Merasa MC 42 Hari

Posted by shidasanmil at Wednesday, October 08, 2014 5 new comments
Last aku update pasal ttc rupanya bulan 4 aritu. Dalam masa aku idle tu aku masih berusaha. Ofkos my battle is always there just maybe xberapa extreme mcm sebelum ni. Kalau perasan appointmnt aku dgn doc kpj ampang puteri was last 30th may 2014. Tapi aku xpergi pon...sbb aku dah masuk fasa "malas nak fikir...". Battle lah sgt khennnn...-____---

Dan Aku dah lepas fasa "semua supplement pon nak belasah". Asal org ckp produk A bagus aku nak cuba. Asal org promote produk B bagus aku nak try. Tapi nan hado. Belum rezeki. Aku xckp semua xbagus tp xsesuai dgn aku. Good part is back to basic makanan sunnah lah yg terbaik. Dan jaga pemakanan secara semulajadi. Sbb semua produk2 pun even yg kata semulajadi masih ada unsur2 chemical dan.sintetik.

Kes aku agak rare..normal kes hormon progesterone n estrogen yg ting tong...tp aku hormon fsh...homon dah mcm org tua2...

yg sedihnye 
Kawan TTC jgk bgtau  ade kawan dia yg hormon mcm aku..siap doc bgtau hormon die mcm org menopous! dan xboleh pregnant! gile kau x sedih dgr doc ckp mcm tu.

Tapi dalam sedih ade gembira
Kawan dia got pregnant lepas 6 bulan kawen. Aku senyum. Means my issue masih ada sinar harapan gilang gemilang insyaAllah ;) cuma masa yg menentukan..

Sedih dan gembira bukan benda yg kekal dlm dunia ni...skrg sedih2..insyaAllah nnt gembira. Allah maha Adil.
But now i am slowering down..

Fikir blk dan muhasabah diri. Aku berdoa spy diberi ketabahan dan kesabaran utk tempuh ujian ni. Tp bukan bermakna aku xusaha.

Aku faham Jadi ibu bukan kerja senang. Mungkin aku akan lebih appreciate anak aku nanti sbb ssh nak dpt. Pengorbanan2 aku lebih ikhlas utk mendidik dan mengasuh anak siapa tahu kan.

Mcm2 issue skrg buatkan aku takut bagaimanalah anak2 kita membesar dgn pelbagai cabaran donia skrg. Bab isu akidah paling aku takut. Bukankah kita mahukan anak yg mendoakan kita diakhirat. Mahukan anak yg baik. Syaratnya KITA kena BAIK dulu.

For now Always be grateful,always keep feet on d ground,as smua ni pinjaman sj dr Allah. Suami anak2 harta semua adalah pinjaman. Semua ada "bayaran balik". Yelah kata pinjaman kan. Dah pinjam kene bayar balik. Atau kalau dah pinjam masih ok boleh pulangkan balik. If not bayar balik sbb kita dah rosakkan brg yg kita pinjam. My only hope i will Never ever forget that i used to be ttc bila ad peluang dapat pinjaman yg bermakna dr yg maha pencipta.

Sekarang ni aku tgh mc 42 hari. Lama jugak sbb baru lepas operate laparoscopy. Yaa finally...next n3 aku story mory pasal operation laparoskopi aku ni yer.

Aku yang terus berharap ada berita gembira akan tertulis disini nanti....doakan kami....


Pengalaman jalan-jalan ke Jakarta - Taman Mini Indah Indonesia Jakarta [Part 6]

Posted by shidasanmil at Wednesday, October 08, 2014 1 new comments
Last day di Indonesia pergi terjah Taman Mini Indah Indonesia (TMII). Perjalanan 1 jam dari Jakarta pusat (Tanah Abang) dgn bayaran taxi 180000Rp,

Kat sini lebih kurang macam kat Taman mini kat Melaka. Tapi agak jauh untuk jalan maka kami sewa motor. Maka merempitla kami disana. Kami bagi 6/10 markah untuk ke sini sbb mungkin lagi menarik ke kepulauan 1000. Sempat snap beberapa picture.





K dah habis trip jakarta-bandung. I am coming homeeee.

Oh air avokado coklat also terbaik ^___^ Antara air avokado yang den minum.



 Slurppppp ^__^

Pengalaman Jalan-Jalan ke Bandung - Kawah Putih Bandung [Part 5]

Posted by shidasanmil at Wednesday, October 08, 2014 0 new comments
Dengan perjalanan 3 jam ke Kawah Putih dan bersupirkan hayukka bandoeng dgn bayaran 425000Rp maka selamatlah kami pergi dan balik. Hihi Kalau nak guna service supir ni boleh direct whatsapp no ni +62 853 5355 5696 atau cari hayukka bandoeng kat facebook yer. 

Kawah Putih ni adalah sulfur yang terhasil dari Gunung berapi. Bahaya kalau terlebih bernafas kat sini. So disarankan bawa face mask siap siap kalau xnak sesak nafas kat sana k.

Tempat dia mmg cantik. Subhanallah semua ciptaan yang Maha Esa ofkos la cantik kan.

Naik ke atas kami naik ontang anting ini. Bayaran skali untuk masuk
Ramai jual strawberry kt sini. Manis manis jadi silalah beli murah jer dalam RM5 kot x ingat haha
Bergambor sikit selfie dgn boifren ^___^
Cubaan buat follow me. Meahahahaha
Utk foreigner 50000Rp ok sekali dgn transport ontang anting
Seterusnya masa untuk balik ke Jakarta dan ke pangkal jalan. Ekeke

Pengalaman Jalan-Jalan ke Bandung [Part 4]

Posted by shidasanmil at Wednesday, October 08, 2014 1 new comments
Perjalanan naik Kereta api dari Station Gambir ke Station Bandung adalah dalam 3 jam kami bertolak jam 3 sore. Aktiviti haruslah membuta, dgr lagu, tengok padi bukit bertingkek tingkek dan pemandangan lain yang indah-indah belaka. 

Semangat tak den naik ketapi indonesia. Semangat sangattt kan ;D
Kedai Makan Best Di Jalan Cihampelas

Sampai Bandung check in hotel dan cari makan la apa lagi. Haaa kat sini la aku jumpa kedai makan yang mebeless tuu. Nama dia Kambing Bakar Cairo. Kedai dia sebelah hotel promenade area jalan Cihampelas. Kambing bakar dia mmg perghhhhhhh. Menejesss ayaq liuq nak pegi Bandung lagii.

Nasi goreng kambing cairo. Sedap bangatt 
Kambing bakar mabeles bak hang
Air pon menarik
Nasi goreng kambing the second 
Ni signboard kedai dia. Alah kalau korang ke Jalan Cihampelas mesti jumpa la kedai ni. Naik angkotan nama Caheum x pun naik taxi blue bird atau bermeter yg lain pun okay janji ada meter.

Sebelah Hotel Promenade sajer
Naik ini angkotan Caheum ciroro. Klasik gak la nama dia
Tagline dia x menahan. 
Malam malam mmg meriah org lepak kat kedai ni
Jalan Cihampelas ni ada kartun kartun sesuai untuk budak budak. Mak mak budak macam aku ni xberapa nak eksaited sgt. Apatah lg bapak budak mcm shidi. Mehehehe
Baju dan seluar biasa ada kat sini tapi xbeli laa sbb kat Malaysia pun banyak ;P

FO Jalan Riau

Kalau pergi Bandung xsah lah kalau x ke FO. Kami ke rumah mode dan FO Jalan Riau. Kalau tanya aku mmg suka rumah mode sbb design dia agak memenuhi citarasa aku. Tapi xsempat posing sakan kt Rumah mode sbb da malam n busy shopping. HAHA

Antara FO yang ada di Jalan Riau
Cibaduyut dan Kartika Sari

Nak cari kasut kulit sila ke cibaduyut. Tapi cibaduyut ni agak menjauh dari lain lain tempat so kalau nk pergi kne naik taxi dan kawasan dia mmg macet xpayah cakaplah kan. Sempat la sambar kasut safety dan kasut kulit utk cik abang kite ;) Dia mmg expert bab tawar menawar ni. Sila tawar sampai separuh harga yer sbb kalau org luar diorang mmg letak harga agak tinggi juga.

Dannnnnn...wajiblah kite ke Kartika Sari. Dulu mase 1st time pergi Bandung giler rugi aku x beli brownies dia. So this time aku beli 2 bungkus. Punnnnnn rugi gakk. Sedappp yang hamat brownies bakar dia weyyyy. Kalau tau aku beli baaaaaaanyak. Tula degil x dgr blogger lain dah habaq mai mmg sedap. X sangka plak sedap dia tahap gaban. HAHA jangan hyperbola sangat boleh x kaw ni.

Selain tu aku beli chocolate stick pon sedap gak. Semua la sedap mmg nak kne dtg lagi la tu -___-'

Kartika sari ni banyak branch yang besar kat jalan dago siap ado restaurant dalam tu. Branch dia yang lain dekat dgn Station bandung siap boleh jalan kaki. Otw tu ada org jual senduk kayu asli 5000Rp. Murah gila terus aku rembat. Hagagaga
Ok dah tu je highlight pasal bandung lepas ni kita ke Kawah Putih. Letsegooo ^__^

Pengalaman Jalan-Jalan ke Jakarta - Tanah Abang Jakarta [Part 3]

Posted by shidasanmil at Tuesday, October 07, 2014 2 new comments
Aku dah selamat terbang ke Jakarta. weeehooooo. Ape lagi jom terjah Tanah Abang. Siap buat lawak kat laki aku "Eh bila awak beli tanah kat sini? yelaaa. tanah abang kan? ha ha ha. paham x lawak aku? 
*lawak SANGAT kan?* ;P

Aku sampai da tgh malam jadi bas mmg dah x idop. Taxi pon mahal IDR230,000 aku kene tipu dia ckp IDR150,000 masa sebelum naik dah sampai lain pulak cerita IDR150,000 tu utk sorang pulak dah. Nego dptla IDR230,000. Pandai pusing cerita ya pak. Takpe kami halalkan. Ameklaa ameklaa. Tapi biasela aku tetap geram dalam hati sbb x baik dowh buat cemtu.

Aku kat Jakarta hari 1st dgn last je actually. Nampak x sebenarnye nak g Bandung yang lebey. Rindu Bandung dari aritu lagi x ilang. Kali ni lagi akan rindu Bandung sebab pegi dgn boifren tercayunk. weewit. ^-^

Blok A
Aku terpaksa pilih tanah abang hasil review dari rakan blogger. Barang-barang kat sini katanye paling murah dan berbaloi. Tempat lain-lain mangga dua ke tiga ke empat aku x singgah langsung. x cukup mase yoep. Dekat Tanah Abang je dah berjam-jam. Lenguh kepala lutut ni aihhhh mana cukup sehari.

Pukul 8 pagi lagi aku dah terpacak kt Tanah Abang ingatkan buka awal pagi. Tapi nan hado jam 10 pagi barulah buka dgn jayanya. Aku singgah Blok A dan B je sbb dia bersebelahan.

Blok B
Hasil shopping aku adelah sangat sedih. Dapat 3 helai telekung dan baju jubah lelaki utk shidi dan askar-askarnya. Murah? mmg murah dari Malaysia ;D

Enuff Jakarta letsego Bandung. Sebelum gerak ke Station Kereta Api Gambir kami makan dulu kat Tenabang Foodcourt lantai 8 block A. Sedap betoi nasi gulung dgn daun pisang ala sunda ni. Dah lapar semua sedap ye tak? Kekeke.



Ikan Bawal Bakar
Ayam Bakar
Ok 1 2 3 Ngapppppp ;P
Yuk ke Bandoeng.

Pengalaman Jalan-Jalan Indonesia: Hotel-hotel Percutian ke Jakarta & Bandung *Amboi* [Part 2]

Posted by shidasanmil at Tuesday, October 07, 2014 0 new comments
Percaya atau tidak percutian 6 hari 5 malam 4 hotel kami duduk. 2 hotel di Jakarta 2 di Bandung. Lepas tu letihhh. x berapa disarankan utk yg nak shopping sakan ok. Duduk je diam-diam kt hotel yg sama kalau xnak tulang patah riuk mengangkut barang ;)

Macam biasa range harga hotel kami haruslah yang sederhana dan mampu bayar punye. X mampu den nak stay yang memahal.

Hotel Malam Pertama ;P
Jl. KS. Tubun No. 3 Jakarta Pusat, Senayan, Jakarta, Indonesia

Sebelum bertolak ke Bandung aku stay sini dulu. Sangat dekat dgn Tanah Abang. Jalan kaki 10 minit sampai. Bilik dan breakfast aku bagi 6 markah dari 10. Sbb hotel-hotel kat Bandung dapat lagi ok dengan rate yang sama. Tu la aku suka Bandung. Nak pergi lagi kali ke-3 pon aku sanggup. Miahahaha.


Hotel yang sebelah tu cantik tapi xtau apa nama dia haha
Hotel Malam Ke-2/3
Jl. Cihampelas 171, Cihampelas, Bandung, Indonesia

Ade banyak hotel Amaris make sure hala tuju anda adalah betul. Hotel ni baru n mmg terbaik. Breakfast pun ok. Yang best hotel ni dekat dengan kedai makan yg aku dok mengigau-ngigau sampai ke hari ni. Nak tau haruslah aku cerita dalam next entry ;D






Hotel Malam Ke-4
Jl. Seram No. 3, Riau, Bandung, Indonesia 

Kalau nak dekat dgn FO Jalan Riau aku mmg recommend duk kt hotel ni. Murah, dekat dan santekkkk. Makan breakfast dia agak meletops hokay. Hotel dia nampak baru tenang mata hati memandang.








Hotel Malam Ke-5
Kebon Kacang 1 No 57 Tanah Abang, Thamrin, Jakarta, Indonesia 10240 

Balik dari Bandung aku stay sini pulak. Hotel yg paling biase antara hotel-hotel yang kami duduk. Lokasi pun so so je kat lorong-long kecik. Seram gak la nak balik malam-malam walaupun dekat je dgn Thamrin City. Kami jalan kaki ke Thamrin City dalam 15-20 minit. Nak ke Tanah Abang shopping pon dekat. Disebabkan biase je aku pon tak amek gambor bilik. Aku amek gambor sendiri je lah ye ;)


Ok tu je hotelnye. Kesimpulan aku yang dapat simpulkan hotel kat Bandung mmg best. Tapi kat Jakarta ada sikit sedih. Teeheehee
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea