlukan hampir RM10k dan makan masa lagi untuk buat. 

Memang takk lah akak nk buat ni walaupun pegawai tu advise suruh buat. Buat town planning adalah last resort selepas usaha betulkan geran. Dari dapat berjimat kena pulak keluar duit lagi. Ingat duit boleh petik-petik macam petik ulam cicah budu terus makan ke. Masa tu akak memang rasa sedikit kuciwa. Tapi ku tahan jebat. 

So akak kena dptkan geran dengan luas final maka kehulu kehilirlah pegi pejabat tanah nak dapatkan sokongan. 

Alhamdulillah boleh je rupanya tukar geran luas sementara tu kepada final title dekat pejabat tanah daerah. Isi borang dan sediakan lampiran ic, pelan akui, carian rasmi title, geran. 

Pelan akui ni boleh je pegi beli dekat pejabat tanah negeri/JUPEM harga RM5 hengget shj. So apa-apa pun mesti kena ikut ukuran dekat JUPEM ni. 

Contoh pelan akui dari JUPEM

Like my case tak banyak beza pun luas dlm pelan akui dengan geran. Pelan akui luas sedikit dari geran beza kurang dari 1%. Premium ape semua tak perlu bayar. Boleh tukar geran dan dapatkan ex-PA tak perlu buat town planning. phewww. Satu perkara dah lepas. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga. Rasa satu achievement dalam hidup huhu.

So takde masalah laa nak buat rumah atas tanah tu tp kenape MPAJ mntk buat town planning jugak kan? Tolonglah jangan ikut buku sangat. Kalau tak boleh nak bantu memudahkan jangan tambah susahkan lg kami rakyat marhaen. 

Next dapatkan approval building plan dekat Jabatan Kejuruteraan.

Doakan urusan kami dipermudahkan.

Aminnnn

Pengalaman bina rumah atas tanah sendiri - Design Rumah [part 2]

Posted by shidasanmil at Thursday, March 29, 2018 2 new comments
Design proses yang lama

Percayalah masa anda akan terbuang paling banyak dalam proses nak buat design ni. Macam kami ambil masa setahun! Apa? Ya setahun nak buat design rumah seketul je uols. Untuk mendapatkan design yg bebetul mengikut citarasa dan praktikal.

Tu pun still rasa masih tak complete lg. Hahahaha mau makan bertahun lagi kalau ikut nepsu seketul cinet yg sentiasa tak gheti nak decide. Semua dia nak. Lepas tu pening kelapa architect nak design. Mana taknye hari hari adeeee je idea terkeluar dari seketul fikiran. Ubah sini ubah sana refine lg bagi just nice.

Antara tips yang kami cadangkan korang utk cepatkan proses design ni korang terus buat 3D seawal yang boleh lepas agak2 dah solid sikit floor plan.
Then mintak architect design beberapa contoh. Macam kami mintak 7 contoh rumah 3D. Lagi cepat korang start buat lagi mudah nak decide dan jimat masa korang. Antara perkara yang korang akan particular sikit untuk design macam

1- front design
2- material 
3- roof design

Finally, Selepas keringat bercampur daki darah dan nanah (euwwh) maka terhasillah final design untuk disubmit ke Majlis. 

Dapatkan approval majlis perbandaran (Pihak Berkuasa Tempatan) PBT

Kami agak tak beruntung utk part ni. Tp takpa pengalaman mengajar erti kehidupan yang tak pernah indah. So sad. Susah gila nak dptkan approval majlis! So far dah mengadap 4 kali. Adaaaa jaaa yang tak kena.

Setiap kali datang mesti ada yang tak kena. Semua info lain-lain pulak tu. mcm takde standard dan sangat tak memudahkan urusan rakyat marhaen. Sory i am a bit emotional on this. Sebab bukan kita nak buat rumah setaman pun. Nak buat rumah sejibik jer. Tp strict dia tu macam nak buat rumah setaman dan 80 tingkat dengan mall dan taman tema attach to it. Koh3 yaa ampunnn

But it is the truth. I dont want to blame anyone on this. But somehow something fishy is always in my mind. 

Dont they know how much money and efforts we have put to get to produce those drawings?
Its real man its real for me yg berjimat cermat since my early days start kerja yang tak pernah stay rmh lot yg stay rumah panjang then rumah flat. Lepas tu nak mntk kami buat macam2 semata2 utk penuhi majlis punya requirement yang memerkukan ribuan ringgit yang mana requirement tu tak perlu untuk seketul rumah sahaja. Langsung takda surat rasmi yang mengatakan kami tak memenuhi requirement. 

Sorry i actually nak share whats the requirement but get too emotional when i think back about it. 

So i share next entry ya.

Testimoni Kulit Kasar, Kusam dan Jeragat - Hilang Dalam 2 Minggu

Posted by shidasanmil at Monday, March 26, 2018 2 new comments
Siapa yang tak suka kalau ada produk skincare yang mudah, senang dan tak banyak songeh kan. 
Produk ni korang boleh guna jer pencuci muka yang korang tengah guna sekarang cuma spray sahaja selepas mandi dah nampak hasil kulit gebu dalam masa yang singkat. 

Iols pun baru guna seminggu tapi dah rasa kulit halusss mulusss tulusss gitu. Ramai jugak yang tegur. Husband orang pertama yang perasan. Bukan senang dia nak cakap iols cantik. Terus rasa nak terbang kelangit bila dia cakap okay la produk ni. 

Jangan risau produk ni ada kelulusan KKM so memang selamat untuk digunakan dan bahan-bahan yang digunakan pun memang dari bahan-bahan natural.

Jom aku perkenalkan produk yang menarik ni.

HYDRATING TONING LOTION

Produk brand Swisderm yang sesuai dengan kulit orang kita. Jom aku tunjukkan testimoni-testimoni 


Banyak kesan positif yang korang akan dapat pakai hydrating lotion ni. Anataranye:

  • Mengurangkan dan menghilangkan kedut dan kerut 
  • Mengurangkan jeragat
  • Melembapkan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengurangkan jerawat
  • Mencerahkan kulit
  • Kulit berseri 





Untuk yang mencari produk anti aging aku amat recommend produk ini sebab sangat effortless, less time and proven. 



Kulit kusam dah berseri cerah seceria pagi diufuk timur ;D


Teruja hakak tengok eyebag dia dah hilang uolss. Nanti kalau eyebag akak dah hilang akak post next entry occay. Sekarang pun dah kurang sikit sebelum ni macam anak panda yang dah balik china tu. 


Eyebag kat mana?? Eyebag kat mana?? Eyebag dah hilang. Menghilangkan eyebag dengan mudah. Tak perlu pakai macam-macam eye cream ka apa ka. Spray sahaja hydrating toning lotion ini tuan-tuan dan puan-puan.


Inilah cara untuk hilangkan eyebay dengan mudah. Penat akak cari cara nak hilangkan eyebag selama ni rupaya dengan semburan 2-3 kali sehari selepas 2 minggu boleh settle?? Sukaaa..


Pori-pori yang kasar macam ni selamber jer produk ni kasik halus. Ajaib sungguh teknologi kecantikan zaman millenium ni.


Nak lagi gebu gebas cerah flawless jer kulit tu boleh tambah guna 3S Capsule dari Swisderm juga. Ada 4 jenis produk Swisderm ni. Lagi 2 jenis tu aku tak familiar sangat. 

Kalau nak cuba kakak ni boleh post seluruh Malaysia COD di Ampang/KL atau PJ sahaja. Kalau korang stay area ni dia boleh hantar terus kerumah korang.

Agent dialu-alukan diseluruh negeri. Boleh contact kak ena ni kalau korang berminat nak jadi agent occay! Dia akan guide korang dari alif sampai yaa. 

Jangan contact aku sbb aku tak jual aku tau pakai jer ;D


Vacuum bagged atau bagless yang lagi bagus? Pengakuan jujur dari hati

Posted by shidasanmil at Friday, March 16, 2018 4 new comments
Hye i am backk! 

Last menulis berkurun masihi yang lepas. Bakat menulis pun dah hilang takpe jom asah balik kasik tajam.

Sebagai seketul perempuan yang kengkunun busy then tak sempat nak buat keje rumah pemilihan vacuum yang betul amatlah ditekankan.

Vacuum brand p ni aku dah pakai lebih dari 2 tahun jenis bagged dan 2 ketul lagi brand e dan s adalah bagless dah pakai lebih kurang setahun. Jom aku kongsi facai sikit pengalaman aku pakai ketiga ketulan vacuum ini. Semoga dengan niat murni ni dapat menjadi panduan untuk yang tengah mencari vacuum. Ape lagi nak tunggu kan, Joms!

Please bear in mind yang review aku ni tak berbayar dan ianya bebetul dari apa yang aku dapat selama menggunakan mereka mereka ini. Ianya mungkin berbeza dengan orang lain. Jadi pastikan aman tanpa perang OK! 

So utk ini I bukan nak cakap pasal brand tp jenis vacuum. So far I dah pernah pakai 2 jenis yg bagless dan 1 jenis yg bagged. Personal opinion I suka pakai yg bagged sebab suction dia power sampai kesudah dan less headache. Walaupun kne beli vacuum bag for me agak lama jugak nak penuh satu bag tu.

Guna yg bagless sangat xconvenient for me sebab lepas penggunaan kita kena cuci filter dan kosongkan sampah kalau tak habuk pun dia x sedut. Then after awhile even kita dah cuci pun suction dia still x improve.

I tak tau orang lain macam mana tapi ni personal opinion I sahaja takde kena mengena dengan makhluk yang lain.

Kalau u guys ada opinion lain sila share yaa. I pun nak tengok jugak apa pendapat umum.

Okay assalam.





Pengalaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri - Nak Cari Siapa? [Part 1]

Posted by shidasanmil at Friday, August 25, 2017 5 new comments
Peace be upon yaa!
.
Dituliskan sebagai ingatan.
Supaya tak lupa kesusahan dan kegigihan.
Up and down dah jadi makanan.
Dirikan rumah di tanah yg comel tahap gaban.
Design sahaja dah memeningkan
Bagi kami buat teduhan.
;D
.
Saya suka moden industri tapi cikbang tak berapa berkenan. Sadis.

Ada macam-macam cara nak buat rumah atas tanah sendiri. Tepuk poket dan ukur berapa dalam. Selami dalam-dalam sambil minum kopi. Silap ukur kedalaman memang masak lah nanti. Macam kami memang tak berapa nak dalam lah. Every cents count! Lagi-lagi aku yang melantik diri sendiri selaku akauntan rumah yang tak bertauliah.
.

 Untuk step pertama bagi rakyat marhaen yang tak mengetahui banyak ilmu mengenai civil construction, nak bikin pondok pun taktau inikan nak bina rumah, kami dah cuba macam-macam cara. Jumpa contractor lah. Jumpa pelukis pelan lah. Arkitek pun kami jumpa.
.

Antara ketiga-tiga party ni jumpa dengan arkitek paling menyenangkan untuk yang nak buat rumah dengan CCC. Sebab gov dah lepaskan responsible untuk issue CCC kepada arkitek. Lagipun karang-karang nak jual senang. Kot-kot lah dah tak mampu atau dah tak nak duduk KL boleh letgo. Kan hidup tak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Malam sinar tak berbintang. Itulah lukisan alam. *tetiba*
.

Mulalah hunting for arkitek.
.

Dah jumpa arkitek deal design dan harga. Mungkin ramai yang dah tahu fee arkitek standard 10-15% dari construction price. Try cari yang dapat bagi 10% pun dah cukup baik.
.

Dah penat mencari kami jumpa 1st arkitek dekat kedai mamak.
Bincang punya bincang kami berikan spesifikasi yang kami nak pung pang pung pang dah settle diorang balik buat single line drawing layout rumah.
.

Layout rumah adalah perkara pertama sekali kena mintak arkitek sediakan.
So next meeting boleh bincang layout dan harga terus.
.

Kami terimpress seketika dengan layout yg arkitek tu design. Memang lain dari yang lain.
.

Tapi malangnya bila masuk bab harga. Alamak aihh.
Tak perlu nak ukur-ukur poket. Sebelum mula construction pun duit dah mengalir bagaikan air terjun.
.

Kompom poket bocor teruk. kah3
.

Kami pun dengan baik minta diorg revise mana-mana yang perlu dan jumpa lagi next meeting.
.

 Tapi disebabkan poket akan kompom bocor teruk perjumpaan seterusnya dengan arkitek berkenaan tidak berlaku =P
.

Satu benda kami belajar dari perjumpaan tu pentingnya bina keserasian dengan arkitek. Sebab kita akan deal dengan dia dari awal sampai habis cerita.
.

Sudahnya teringat ada kawan yang kerja arkitek kami pun contact dia dan jumpa. Sangat mudah bekerjasaman dengan orang yang kita dah kenal. Nak cakap design macam-macam pun senang. Paling penting duit tak berapa nak mengalir deras teruk.
.

Fee dia boleh bayar include dalam loan. Tak perlu nak keluarkan banyak duit sebelum mula kerja kasar. Lepas tu cakap je nak mark up loan ke. Nak 100% loan ke. Semua boleh. Tapi kawan dah kasik betis jangan balas dengan **** pulak. kah3
.

Setakat ni kami dah jumpa 3 kali untuk bincang mengenai design rumah. Dia pun dah buat design yang bagi kami dah cukup ossem tahap melompat bintang.
.

Sekarang dalam process council approval.
.Inofficial council dah approve. Cuma nak isi form yang tebal berjilid-jilid dengan bahasa architecture/civil yang akak memang confirm tak paham. Sangat adoiyai. Tapi takpa semua architect akan buatkan =D
.

Hasil kerja seorang arkitek. Setakat ni kami tak keluarkan duit sendiri lagi. Bahgiaaaa. Semoga murah rezeki kawan ini.

Okeh kalau rajin nanti akan update lg okey.
KaLaUrAjIn
;D

Tiket Airasia Murah Lagi! Ladakh Here I Kaming ;D

Posted by shidasanmil at Wednesday, May 24, 2017 1 new comments
Dapat tiket promo final call ke New Delhi RM595 dr bro Imran Idris fly next month. Right after raya.

Sebelum tu dah set skyscanner memang stress asyek price increase smpai RM1100. Ade je promo tu cepat cepat laa cari partner beli tiket haha. Usaha tangga kejayaan janji saya dah jimat almost 50% ;P

Selagi boleh jimat kita jimat. Bukan senang nak kumpul duit. Nak habeskan sekelip mata boleh licin. 

See yaa next entry in New Delhi la kot ;D

Design Rumah Banglo Modern Cantik!

Posted by shidasanmil at Saturday, September 17, 2016 7 new comments
Jom cuci mata tengok rumah banglo modern ni. Agak jarang nampak design rumah yang modern ni di Malaysia. Just lately untuk project-project baru dah ada developer yang design banglo modern dan cunns cunns ni. 

Kak long suka design yang cenggini


Yang ni pun kak long suka



Haaa hattt ni design yang kak long paling berkenan. HAHA semua kak long nak. Sila berpijak dibumi nyata. Tak semua benda kita nak kita dapat ye kak long. Sekian.




Kak long saja kumpul design-design ni untuk menambahkan lagi inspirasi dan semangat.

Nak mula projectnya belum tahu lagi bila. Kalau ada rezeki kak long sharekan step by step dan proses  untuk bina rumah atas tanah ni.

Kasi kak long tarik napas dalam-dalam dulu. Kita buat kerja belakang tabir dah puas hati baru boleh onn. Nak manage project memerlukan 200% masa, tenaga, commitment. kalau tak mau semua ke laut nnt T_T

Picture googles.

Jalan Jalan ke Gold Coast dan Brisbane. Apa Bikin 10 hari di sini [Itinerary/Attractions]

Posted by shidasanmil at Friday, September 16, 2016 1 new comments
GET ON THE PLANE AND DOZE OFF! AHA ^_T

Total Spent: RM2600 Kaching! Including flight.
Accommodation: Local House (Airbnb) @ Brisbane + Hotel @ Gold Coast
Transportation: Bus, Tram, Train, Car rental

Rezeki aku dapat berjalan ke bumi Australia. Aku beli tiket sebulan jer sebelum fly ke Aussie sebab murah. Series tak berape nak prepare sangat sebulan tu so ape yang sempat jer lah. Yang tak sempat semua tawakkal. I loike adhoc trip!

Walaupun adhoc semua perjalanan masa kat Aussie Alhamdulillah Allah permudahkan. Berjalan dengan superb. Memang perancangan Allah adalah terbaik.

DAY 1 | Travelling day KL - Gold Coast/Brisbane

14 Feb 2016 jam 10 am aku dan travel buddy fly ke Aussie. 8 jam dalam flite. Tido bangun tido bangun jer keje aku. Dah takde ape nak buat Air Asia X bukan ade movie yg boleh dilayan.

Next time fly Air Asia X memang aku prepare segala bentuk activity untuk kill time.

Dalam flight lagi diorg dah bagi arrival kad untuk di isi sebelum pemeriksaan imigresen. Masa tu tick la ape-ape yang patut yang korang bawa. Dah kate imigresen Aussie ni strict kan. Bace pengalaman orang lain cuak jugak ade yang kene fly balik la, kene saman la, makanan kene buang, kene soal siasat pulak lagi. Macam-macam.

Aku rileks jer tak kene ape-ape. Muka murni kot. HAHA Personally aku rasa takde la extreme sgt as long as kita declare ape yang kita bawa u'll be good. Ikut nasib dan mood imigresen tu la kan.

Sampai Airport Coolangatta Gold Coast dah jam 8 malam waktu Aussie. Waktu Malaysia 6 ptg. Aussie 2 jam ahead kita. Pukul 8 malam kat sini dah macam tengah malam. Sunyi sepi nasib baik ade bas lagi. Walaupun ade bas tapi kitorang nak p mana? Sebab malam tu tak book hotel mana-mana pun.

Redah tahap gaban dah aku rase. Dalam keadaan yang tak tau nak pegi mane malam tu tengok pulak airport dia tak meriah langsung memang tak la nak tido kat situ. Ngeri beb! Kalau airport besar dengan senang hati aku tido, Ni kecik jer orang pun takde. Seram. Tak pasal-pasal baru sampai Aussie dah rasa nak balik. Wakakka

Oh ape nak cerita tadi?
Haaa walaupun takde tempat tido malam tu kan aku still tenang. Bertambah tenang bila tengah beratur check imigresen tu sambil pandang-pandang orang, boleh kira mat saleh ade berapa orang yang lain semua muka asia. Paling tak sangka mamat depan aku tiba-tiba toleh ehhhhh apasal macam kenal. Rupanya bro yang join plant shutdown masa aku kat Labuan haritu. HAHA Dia cakap dia ade sewa kereta apa lagi boleh laa tumpang pegi cari tempat berteduh. Takkan nak jalan kaki malam-malam buta kan. Tak sangka betul!

Yang bestnya kereta yang dia sewa tu tak muncul-muncul. Masa tu dah 10 malam. Sambil kami tunggu tu jumpa sekumpulan remaja lelaki sambil borak-borak dengan diorang. Diorang pun takde transport. At last ramai-ramai kitorg naik bas yang tiba-tiba muncul. Tapi mahal tau bas tu charge! 23AUD utk ke Southbeach tram station depan Pacific Fair. Kami yang lurus bendul dan mengantuk dah tak larat layan jer la pakcik bas tu.

Kami tak nak stay kat Gold Coast sebab semua mahal. Brisbane agak murah so kami nak shoot terus ke Brisbane. Korang akan terkejut dengan total cost aku ke Aussie. Memang jimat gila! Nak tau berapa untuk 10 hari perjalanan aku next entry aku story la nohh.

Last-last kami minta tolong student kat sana untuk datang dari Brisbane ke Gold Coast tu semata-mata nak ambil kami yang dah terkandas kat situ. Jauh jugak drive Brisbane ke Gold Coast dalam 1 jam tau. Thank you korang!



Dalam bas di tingkat atas yang berharga AUD23. Taktau kena tipu atau memang rate malam memang mahal. Bas pun ade charge mid night ke? konpiusss mak.

Sejam tunggu student tu datang "selamatkan" kitorang then patah balik ke Brisbane. Kesian mesti penat diorang nak layan kitorang yang tak tau mana hala ni.

Sampai brisbane dah pukul 1pg terus cari backpacker hostel untuk rehat. Yela nak jimat kan. Dekat Roma Street ni ade 3 backpackers hotel yang berdekatan. Memang area backpacker la senang cerita.

Nak tau detail accommodation nanti sat cheq ceghita next entry naa.

Secara kesimpulannya ini adalah route kami untuk 10 hari di brisbane/gold coast. Kami langsung tak pergi theme park yuols sebab tu jimat! Jimat ke kedekut? KAHKAH

DAY 2 | City Sightseeing - Queen Street Mall - Citycat -  Southport - Museum  

Lepas check out dari Brisbane City Backpackers hostel kami terus jalan-jalan sekitar CBD (Central Brisbane District) sebagai intro dihari pertama. Jalan kaki jer dari hostel ke Queen street mall. Boleh tahan jauh tapi nak berjalan punya pasalkan. A city is a city tempat untuk perabes duit! Naseb ade citycat ala-ala cruise/water taxi yang bawa penumpang-penumpang ke station-station di brisbane river. Boleh cuci mata jom tengok ape yang ade.


Lets go jalan-jalan cari pasal. Jalan raya dia tersangat bersih. 

Pintu masuk mall. Jom jer masuk dah sampai tak kan nak balik kan? ;P

 I love this fruit very muchhh! Buah nectarine ade banyak kat woolworth, coles

Jalan-jalan kat sini ade banyak station city cycle. Boleh pick up the bike dekat station A dan return kat station B. Bestkan. Tapi kitorang tak try pun. Sebab kena buat online dekat website ni http://www.citycycle.com.au/ 

Here I am at Queen Street Mall. Lokasi ni lebih kurang macam Bukit bintang, Lot 10 etc

jalan-jalan lagi jumpa city cat ni. Apa lagi jom la naik.

bangunan depan city cat point station north quay.

Kalau pergi sini tak sah kalau tak try naik citycat ni. Boleh pusing-pusing tengok brisbane ditengah-tengah sungai brisbane kekdahnya.

ni route yg dia akan lalu.

I fell in love with this place!




peta ke art2 gallery yg ada.




Lepas tu kita posing dulu sebelum balik. Jauh perjalanan nak cari rumah yg kitorg book via Airbnb ni. Pengalaman stay dgn local mmg best tahap gaban. Dah la murah, nak buat rumah suka hati pun boleh. Rumah Banglo plak tu. So silalah try airbnb and stay dengan local. Nak ke aku share details? Kalau nak sila komen "Nak". HAHA (Kau ingat ni FB?)

DAY 3 | Lone Pine Koala Sanctuary

Second day we went to Lone Pine Koala Santuary sobabnya tempat ni 5 minit sajor dari rumah yang kitorang stay. Dengan murah hati budak yg sewa rumah banglo sekali ngn kitorg tu yg tolong hantarkan kitorg. Balik sila naik bas sbb bas lalu je kat rumah tu.


 Da dapat masuk jom jumpa koala! Nak jumpa binatang tu je la pun kan sbb takde kat tempat lain. Dah macam acara wajib kalau dtg Aussie mmg kne pegi zoo gamaknya. Sbb aku check semua blog mesti pergi zoo. Jadi marilah kita ke zoo jugak. 


Nak pegang sendiri kene bayar lebey. Nak murah kita bergambor sebelah je la.


kangaroo jom selpie kejap! diorg ni memang dah ready kalau orang datang mesti nak snap gambar dia. heheh

Day 4 | Mount Coot tha
Kalau nak kemana-mana pengankutan bas dia tersangat efisyen. Search je dekat www.translink.com.au. Masukkan dari mana mahu ke mana zasss dia bgtau bas nombor berapa nak naik siap dengan pukul berapa lagi. So senang mak nak pergi mana uols. Tak payah nak tunggu bas tapi bas tak muncul-muncul khen.


sila gunakan servis bas ni amat recommended!


Here I am on top of Mount coot tha! Nampak bandar brisbane.
Ade macam-macam gak kat sini. kitorg pergi museum astronomy, etc. Kat sini ade track-track untuk hiking jugak. Kalau ada masa dan tenaga boleh try.

Day 5 | House-mate hangout
Harini tak kemana kami ramai stay kat rumah tengok movie. Rumah banglo ni ade 6 bilik. Owner 1 bilik dan semua bilik lain dia bagi sewa. So housemate kitorang tu dari Korea, US, UK, Germany dan Kami dr Malaysia. 1world sangat tau. Lepas tu pergi shopping barang-barang rumah di toowong kot kalau tak silap akak. haha banyak makan semut maafkan saya. 

Day 6 | Nigh market Surfers Paradise, Gold Coast
Since rasa dah lama kat brisbane, mari kita ke Gold coast. Kami naik train dari Central. 2 Jam jugak perjalanan. Oh ya, disebabkan perjalanan yg lama dan nak patah balik ke brisbane yg jauh kami decide utk stay di gold coast. Cari kereta, harga AUD24 dapat kereta nissan almera. Ya memang murah kereta sewa kt Gold Coast. Then baru senang sikit nak jalan-jalan.


Pasar depan pantai surfers paradise. Menarik macam-macam ada jual.


Kedai souvenir banyak juga di area surfers paradise.

Nak tau kami tidur di mana malam ni? Di depan pantai! Agak gila jugak. Sbb lepas jalan-jalan hari pun dah malam. Malam tu pulak malam saptu so memang happening sampai ke pagi. Pagi-pagi lagi dah ada org lari-lari kat pantai. Diorang baru balik mabuk. Tak risau kat sini sebab ada lady guard tolong jaga kitorg. Siap kasik selimut. hehe

Day 7 | Harbour Town - Australian Fair - Back to Brisbane
Disebabkan aku bukan kaki shopping maka di harbour town tu habuk pun aku tak beli. Ada barang-barang branded sebab dia mcm ala-ala JPO, MPO dan seangkatan. tapi bg aku harga dia tak eye cathing so takda hasel. Shopping complex takde buat ape shopping je la. hehe

Day 8 | Brisbane - Surfers Paradise Observation deck
Wowww dari atas baru nampak canal-canal dekat gold coast ni sangat banyak dan cantik. Kat dalam ni tu ada bgtau yang canal diorang lg banyak dari kt italy. Serious mmg fully utilize canal dia. Kalau kat malaysia hutan je la tempat-tempat mcm ni.


surfers paradise


tempat ong kaya. Depan kereta belakang boleh naik boat.




time ni diorang ready nak panjat observation deck kt luar. Akak gayat mana berani nak panjat-panjat ni.


seeeee. penuh dengan rumah-rumah. dekat tepi-tepi canal.



Day 9 | Pacific Fair - Jet boating
Wajib try jet boating ni! sebab takde kat malaysia! hahaha
Jet ski naik sesorang. Ni Jet boat naik ramai-ramai. Ramai-ramai jerit. Pastu berenti kat rumah paling mahal di gold coast. tak ingat dah berapa harga dia.


saja jalan-jalan sini tempat jual perabot.


berkenan dengan coffee table ni. Nak bawak balik tak muat luggage. Heee

Day 10 | Travel Back KL

Alaaaa dah day 10 kee? Tak cukup tauu 10 hari kat sini! Rasa macam nak duduk lama-lama lagi. Semoga ada rezeki lagi untuk kesini. Aminnnnn



 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea