Homestay Ceria is Now Open!

Posted by shidasanmil at Wednesday, June 18, 2014 11 new comments
Hello there!
Jgn risau homestay ceria adalah benda yg sama jew dgn homestay 1.0. Keh keh keh
 Aku tukar nama sbb homestay 1.0 tu nama projek.
Homestay Ceria adalah nama homestay itu sendiri.
Org lain rebranding blog to dotcom.
Aku nak jugak rase rebranding tu aku tukar nama homestay jee -___-
Boleh cemtuu? *wink*wink* 

Last entry pasal homestay ni aku buat ala2 sneak peak la kununz.
This time around lemme tell yah story morry about the homestay ceria hoccay!

Kamonn lets go tengok2 pikcar dulu!
*blerghh apasal aku poyo sgt ini? Mihmihmih*

Tapi sebelum tu aku sorry sgt kalau citer ni xhabes2 ye. Ni komfem dah habis kohkohkoh.
Korang jgn tak tahu. Aku sendiri pun nak cepat2 settlekan citer ni.
Nak masuk citer gosip2 liar pulak ;D

Ok moh kite tgk!

Living+dining area








Room 1

Room 2



Kitchen

Point tambahan
Harap maklum rumah ni Tingkat 15 tp jgn risau ade lift. tak perlu menapak.
kalau nak menapak pon boleh. sihat sikitttt ;D
view boleh nampak klcc tp cinonet jew
2 bilik, 1 shower room, 1 toilet. Sorry kipas sahaja. Aircond yilek.
5 minit berjalan ke Putra LRT Taman Melati
Sebelah masjid salahuddin al ayyubi. Setiap waktu ade org igtkan utk solat. Especially subuh time ayaq liyoq basi meleleh ;)
Kedai makan sgt banyak merata-rata ade. Komfem x kebuluran ;D

Cara ke homestay ceria
Apartment Sri Tioman 2
Jalan Pertahanan
Taman Melati 53100 Kuala Lumpur

Dgn kereta
Paling senang ikut MRR2 exit kat taman melati. Terus sehingga nampak masjid belah kiri. Ade simpang masuk kiri. Pastu masuk simpang kiri yg pertama. Haa dah smpai. Senang kan? Semua ke kiri jew ;D

Dgn Train
Pastikan anda naik Putra LRT sampai station Taman Melati. Jalan kaki 5 minit jew dah sampai. 

Susah2 sgt GPS dan waze kan hado. Type saje koordinat ini. Hewhewhew
3.222353,101.72109

Kalau xjumpe jugak g basuh kaki dulu amek air wuduk ke. Kah kah.
Gurau2 manje plak aku. Disebabkan aku baheks ni petanya ok ;D
(gerakkan kebawah sikitt utk pin point exact location. Aku dah try byk kali dia mcm tu gak. Dah ngko kenape peta? -_-')


View Larger Map

Cara booking 
Whatsapp/message/call: 0102314997 (aku lagi suka wassap yo!)
Jgn lupa sertakan nama dan tarikh booking.

Deposit rm50 utk confirm tarikh dan booking.
Bayaran penuh hendaklah dilakukan sebelum masuk homestay ye tuan2 dan puan2.

Rate? Murah jee..
RM130 per night.

Okla disebabkan aku baik harini ada diskaun RM120/night. Tapi ade syarat kena stay 2 malam. Dah jimat RM20.
Nak stay 3 malam xde diskaun ke?
Ade.....ade....sape kate xde ;P
utk yg stay 3 malam RM110/night dgn jumlah RM330. Jimat RM60 ok!
**clap**clap**
Ape nak stay 4 malam? nape x kabor. Saya bagi RM100/night.
RM400 sahaja utk 4 malam. Jimat 120 yeop!
Nak stay 5 malam xkan xde diskaun?
Amboi lemak dah ni. kah kah

Utk malam2 seterusnya harap maklum RM100 semalam. kalau ada yg nak stay lama sikit pm me for best price ;D

Tapi ada syarat lagi.....perlu nyatakan anda adalah pembaca blog ini dan dapat tahu promo ini dari blog ini juga yer. Kalau tak inform memang xdapat ler. Sekian harap maklum ;))

Dengan ini saye buka Homestay Ceria ini dgn kalimat yg paling agung
"Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Doakan saye ye kawan2 ;)


Name homestay ceria shidi yang bagi. Tiba2 je keluar nama tu dari dia.
Tak payah perah otak pon.
Ok sekian terima kasih ;)

T.a.m.m.a.t.k.i.s.a.h.h.o.m.e.s.t.a.y
F.u.u.u.h.h.h.h.h.h -__^'
;D

Halatuju kita 5 kali sehari ni wajibul ghunnahlah kena ada kan

Hai pokok please be nice to your guest ok! HAHA

MAKLUMAN:
Maklumat disini mungkin telah berubah. Semua maklumat terkini mengenai Homestay telah dipindahkan ke Website Baru.

Selfmade Candy Buffet Poster for My Resepsi ^_^

Posted by shidasanmil at Monday, June 09, 2014 5 new comments
“Happiness is only real when shared” 
Poster ni terpampang kat candy buffet masa majlis resepsi aku aritu. I mean last year. Busuk giler cerita last year punyer ;P Tapi sebab bebaru ni anniversary aku kira harum mewangi balik la.

Saje aku buat sendiri. Mesti mau kenangan air tangan kat majlis sendiri kata org. 
Biorlah buruk mana pun. Sampai mata org berdarah tgk pun xpe. 
Janji aku buat sendiri dan ade cop jari aku kat situ. Itu yg penting ;D

Betul kan kalau nak gembira kena KONGSI. Walaupun sedikit walaupun sekelumit.walaupun secoet.
Mak aku selalu pesan makan bior berkongsi sama2 adik beradik jgn pulun sorg je. 
Jadi mak2 mmg dah wajib kene pastikan setiap anak diberi makan. 
Akan aku kenang smpai bila2.

Bila berkongsi
Makanan sikit pun kenyang dia nikmat kemain. Makan biar berkongsi.
Makanan xsedap pun jadi lazat x ingat. Even biskut cicah teh o pon kalau makan ramai2 jd sedap.

Rezeki sedikit akan jd banyak.
Rezeki byk bertambah banyak.

Kongsi ni ibarat kita gembirakan org lain jugak. Senang cerita apa2 yg buat org lain gembira itulah dia kongsi. Apa2 yg kita kongsi itulah yg buat org lain gembira ;D

Kongsi kegembiraan kita akan bertambah gembira. Tapi jgn lupa diri pulak kalau org lain tgh sedih jgn ko gembira smpai kecik ati dia mmg cari pasal la koo. 
Kongsi la dgn belanje makan ke sbb ko tgh gembira kan. 
Baru org yg sedih tu dpt rase gembira gak sbb ngkou belanje ;D

Kongsi ilmu yg sedikit korg akan bijak serupa Pak2 Menteri
Tu kalau sikit kalau Kongsi ilmu banyak2 korg akan sebijak enstein tau. Amboi.
Xdelah aku ckp Menteri x sebijak Enstein. Menteri dah tentu2 bijak belake.

Ekceli aku liat sikit bab kongsi2 ni. Lepas kawin pun mcm janggal nak berkongsi hidup. Ewahhh dah berkasih syg siang malam janggal lg ke. Puiii ;P
Jadi aku guna blog ni nak berkongsi apa punnn. Kuikui kui aciii x?

Dan ini candy buffet aku. Buah2 semua cucuk sendiri. mihmih

Dari sumber yg boleh dipercayai coklat fountain ini xdan separuh majlis dah licin. Sedap sgt la tu kan ;)


Orang2 yg menjayakan candy buffet. I love yuolls till the end. Terima kasih kerana berkongsi gembira di hari gembira saye setahun yg lepas ;D 

May Allah reward you with thousand things for your kindness ;)
Happy 1st Anniversary Darling Shidi! xoxo!
Walaupun ni dah masuk bulan 6 baru nak wish
;D

Vacuum Cleaner Apa Yg Bagus dan Murah? Hihi

Posted by shidasanmil at Sunday, June 08, 2014 13 new comments
Itulah dia soalan yg bermain dibenak otak aku lately. Dah nak dekat setahun bercita2 nak beli vacuum. Parok gile cite2 aku nak boli vakum jew. Hakhak. 

Tapi sebelum tu korek duit kat tabong ayam dulu nak membeli pon. Dah penuh baru boleh beli. 
*kembang idong*

Ok! Mula2 tanye soalan ini ------- Ape yg aku nak daripada sehelai vacuum?
1- boleh sedut segala benda. Kalau boleh aku tekan ON je die sedut segala sampah dalam rumah. Pergh gila gebang. Maknanye suction power dia kuat. 

2- wayar panjang seboleh mungkin sampai setiap pelusuk rumah aku. Ni senang sbb rumah aku comel je.

3-  senang nak buang habuk2 sampah. Xdelah aku kne athma bile nak buang habuk2. Mmg plus kalau boleh tarik - angkat - dan buang.

4- aku xperlu yg boleh skali mop sbb mcm xpraktikal. Mop asing lg senang disamping boleh kurangkan lagi kalorie dalam diri. Cececeyyy. Rajin la kununz. Puii;P

5- Ringan, Kecil dan hensem. Hensem paling penting kalau boleh lepas guna boleh buat hiasan pulak. Biar sampai org bertanye boley korg jawab inilah part kepala lutut transformer. Kahkah wanita akan sentiasa jadi wanita last2 hensem yg paling penting ;D

Setelah diteliti dgn terperinci inilah vacuum yg telah mencuri hati aku
Panasonic Cocolo MC-CG331 berharga RM219
Rakan karib yang banyak membantu aku sekarang ;D


Suction power dia mmg kuat koo 410 W. Yang kat lantai sudut2 semua xpayah effort sgt dia sedut rilekk je. Ringan takpayah ckp 3.6 kg saje hensem dan jambu sebab color pink ok ;D

Macam ciri2 yg aku gariskan aku nak yg habuk2nya mudah dibuang jadi aku telah mengambil yg jenis bag. Keburukannya dia ada kos maintenance utk tukar bag tu bila dah penuh dgn sampah. Kalau jenis yg bagless tiada kos utk itu. Bagus kalau dapat yg bagless tapi masa nak buang tu sampah dia x bersepah. Aku nak senang amek je dgn bag sbb aku alahan habuk yg kuat.

Xtau pilih yg mana? Detail pasal bag vs bagless ada kat sini. 

Vacuum cleaner yang hamat penting utk aku yg hamat rajin. Dah takpayah aku nak menyapu sampah sambil bersin2 hingus meleleh lepas tu lap kat baju. Srettt srettt. Euuwwww!

Sekian
;D

*******
Terima kasih Panasonic. Sama2 doakan saudara2 kita yg convert di Jepun. Ayat yang aku paling tacing sekali bila mereka katakan lebih kurang berbunyi
"Kami telah mencipta barang2 kelengkapan sehingga barang2 itu terdapat di setiap rumah kamu, tapi kenapa kamu sembunyikan Islam yang indah dari kami" ;')

Jom Kita Bakor Itu Lemak. Kita Bakor!

Posted by shidasanmil at Friday, June 06, 2014 8 new comments
Assalamualaikum

Dari bulan January tahun 2013 kurun masihi lg sebenarnye aku cuba nak turunkan berat badan aku.
Mase tu 5 bulan sebelum kawen. Smpai skrg neherem 1 kg pon xturun ni hoiii.
Ape cer ni lemak? Aku dah mula gelabah ;P
Aku mana ada bela ape2 kot. Dont be so cruel to me.
I dont wanna be gumuksss. Hakhak


Kawan2 yang lame xjumpe komfem tegur ai is gemuks. Xde lapik2 dah. Direct to ampang point terus.
Camni la kawannnn -___-

Lepas kawen lagilah lemak makin berleluase.
Shidi pon macam dah nak berlawan dgn aku sape lagi besar -___-
Bebaru ni aku baru dpt keyakinan utk mula mengorak langkah nak bakor lemak2 sekalian.
Nyah ngkou lemak! Aku bakor!

Aku nak share 3 JANGAN yg boleh melembapkan atau membantutkan pembakoran lemak aka nak K.U.R.U.S kohkohkoh

1) JANGAN halang nutrien utk meresap
Apa jugak diet yang diamalkan harus disertakan dgn pengambilan makanan/minuman yg membantu meresap nutrien. Bersenam pon membantu meresap nutrien. Jika TIDAK anda akan rasa lapar yang amat kerap. Sekerap "eh aku baru melantak ayam panggang sekor tadi apahal lapa lg?"

Haaa sekerap itu. Baru lepas melantak nak melantak lg. Ape cer diet?
kelautttttt

Antara minuman yg aku amalkan skrg utk membantu menyerap nutrien ialah Jus lemon tambah gula perang dan madu.

2) JANGAN Melantak
Diet la macam mana pon tapi kalau melantak macam ulaq sawa, besenam pulak entah ke mana mimpi yo lah nak kuruih dikk. Pernah dengarkan hadis ni "Berhenti makan sebelum kenyang"? Jangan dengar teori je praktikal skali k ;D

3) JANGAN bagi alasan
Banyak sangat alasan ngko kan. Kevin Zahri pon give up dik nak ajor kau kurus.
Kalau x besenam lari2 marathon sepuloh kilometriko pon atleast buat yoga ke, tai chi ke, wushu ke (pergh), pergi gym ke macam aku. Tu je nak bgtau kann... ;D
Aku tengah mengayuh basikal. Agak2 boleh smpai le tour de langkawi x? ;P

Ade banyak supaye kami xtarik2 rambut berebut threadmill kehkeh

kredit to kompeni aku yg provide such facilities for free. Tu pon xnak guna lagi xtahu lah nak habaq ;D

Igt nak turun padang n jog kt tasik KLCC. Hoiii best gila mesti segarr. Kalau gym kureng sikit rase fresh. Lari2 setempat kat threadmill je. Aku kene ade taman2 indah sejuk mata memandang.
KL ni semua batu. Taman seciput tu la org2 KL rebutkan. Sadis sgt jd org keyel -____-

Diet Atkins ramai dah yg cuba kan.
Tabik spring aku kat sape2 yg amalkan diet ni dgn istiqomah wa disiplin. Ramai yg sherashi. Ramai yg sihat dan kurus. Tp aku memang lemah ngn diet ni. Aku perut melayu asli. Xdpt nasi nnt aku jadi zombie.
Kah kah kah


Aku target nak turun kan dari 55kg kepade 49kg. Enam kg tapi susahnye masyaAllah!

Peluang Berniaga Kat KL City Expo - LRT Ampang Park

Posted by shidasanmil at Wednesday, June 04, 2014 4 new comments
Kurang dari sebulan jee lagi nak puase. Haruslah excited. Dah pasang shield tebal2 TAK sebagai persediaan sambut Ramadhan? Kekeke.

Yelah walaupun syaiton kene ikat tp syaiton dlm diri lagi BESOR. Bulan puasa TUuu lah dia akan menjelma kan diri. Jage2 DIA sentiasa memerhati! Kekekekekekeke
Stok gaye kiah pengacare galaxy yg kpochi tu ;P

Bulan puasa la kita boleh kaut pahala sebanyak mungkin.
Tamak dalam kaut pahala amat mulia. Lantakkan org nak ckp ape. Kan ustazeh dah pesan. "Anda buat! anda dapat!" Bapak jauh aku lari dari kiah propa ke ustazah norbayah ha ha ha. Aiyoyohhh ;D

Dah mula org jual kuih raya. Tahun lepas aku buat kuih mazolla je. Tahun ni mesti ade peningkatan sikit. Aku nak buat sekurang2nye 3 jenis. TIGA jenis ok! Please keep my word! HAHA

Tak payah poyo sgt boley. Orang lain buat sepuloh macam xheran pon -____-

Semenjak aku dah kene halau dr KLCC Skrg aku tercampak kt area Ampang Park. Kt sini senang sikit dr segi nak makan. Kurang beratoq n xberebut tempat sgt. Nak tapau pun xdehal. Yang penting opis kt cni ade free vending machine air berwarna dalam cawan yg berlambak kat jepong ;D

Oh bebaru ni kat cni dah start ade expo akan dibuka sempena Ramadhan dan Syawal. Nama dia KL City Expo betol2 sebelah LRT Ampang Park kat simpang empat Jalan Tun Razak.


Ada berita baik pada peniaga2. Booth ni masih ada lagi kekosongan. Boleh contact direct ke no dibawah ni ok.

Nafi 012-6228234
Amir 013-4341799
Mahmud 012-2616793
Muiz 012-6987371

Honestly kawasan ni mmg kawasan lalu lalang org ramai juga. Mmg boley tarik prospek org2 yg keje berdekatan. Kebanyakannya keje opis lah kan. Lebih2 lg nak raya ni memang masa org membeli belah. Dah beli xreti2 nak blah -___-

Berniaga kan sunnah. Idol yg tersohor sepanjang zaman adalah Nabi Muhammad sendiri bijak berniaga. Aku pun xtau smpai bila nak makan gaji. Kalau ada peluang2 nak join venture roger2 la k...kihkihkih

Selamat maju jaya kepada peniaga2! Berniagalah dgn jujur yep. Honesty is the best policy!

Kalau ade yg nak mntak aku buat produk/service review please let me know. Kalaulahhhh manalah tahu kaaannnn. Ade jugak bakti blog ni kepade org lain. Nak puase ni nak buat baik sikit ;D

Assalamualaikum =)
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea