Jom Kira Financial Freedom!

Posted by shidasanmil at Saturday, October 10, 2015
Kebetulan Cik Mal ade offer kelas online for FREE. Yes PREE! Kamon sapa tak suka free khennn. Offer untuk 50 orang sahaja pulak tu. Aku pun cepat-cepat enter emoticon gadis yang angkat tangan tu. Rezeki dapat join. Bukan senang weiiih nak join kelas Cik Mal ni. Limited Edision *emoticon serius* ;D ^_____^

So korang, kalau ada yang offer kelas free tak kira la online atau offline silalahhh join ok. Rugi sangat kalau tak join. Sangat sangat sangat sangat menarik! 

Kelas kedua kami adalah mengenai Financial Freedom. Serius aku tak pernah join mana-mana kelas untuk bisnes. Dpt join ni terus aku high dan lepas tu siap ada siries bebb! 

Ditambah dengan orang-orang yang join adalah awesome awesome semuanya. Terus aku pun rase aku awesome sekali!*Tiup ke bahu* Kah kah kah

Kelas online tapi rasa macam best nak kenal dengan semua orang-orang yang awesome tu.


Financial Freedom (FF)


Ok soalan pertama-tama sekali apa yang korang faham dengan 'financial freedom'?
Sumpah aku memang dengar jer pasal FF ni tapi sepatah tak tahu menahu.

FF bermaksud kebebasan kewangan
When money is no more an issue. Duit yang kita ada dengan slumber dapat menampung SURVIVAL dan LIFESTYLE kita.

Menarik bukan? Tunggu belum lagi. Ada lagi yang lebih menarik ;D


Jadi tahap bila kita dikatakan sudah mencapai FF?


Tahap setiap orang lain-lain. Tailor Swift punya FF mungkin tak sama dengan Aiman mahupun Pak Jik Sung punya FF. Bergantung kepada kerak masing-masing ok.

Untuk lebih menarik jom tentukan dalam nombor.  Sebab apa? Sebab aku punya suka la. Aku suka nombor! ;P

Jadi jom tentukan berapa jumlah yang kita perlukan untuk capai FF. Sedia? On your mark! Get Set! GO! ;D

Step 1:

Tetapkan 2 perkara ini untuk kira FF memasing kay!

*Berapa amount SURVIVAL dan LIFESTYLE memasing
* Berapa tahun lagi nak capai FF? 3,5, 10 tahun?

Dah tentukan? Ok kamu memang awesome gila!

Oleh kerana ahkak baik hati harini akak bagi contoh sekali ok!

Ini contoh nye:
SURVIVAL = RM5000 (termasuk rumah, kereta, makan, bills etc)
LIFESTYLE = RM2000 (untuk self satisfaction)
SURVIVAL + LIFESTYLE = RM7000 setiap bulan
Kalau setahun?
RM84,000

Ok ke Step no 2 pula:
Sebagai buffer kalau-kalau ada inflasi sila tambah lagi RM50%

Jumlah baru setahun = 50% + RM84,000
Jumlah setahun = RM126,000

Step 3:
Sekarang kita dah tahu kita perlukan RM126,000 setahun untuk teruskan kehidupan. Betul?


Soalan gigit jari macam mana korang nak dapatkan amount ini tanpa korang perlu bekerja?



^_____^

Paling senang untuk donia jaman sekarang tentulah --> INVESTMENT

Step 4:
Untuk mudahkan pengiraan kita invest pada entiti yang berikan 10% dividen setahun.

Sekarang kira berapa jumlah yang korang perlu ada untuk dapatkan amount RM126,000 setahun tu?
Sila kira sekarang kalau tak ahkak tak proceed ;P

Jumlah yang diperlukan untuk dapat RM126,000 setahun daripada dividen = RM126,000 x 10
So berapa?
RM1.26 juta!

Ada RM1.26 juta korang akan dapat RM126,000 setahun dari dividen bukan?
Inilah jumlah yang korang kena adakan untuk capai FF ituw.

Senang bukan? Kah ;D

Step 5:

Macam mana nak dapat amount tu?


Simpan ya tuan-tuan dan puan-puan. Ya, simpan.

Kita kecikkan skop supaya senang sikit, berapa nak simpan sebulan? Bergantung pada target kita bila nak capai FF tadi. Katalah 10 tahun kan. Jom kira sama-sama.

RM 1,260,000 / 10 tahun / 12 bulan

Amount WAJIB simpan sebulan = RM10,500

Inilah jumlah yang korang kena simpan setiap bulan tanpa FAIL supaya lagi 10 tahun korang boleh capai FF.

Boleh ke boleh?
Boleh boleh boleh! ;)

Saya doakan yang membaca ini dapat mencapai FF seperti yang dihajatkan. Aminnnnnnn.



Tundukkan ego! Go out and get knowledge!

0 new comments:

Say a Buzz!

Tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D
Anda mestilah menjadi member kepada blog ini untuk meninggalkan sebarang comment ya! mudah sahaja ;)

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea