pernah x rase satisfied kalau buat satu2 benda? not to say satisfied laa..tp rs ape yg kite bwat tu dah okay...then rs nak berehat ker..kann..malas nak pikir dah ker...kann..huhu..ini ape yg terjadi kat aku la kann..slalu malas nak pikir..malas nak teruskan usaha..sebenarnye sebagai seorang Islam kite x boleh bermalas-malasan yer...ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran iaitu:-
"Apabila engkau telah selesaikan (mengerjakan suatu pekerjaan), maka bersusah payahlah
(mengerjakan yg lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah."
Al-Insyirah: 7-8.
Di dalam surah yang sama juga Allah SWT menyatakan
bersama kesulitan pasti ada kemudahan...
Al-Insyirah: 5-6.
iaitu ayat ini diulang sebanyak 2 kali...betapa Allah SWT tekankan disini dimana pasti apabila kita rs sukar melakukan sesuatu perkara..jgn berputus asa..teruskan berusaha sehingga perkara itu menjadi mudah. Tiada istilah rehat, penat, malas? lagilahh x boley...kalau boleh buang jauh2 verb tu dalam kamus hidup.
i know u can do it beybeyh!