Kitchen Cabinet (Kabinet Dapur) Oleh Vendor Welco

Posted by shidasanmil at Wednesday, March 18, 2015 8 new comments
As salam
 
Projek nak pasang kitchen cabinet akhirnya terlaksana. Projek oleh cik puan cinet kalau tak delay tak sah.Lebih kurang setahun jugak aku peram order KC ni sebab aku tempah KC ni tahun lepas lagi masa perfect living. Dah siap beli hob hood dan oven sekali masa perfect living tu. Dengan penuh harap hood tu tak berkarat duk dalam kotak tu. Boleh refer entry hob hood oven ini.
 
Design aku tak refer mana-mana pon cuma verangan jer usha-usha design dapur orang. Sebab nye dapur cik puan cinet ni punya kecomelannya tak boleh disangkal lagi. Dapur comel jadi aku buat standard jer asalkan ada tempat nak letak barang-barang rumah yang tiba-tiba beranak-ranak. Tah bila kawen tup-tup tau dah beranak? T_T

Bersungguh orang welco ni pasang KC dari pukul 10.30 pagi sampai pukul 4 ptg.

Box-box disusun ke tempat memasing. Nampak macam senang nak pasang dalam bentuk box-box jer. Nampak laa cuba suh pasang.....patpuloh hari patpuloh malam pon belum tentu siap T_T
Skru-skru kan jer??? lagi laa senang.
Cakap memang senang ;D
Diorang letak papan lapis dan buat lubang utk sinki. Sinki just letak atas papan lapis tu. Simple
Table top akan diletakkan jer kat atas sinki dan papan lapis tu haa
Specification KC
 
4G laminate
Base kabinet 14 kaki
 Wall kabinet 8 kaki
Quartz Stone Table Top
 
Soft close hinges door - FOC
1 set larder - FOC
 
Total cost: RM 7,700 @_@

Dapur comel pun harga segini. Kalau dapur besau mahu terkencheng aku. Nak selesa punya pasal sila praktiskan tips "tutup mata dan bayau lepas tu sila puasa"-___-
Naseb la dikau tidak berkarat
Overall hasil kerja Welco boleh kata aku berpuas hati. Masa confirm order terus dapat date nak install KC. Datang exactly date yang dijanjikan. Orang yang install pun expert. Ahkak bagi 5 bintang ok! ;P


Dapor tak pasang lagi menunggu table top pula. Sambil tunggu boleh la ajak cik abang makan luar. Nampak tak permainannya di situ
 ^__^
 
 
 
 
 


Saya Suka Rumah Lelong Kerana...........

Posted by shidasanmil at Saturday, March 07, 2015 2 new comments
Aku Dok peghati jew iklan kalau2 ade rumah lelong lagi area taman melati ni. 
Tapi peghati je la. Sebab loan bank untuk property ke 3 dan seterusnya dah xdapat 90% macam 1st n 2nd property . 
70% sajor so kena work out 30% deposit? boley bengkok tulang selangke aku nanti.

Aku suka jugak teknik2 dr blog kongsi beli rumah lelong. 
Adela hari tu geng2 kt miri ajak joint venture beli rumah lelong secara berjemaah. 
Memang berbaloi. Still long way to go.
 
Rumah Lelong ini risiko kurang tidak seperti membeli rumah baru yang belum siap atau beli diatas tangan orang lain.
Actually 2 unit kat taman melati ni aku beli dari lelong.
Aku suka rumah lelong sebab process cepat. Serba serbi cepat. Masuk rumah pun cepat ;D
Untuk investment teramat sesuai beli rumah lelong.

Banyak pengalaman mahal yg aku dapat dari rumah lelong ni. 
Aku mmg recommend sesangattttt sape yg nak buat investment flat/apartment kat area sini. Positive cash flow sangat menarik. Contohnya range harge lelong rumah flat/apartment low kos area sini RM100,000. Monthly payment kepada bank secara kasar adalah RM500. Sewa di kawasan sini dah makin menjadi-jadi maksimum ada yang letak RM1,200! Aku tak sokong juga yang cekik sampai sebegitu. Tapi rate biasa sahaja sudah RM1,000. Untung sudah 100% tauu.

Ade 2 unit kat area Taman Melati ni nak lelong lagi bulan ni dan bulan depan.
Ikutkan hati mmg aku nak. Tapi....banyak tapi nye....Hehehe

Reserve price RM85,000 kalau dapat reserve price mmg senyum sampai telinge tak berhenti. hehehe
 
Tukul ni berbunyik jer sila lah cepat-cepat process loan anda untuk elak penalty
Bukanlah semua baik-baik sahaje beli rumah lelong ni. Part yang tak best condition rumah. Tu pun kalau nak buat sewa tidak perlu repair yang melampau cukup sekadar selera untuk diduduki.
Good Luck sesape yg bid. Especially member kamcing aku. hehe
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea