Design Rumah Banglo Modern Cantik!

Posted by shidasanmil at Saturday, September 17, 2016 7 new comments
Jom cuci mata tengok rumah banglo modern ni. Agak jarang nampak design rumah yang modern ni di Malaysia. Just lately untuk project-project baru dah ada developer yang design banglo modern dan cunns cunns ni. 

Kak long suka design yang cenggini


Yang ni pun kak long suka



Haaa hattt ni design yang kak long paling berkenan. HAHA semua kak long nak. Sila berpijak dibumi nyata. Tak semua benda kita nak kita dapat ye kak long. Sekian.




Kak long saja kumpul design-design ni untuk menambahkan lagi inspirasi dan semangat.

Nak mula projectnya belum tahu lagi bila. Kalau ada rezeki kak long sharekan step by step dan proses  untuk bina rumah atas tanah ni.

Kasi kak long tarik napas dalam-dalam dulu. Kita buat kerja belakang tabir dah puas hati baru boleh onn. Nak manage project memerlukan 200% masa, tenaga, commitment. kalau tak mau semua ke laut nnt T_T

Picture googles.

Jalan Jalan ke Gold Coast dan Brisbane. Apa Bikin 10 hari di sini [Itinerary/Attractions]

Posted by shidasanmil at Friday, September 16, 2016 1 new comments
GET ON THE PLANE AND DOZE OFF! AHA ^_T

Total Spent: RM2600 Kaching! Including flight.
Accommodation: Local House (Airbnb) @ Brisbane + Hotel @ Gold Coast
Transportation: Bus, Tram, Train, Car rental

Rezeki aku dapat berjalan ke bumi Australia. Aku beli tiket sebulan jer sebelum fly ke Aussie sebab murah. Series tak berape nak prepare sangat sebulan tu so ape yang sempat jer lah. Yang tak sempat semua tawakkal. I loike adhoc trip!

Walaupun adhoc semua perjalanan masa kat Aussie Alhamdulillah Allah permudahkan. Berjalan dengan superb. Memang perancangan Allah adalah terbaik.

DAY 1 | Travelling day KL - Gold Coast/Brisbane

14 Feb 2016 jam 10 am aku dan travel buddy fly ke Aussie. 8 jam dalam flite. Tido bangun tido bangun jer keje aku. Dah takde ape nak buat Air Asia X bukan ade movie yg boleh dilayan.

Next time fly Air Asia X memang aku prepare segala bentuk activity untuk kill time.

Dalam flight lagi diorg dah bagi arrival kad untuk di isi sebelum pemeriksaan imigresen. Masa tu tick la ape-ape yang patut yang korang bawa. Dah kate imigresen Aussie ni strict kan. Bace pengalaman orang lain cuak jugak ade yang kene fly balik la, kene saman la, makanan kene buang, kene soal siasat pulak lagi. Macam-macam.

Aku rileks jer tak kene ape-ape. Muka murni kot. HAHA Personally aku rasa takde la extreme sgt as long as kita declare ape yang kita bawa u'll be good. Ikut nasib dan mood imigresen tu la kan.

Sampai Airport Coolangatta Gold Coast dah jam 8 malam waktu Aussie. Waktu Malaysia 6 ptg. Aussie 2 jam ahead kita. Pukul 8 malam kat sini dah macam tengah malam. Sunyi sepi nasib baik ade bas lagi. Walaupun ade bas tapi kitorang nak p mana? Sebab malam tu tak book hotel mana-mana pun.

Redah tahap gaban dah aku rase. Dalam keadaan yang tak tau nak pegi mane malam tu tengok pulak airport dia tak meriah langsung memang tak la nak tido kat situ. Ngeri beb! Kalau airport besar dengan senang hati aku tido, Ni kecik jer orang pun takde. Seram. Tak pasal-pasal baru sampai Aussie dah rasa nak balik. Wakakka

Oh ape nak cerita tadi?
Haaa walaupun takde tempat tido malam tu kan aku still tenang. Bertambah tenang bila tengah beratur check imigresen tu sambil pandang-pandang orang, boleh kira mat saleh ade berapa orang yang lain semua muka asia. Paling tak sangka mamat depan aku tiba-tiba toleh ehhhhh apasal macam kenal. Rupanya bro yang join plant shutdown masa aku kat Labuan haritu. HAHA Dia cakap dia ade sewa kereta apa lagi boleh laa tumpang pegi cari tempat berteduh. Takkan nak jalan kaki malam-malam buta kan. Tak sangka betul!

Yang bestnya kereta yang dia sewa tu tak muncul-muncul. Masa tu dah 10 malam. Sambil kami tunggu tu jumpa sekumpulan remaja lelaki sambil borak-borak dengan diorang. Diorang pun takde transport. At last ramai-ramai kitorg naik bas yang tiba-tiba muncul. Tapi mahal tau bas tu charge! 23AUD utk ke Southbeach tram station depan Pacific Fair. Kami yang lurus bendul dan mengantuk dah tak larat layan jer la pakcik bas tu.

Kami tak nak stay kat Gold Coast sebab semua mahal. Brisbane agak murah so kami nak shoot terus ke Brisbane. Korang akan terkejut dengan total cost aku ke Aussie. Memang jimat gila! Nak tau berapa untuk 10 hari perjalanan aku next entry aku story la nohh.

Last-last kami minta tolong student kat sana untuk datang dari Brisbane ke Gold Coast tu semata-mata nak ambil kami yang dah terkandas kat situ. Jauh jugak drive Brisbane ke Gold Coast dalam 1 jam tau. Thank you korang!



Dalam bas di tingkat atas yang berharga AUD23. Taktau kena tipu atau memang rate malam memang mahal. Bas pun ade charge mid night ke? konpiusss mak.

Sejam tunggu student tu datang "selamatkan" kitorang then patah balik ke Brisbane. Kesian mesti penat diorang nak layan kitorang yang tak tau mana hala ni.

Sampai brisbane dah pukul 1pg terus cari backpacker hostel untuk rehat. Yela nak jimat kan. Dekat Roma Street ni ade 3 backpackers hotel yang berdekatan. Memang area backpacker la senang cerita.

Nak tau detail accommodation nanti sat cheq ceghita next entry naa.

Secara kesimpulannya ini adalah route kami untuk 10 hari di brisbane/gold coast. Kami langsung tak pergi theme park yuols sebab tu jimat! Jimat ke kedekut? KAHKAH

DAY 2 | City Sightseeing - Queen Street Mall - Citycat -  Southport - Museum  

Lepas check out dari Brisbane City Backpackers hostel kami terus jalan-jalan sekitar CBD (Central Brisbane District) sebagai intro dihari pertama. Jalan kaki jer dari hostel ke Queen street mall. Boleh tahan jauh tapi nak berjalan punya pasalkan. A city is a city tempat untuk perabes duit! Naseb ade citycat ala-ala cruise/water taxi yang bawa penumpang-penumpang ke station-station di brisbane river. Boleh cuci mata jom tengok ape yang ade.


Lets go jalan-jalan cari pasal. Jalan raya dia tersangat bersih. 

Pintu masuk mall. Jom jer masuk dah sampai tak kan nak balik kan? ;P

 I love this fruit very muchhh! Buah nectarine ade banyak kat woolworth, coles

Jalan-jalan kat sini ade banyak station city cycle. Boleh pick up the bike dekat station A dan return kat station B. Bestkan. Tapi kitorang tak try pun. Sebab kena buat online dekat website ni http://www.citycycle.com.au/ 

Here I am at Queen Street Mall. Lokasi ni lebih kurang macam Bukit bintang, Lot 10 etc

jalan-jalan lagi jumpa city cat ni. Apa lagi jom la naik.

bangunan depan city cat point station north quay.

Kalau pergi sini tak sah kalau tak try naik citycat ni. Boleh pusing-pusing tengok brisbane ditengah-tengah sungai brisbane kekdahnya.

ni route yg dia akan lalu.

I fell in love with this place!




peta ke art2 gallery yg ada.




Lepas tu kita posing dulu sebelum balik. Jauh perjalanan nak cari rumah yg kitorg book via Airbnb ni. Pengalaman stay dgn local mmg best tahap gaban. Dah la murah, nak buat rumah suka hati pun boleh. Rumah Banglo plak tu. So silalah try airbnb and stay dengan local. Nak ke aku share details? Kalau nak sila komen "Nak". HAHA (Kau ingat ni FB?)

DAY 3 | Lone Pine Koala Sanctuary

Second day we went to Lone Pine Koala Santuary sobabnya tempat ni 5 minit sajor dari rumah yang kitorang stay. Dengan murah hati budak yg sewa rumah banglo sekali ngn kitorg tu yg tolong hantarkan kitorg. Balik sila naik bas sbb bas lalu je kat rumah tu.


 Da dapat masuk jom jumpa koala! Nak jumpa binatang tu je la pun kan sbb takde kat tempat lain. Dah macam acara wajib kalau dtg Aussie mmg kne pegi zoo gamaknya. Sbb aku check semua blog mesti pergi zoo. Jadi marilah kita ke zoo jugak. 


Nak pegang sendiri kene bayar lebey. Nak murah kita bergambor sebelah je la.


kangaroo jom selpie kejap! diorg ni memang dah ready kalau orang datang mesti nak snap gambar dia. heheh

Day 4 | Mount Coot tha
Kalau nak kemana-mana pengankutan bas dia tersangat efisyen. Search je dekat www.translink.com.au. Masukkan dari mana mahu ke mana zasss dia bgtau bas nombor berapa nak naik siap dengan pukul berapa lagi. So senang mak nak pergi mana uols. Tak payah nak tunggu bas tapi bas tak muncul-muncul khen.


sila gunakan servis bas ni amat recommended!


Here I am on top of Mount coot tha! Nampak bandar brisbane.
Ade macam-macam gak kat sini. kitorg pergi museum astronomy, etc. Kat sini ade track-track untuk hiking jugak. Kalau ada masa dan tenaga boleh try.

Day 5 | House-mate hangout
Harini tak kemana kami ramai stay kat rumah tengok movie. Rumah banglo ni ade 6 bilik. Owner 1 bilik dan semua bilik lain dia bagi sewa. So housemate kitorang tu dari Korea, US, UK, Germany dan Kami dr Malaysia. 1world sangat tau. Lepas tu pergi shopping barang-barang rumah di toowong kot kalau tak silap akak. haha banyak makan semut maafkan saya. 

Day 6 | Nigh market Surfers Paradise, Gold Coast
Since rasa dah lama kat brisbane, mari kita ke Gold coast. Kami naik train dari Central. 2 Jam jugak perjalanan. Oh ya, disebabkan perjalanan yg lama dan nak patah balik ke brisbane yg jauh kami decide utk stay di gold coast. Cari kereta, harga AUD24 dapat kereta nissan almera. Ya memang murah kereta sewa kt Gold Coast. Then baru senang sikit nak jalan-jalan.


Pasar depan pantai surfers paradise. Menarik macam-macam ada jual.


Kedai souvenir banyak juga di area surfers paradise.

Nak tau kami tidur di mana malam ni? Di depan pantai! Agak gila jugak. Sbb lepas jalan-jalan hari pun dah malam. Malam tu pulak malam saptu so memang happening sampai ke pagi. Pagi-pagi lagi dah ada org lari-lari kat pantai. Diorang baru balik mabuk. Tak risau kat sini sebab ada lady guard tolong jaga kitorg. Siap kasik selimut. hehe

Day 7 | Harbour Town - Australian Fair - Back to Brisbane
Disebabkan aku bukan kaki shopping maka di harbour town tu habuk pun aku tak beli. Ada barang-barang branded sebab dia mcm ala-ala JPO, MPO dan seangkatan. tapi bg aku harga dia tak eye cathing so takda hasel. Shopping complex takde buat ape shopping je la. hehe

Day 8 | Brisbane - Surfers Paradise Observation deck
Wowww dari atas baru nampak canal-canal dekat gold coast ni sangat banyak dan cantik. Kat dalam ni tu ada bgtau yang canal diorang lg banyak dari kt italy. Serious mmg fully utilize canal dia. Kalau kat malaysia hutan je la tempat-tempat mcm ni.


surfers paradise


tempat ong kaya. Depan kereta belakang boleh naik boat.




time ni diorang ready nak panjat observation deck kt luar. Akak gayat mana berani nak panjat-panjat ni.


seeeee. penuh dengan rumah-rumah. dekat tepi-tepi canal.



Day 9 | Pacific Fair - Jet boating
Wajib try jet boating ni! sebab takde kat malaysia! hahaha
Jet ski naik sesorang. Ni Jet boat naik ramai-ramai. Ramai-ramai jerit. Pastu berenti kat rumah paling mahal di gold coast. tak ingat dah berapa harga dia.


saja jalan-jalan sini tempat jual perabot.


berkenan dengan coffee table ni. Nak bawak balik tak muat luggage. Heee

Day 10 | Travel Back KL

Alaaaa dah day 10 kee? Tak cukup tauu 10 hari kat sini! Rasa macam nak duduk lama-lama lagi. Semoga ada rezeki lagi untuk kesini. Aminnnnn



Di mana Nak Cari Rumah Lelong? Meh Nak Habaq Mai!

Posted by shidasanmil at Monday, June 27, 2016 2 new comments
Ramai pun dah tau mana nak cari rumah lelong ni. Tapi untuk memudahkan hakak dikemudian hari hakak sharing kan kat sini supaya nanti senang hakak nak cari balik. Rumah lelong ni yang senang kita tengok direct terus kepada pelelong yang sah. So jom la kita tengok senarai pelelong rumah lelong ni. 


CAHAYA AUCTION

http://www.cahaya-auction.com/

NG CHAN MAU

http://www.ngchanmau.com/

PROPERTY AUCTION HOUSE

http://www.auctions.com.my/

EHSAN AUCTIONEER

http://www.ehsanauctioneers.com/

J.THILAGAMRAJ

http://www.jtraj.com/

ESZAM AUCTIONEER

http://eszamauctioneer.com/

SEJAHTERA AUCTIONEER

http://auctioneers-sejahtera.com/

LEONG AUCTIONEER

http://www.leongauctioneer.com/

Ada jugak yang berbayar untuk mudahkan kerja anda. So ikut pilihan dan rezeki masing-masing lah ya.

30 Things To Do Before Turning 35!

Posted by shidasanmil at Sunday, March 06, 2016 2 new comments
Sebelum aku cerita mengenai perjalanan ke Aussie, yang dah berlalu 2 minggu, kita cerita lite lite and easy dulu boleh? kasi panas enjin dulu. Nak start enjin yang dah berkarat bukan senang occay~ HAHA

 Biarlah cerita Aussie tu basi basi sikit dah masam berkulat berbuih-buih baru aku cerita. Wahaha

Yess, aku dah 3 series! masa November last year 2015.

Perasaan masa turning 3 series aritu tak dapat di gambarkan aku rasa macam something big change dalam hidup. Aku tak sure aku yang drama atau semua yang turn 30 rasa yang sama gak. HAHA
Rasa macam dah tua ngko!

Tapi sekarang selepas 2 bulan dah rasa macam biase jerr. Suka atau tak kita memang akan tua kan.
As long as we can appreciate life yang ada sekarang. Dengan naiknye umur tu la kita dapat pengalaman yang banyak. Banyak KE?

Nak tau banyak ke tak jom go through checklist things to do before turning 35. Ada yang aku dah buat ada yang belum.

Checklist ni ikut suka aku nak letak ape. Dan aku design checklist ni untuk aku sendiri. Yang aku rasa sesuai untuk aku.

1- Learn to dress well — not selebet as usual 
2- Travel somewhere TRULY exotic — anywhere that feels like the end of the earth
3- Get your own nest — a place you can express yourself
4- Travel oversea/somewhere solo
5- Get out of debt
6- Get an ideal body weight and maintain it! IMPORTANT haha
7- Surround yourself with people that will take you a step ahead
8- Accept that you are an adult and start living one
9- Learn a new language
10- Date a lot HAHA
11- Start to accumulate a fortune and wealth
12- Test drive your dream car
13- Climb a mountain
14- Cook a huge meal and throw a dinner party for friends
15- Go scuba diving — or at least try snorkeling
16- Go whitewater rafting.
17- Apply for your dream job — there’s no better time to try
18- Take a cross-country road trip
19- Take a class that’s totally out of your element
20- Unplug for a full day…or even a full week!
21- Perform umrah/Hajj
22- Easily forgive and forget
23- Trip to China
24- Buy a pick up truck
25- Buy Home with backyard attach with my mom's house
26- Sedekah dengan niat untuk orang lain
27- Open a bussiness like seriously
28- Practice serious yoga
29- Get a piece of land
30- Able to change mindset in a split second

Thats all! Dah tu ape aku buat menaip kat sini. Dah pergi work out list ni right now!

;D

Nah belanja 1 picture Aussie.



Beli Tiket Airasia Murah Dengan Agent | Aku Rembat 1 Tiket ;D

Posted by shidasanmil at Saturday, January 16, 2016 2 new comments
STYLE aku kalau nak berjalan pertama-tama sekali wajib beli tiket dulu.

Walaupon sepatah haram aku tak tahu pasal tempat yang aku bakal terjah. HAHA

I get used to terjun dulu baru rasa sakettt. Well life tak kan ada meaning kalau smooth jer kan.
Stress akan berlalu. Gembira pun akan berlalu. Ini semoa donia ;D

Dah secure tiket baruulah aku terhegeh-hegeh nak buat study. Make sure masa cukup janganlah hari ni beli tiket hari ni gak ko nak travel. Masak lomak ko nanti. KAHKAH

Aku tak harap dah nak dapat tiket murah direct dari website Airasia. Free seat ke Zero cost ke. Sekali pun aku tak penah dapat.

Ramai dah blogger yang bagi tips untuk dapat tiket Airasia murah yang biase "Beli setahon awal" ye tak? Tapi dengan agent ni tak perlu lah setahun awal. Sebulan je dah boleh jalan-jalan. Macam aku beli bulan Jan untuk fly bulan Feb. Heeee sooka sangat.

So now aku just nak share pengalaman aku beli tiket dengan agent ni. Trusted agent sebab aku dah beli dengan beliau. Aku just share saja supaya korang pun dapat beli tiket murah gak. (Baik tak aku? ;P)


Aku beli tiket ke Gold Coast Aussie.

Berapa harga tiket ke Gold Coast Australia?

Aku dapat harga RM670 return tapi without luggage and meal. Sebab aku pun beli last minute tak sempat nak inform apa-apa. Ya, walapun beli dengan agent tetap ada masa untuk korang grab. So kena cepat-cepat beli sebelum times up k! 

Actually ini adalah final promo. Macam promo aku ni dah tamat masa 10 Jan 2016 aritu. Aku beli masa jam 11.50pm tau takk. Laju-laju aku bayar masa tu takut tak dapat harga murah. HAHA Dasarrr nak murah jer kan! ;P



Ini rupa tiketnya. Nama tu akan keluar nama agent sebab beli melalui akaun beliau. So anything kalau nak tukar kat booking korang kena go through dia. So amat disarankan untuk korang beli meals dan luggage awal-awal masa booking. Murah pun murah.

Sekarang musim summer harap-harap tak panas sangat HAHA. Senangnya tak perlu nak bawa baju tebal-tebal. Ringan sikit beg. Ade sape-sape yang fly sekali takkk?

Korang nak beli tiket murah jugak? Terjahlah FB bro ni ya! Memacam promo ada. Dia sedia membantu. HIHI

FB: June Seven (Joe June)

Nak Cari Takoyaki Sedap? Cari "Super Extra Takoyaki" Pembukaan Branch Baharu di Ampang

Posted by shidasanmil at Saturday, January 09, 2016 4 new comments
Tak perlu dah ahkak nak explain apa itu makhluk bernama Takoyaki. Memang dah popular di Malaysia ni. Masa aku pergi Jepun aritu tak merasa nak makan Takoyaki sebab jejak Osaka pun terus ke airport nak balik Malaysia dah.

Kalau kat Jepun tu siap ada Museum Takoyaki lagi bak hang.

Super Takoyaki di Ampang ni memang sedap. Sedap tak tau nak kata. Kira aku tak ralat tak dapat rasa Takoyaki kat osaka dulu. HAHA

Pembukaan Branch Baharu

Branch terbaru ini lokasi dia bebetul seberang jalan Ampang Point. Kalau korang yang dah biasa kawasan Ampang food court ni famous dengan Roti Cheese Nan. Memang penuh manusia beb!

Takoyaki makanan Jepun kat sini rangup diluar goey di dalam. Dah mempunyai 3 branch di Food court Taman Dagang, AA sport Taman Melati dan Depan Ampang Point yang dimiliki oleh bro Ayie.


Menu Di Super Extra Takoyaki

Ada 6 menu yang diperkenalkan. Jom layan.
1- Octopus
2- Chicken Cheese
3- Crab
4- Prawn
5- Sausage cheese
6- Mix Tako








So korang kalau nak cuba sila terjah ok. Untuk tempahan keramaian ke, kenduri akikah ke, harijadi ke boleh tempah dengan bro Ayie terus. Untuk tempahan syarikat-syarikat di sekitar kuala lumpur waktu tengah hari atau minum petang juga di buka.

Boleh call Hotline bro Ayie di 0 18-317 8815 atau 017-3851776.
Facebook: Super Takoyaki Delivery

===========================

Nak design banner untuk blog, bisnes etc seperti di atas boleh contact ahkak sekarang.
Email: pacicoss@gmail.com
010-2314997
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea