Renovate Ubahsuai Rumah

Posted by shidasanmil at Friday, February 27, 2015 21 new comments
Amaran cerita ini bukan nak menunjuk tapi sekadar berkongsi cerita kegilaan aku yang baru. Amboi xleh bla ngko nak amaran-amaran kan orang. Ngko hengat ngko shape ;D
 
Sebelum ni aku duduk kt apartment sekarang baru dpt duduk rumah teres low kos. Syukur aminnn. Nak beli teres yang kebabomm memang xmampu den. Rumah teres low kos ni pun masa aku beli mmg sedihhh nak duduk pun xselera. Beli rumah seken kan. Tapiiiii dengan kuase renovate rumah ini telah bertukar jadi seleralah sikit nak duduk. 
 
Aku tak extend apa sangat pon tapi percayalah hanya dengan tukar tiles dan cat. Rumah anda akan terus berubah jadi ala baru ^____^
 
Skop kerja
Tukar tiles seluruh rumah. Dalam jer luar rumah kne kumpul dwet lagi. Yerlah nak renovate bukan sikit-sikit dwet weh. Kalau dwet leh petik petik cam daun buat ulam xpe gak. Ni pon sampai nipis poket haku T_T
Wiring Tambah plug 3 pin, lampu, air cond, kipas dan heater. Semua aku concealkan dalam konkrit
Piping dan cat.
Tak banyak pon kannn. Tapi RM17k duit cd suda melayang. Thank you cik abam byk pahala gumbirakan istewimu ini ;D
 
Tak major pun makan masa sebulan jugak. Aku laa yang x learn the lesson. Ambil lagi kontraktor yang cap ayam. Dah dua kali pon xsador lg. Lepas ni memang aku ambil kontraktor yang ok ok jerrr. (Tu pon kalau aku sedor la. Aku ni byk makan semut kuat lupa. kah kah) 
 
Semasa tukul berbunyi
 
Semua lantai masa ni da kena hacked. Oh lupa aku tukar semua pintu gak. hehe
Aku tutup tingkap kt sini dengan konkrit terus sebab aku x suka tingkap tu wujud di situ betul-betul tepi tangga. Rasa semak dihati. Tapi lepas tuu gelappp lah rumah. Bagus letak kaca yg tebal x nampak dalam rumah. Ok silap sendiri T_T
Store bawah tangga yang secoet. Grill tingkap aku mintak dia pasang yang lama balik jer.

Tangga memang konkrit semata. Wajib la kene tacap dengan tiles gak.
Pilihan tiles yang kontraktor bawah untuk aku pilih. Color-color x meriah langsung. Nak buat cemane mak jemah memang sempoi orangnye. Bunga-bunga langsung takde. Cukup le dalam hati dah ade taman munge ;D

"Hai tengah buat ape tu?" "Tak nampak ke tengah goreng cekodok ni?" ;P
Tengah pasang tiles dapur
 
Haa luar rumah x macam rumah lagi.
Frame pintu yang dah reput terpaksalah ditukar sekali. More money gone with the wings T_T
Selepas tukul berbunyi krik krik krik ;D
 
Oleh kerana rumah kiter kecik jadi jangan nak pilih color yang berani berani sangatlah. Cream putih suci sajek

Ceiling rumah ni memang rendah so xboleh nak pasang plaster ceiling. Aku just beli lampu yang ala ala downlight tuu. Sumpah sama macam downlight bila buka lampu x perasan langsung. Dan lampu untuk sudut meja makan yang berjuntaian aku pilih color hitam.

Store yang semeot dah pakai bedak tepong gomak.

Yeayy dapur dah siap. Sila jgn malas ke dapur ye mak jemahs. Mula-mula aku terus bawak oven untuk try wiring kontraktor tu okay ke tak ok. Banyak kali try trip jer T_T Naseb ah dia buat sampai okay.

Sekarang suci murni. Kita tengok lagi 2-3 bulan. Heh

Tangga dah touch up dengan mekap tebal ^_^

Aiii ader lagi cik lampu. Aku nak bagitahu sebenarnye aku suka lampu ni. Tapi malu nak chakhap ;P

Sudut bersegi segi memang buat tempat stor le jawabnye

Pasang heater siap-siap. Ni pon trip gak sampai sekarang. Apalah naseb labu.

Tangga ke pintu kejayaan. Derrrr?

Dapor terus mintak kontraktor tebuk lubang serombong hood.

Disebabkan kipas lama dah bunyik krik kruk krak krek perkhidmatan dia dah di terminate. Si hitam ganti tempat dia. Lawan kan dengan rumah yang pucat lesing -____T
Lepas ni nak buat kitchen cabinet pula. Kita buat sikit sikit yer. Jangan gelojoh sangat nepsu kene kontrol nanti ape pun tak siap.
 
Sekian berita duniawi ;D
 


Periuk tekanan yang bagus dan murah! Jaminannya Kepuasan Hati! ;)

Posted by shidasanmil at Friday, February 13, 2015 8 new comments
Semenjak ada piyuk ni terasa hebat pulak memasak (kate2 dr org yg suam2 kuku bab masak mcm ni le..mihmih) Xpernah terlintas aku akan masak nasi arab dgn 5 minit..ape kaw rase dari xpernah masak nasi arab terus leh masak nasi arab 5 minit pulak tew. Terus aku bagi dia nama nasi arab 5 minit. Skrg encik somi slalu laa request nasi arab sbb tu je yg isteri dia ni super expert skrg. Xyah p kedai pak arab da. Istewi masak lg afdhal. Wiwiwi

Apa lagi yang periuk ni boleh masak?
Selain nasi arab 5 minit periuk ni boleh jugak masak yang lain2. Mmg versatile lahh. Cakapppp je nak masak apa? piyuk ni boooleh masak kooo. Bukan saja boleh. malah dgn cepattt pulaa. Jimat sgt2 masa. Bila jimat masa jimat tenaga sekalii. Rasa x keuntungan nya disitu..kekeke

Tahap kesusahan nak bela periuk ini
Xde la tahap gaban nak bela periuk ni. Ada warranty setahun dan kalau korang beli brg letrik mesti cari yang mudah utk repair kan. Piyuk ni sgt mudah boleh je bawak pegi mana2 branch amway diorg akan repair siapp. Semua mesti tau kan kedai Amway mmg senang nk cari. Dekat dan mudah! Itu yg kita suke betul x? Sbb sebagai seorang aku..mmg xsuka benda yg leceh2 ni. Buat semak hari2 aku je nnt. Amacam...Baik tak bela periuk elok tingkah laku mcm ni? Lebih baik bela periuk ni dari bela saka ye dak...hihii

Ni la ghupe piyuk nye. I lap u piyuk. Dah kaw knape? HAHa aku mmg high recommend pressure cooker noxxa ini. Selama daku pakai mmg xpernah keciwakan daku.

Isyyy memang bukan pressure cooker biasa laa. Tuan tuan dan puan puan boleh memasak semudah petik jari jerr (sila jgn propa sgt ;P). Balik dari kerja pun boleh masak dengan pantas! mak mak yang bekerja mesti sukaaaa ^_^

yang x mak mak lagi mcm aku pon suka apatah mak mak khannnn. Silalah sukaa gakk ;))))

Kalau suka boleh contact ahkak di talian 010-2314997. Ahkak tak ambil untung pun jual piyuk ni. Just sharing dengan rerakan taulan apa yang baik. Ahkak boleh ajar cara guna dan bawak piyuk terusss ke rumah anda. Menda2 baik ni wajib la denn mmg suka sharing2. Pahala bergandaaa. Sama2 mendapat kebaikan donia dan akhirat in syaa Allah.

Ok den tungguuu sape2 yg nk menimba ilmu masak pantas ni kay. Kerja Masak Jadi mudah dengan periuk tekanan ini tahuu. Pilih je dari mana2 masakan dibawah yg korg nak belajar tu nak request menu lain pon boleh. Ikut suka uolss nak yg mana kay kay kay. Kayybai! Ngeee..





Pembedahan Laparotomy version aku ;)

Posted by shidasanmil at Friday, February 06, 2015 7 new comments
Salam rerakan taulan....;)))) Seperti perjanjian sebelum ni nak storry pasal operation aritu. Tapi ade silap sikit bukan laparoscopy tapi laparotomy daaa. Kes baru lepas clarify dgn doc. Ha ha.
 
Patutlah mc 42 hari rupanya aku jalani pembedahan laparotomy sbb tebukan xberapa besar pun 4cm sahaja tauu. 1 tebukan je pulak tu. Kalau sebut laparotomy mestilah aku igt open surgery yg kne pisau toreh besar kan? Huhh seriau tau dgr memang takk laa aku nak toreh besar sbb risikonya pun besar. Rupanya xdela besar mana. Tp tgk pada kepakaran doc jugaa maybe itu mmg kepakaran doc masitah mansor kt KPJ ampang puteri. Saaaaayang doc.
 
Kenapa Laparotomy?
 
Doc terpaksa buat laparotomy utk repair rahim aku yang terbalik. Kalau rahim okay just nak buang cyst boleh la buat laparoscopy je tebuk kiri kanan.
 
Sebelum pembedahan
 
Tengah2 malam buta cd hantar aku utk admit kt KPJ Ampang puteri. Dah dari luaran aku xsakit jadi dengan senyum2 jer aku serahkan diri. Hee. Start puasa malam tu jugak dan nurse masukkan ubat melalui anus utk kosongkan perut. Selang berape minit jer mulalah aku ke toilet. Mujarab ubat tuuu. Nurse check tekanan darah temperature dan amek darah mcm biase. 
 
Dah malam ngantok aku pun mula tido. Bangun pagi solat subuh rilek2 kejap kol 10 nurse tolak aku ke OT. Masa ni banyak2 doa dan syahadah jer sbb taktau apa akan jadi.
 
Doc tanya nk bius separuh atau penuh? Aku kata bius penuh sbb aku ni pentakut ;P
Bius separuh doc akan inject dan tanya ada rasa apa2 tak then just bagi ubat tido. Kalau bius penuh doc masukkan gas melalui mulut/tekak dan terus aku tak sedar dunia. Kesan dari bius penuh agak lama untuk sedar dan akan rasa nak batuk. Seksa wooo batuk lepas operation kena batuk2 manja je utk tahan luka diperut. Xpuas batuk. Jadi sediakan ubat sakit tekak awal2. Untuk kesan yang tidak menyiksakan better lah amek bius separuh.
 
Kol 11.30am settle pembedahan. Sejam setengah lebih kurang.

Tulang belakang memberi semangat berkobar2. Tukang amek gambo pun lg berkobar ;D 
 
Selepas pembedahan
 
Lama gak aku nk sedar balik dah nak maghrib pun aku mamai2 lagi. Nurse bagi ubat tahan sakit pada luka pembedahan. Malam tu nurse dah suruh aku gerak mengiring kiri kanan sbb dia tengok aku dok tido baring je. Ha ha. Risau luka tu beku kat dalam katanya. Nak mengiring sakit tapi pelan2 la aku gagahkan jer. Banyak guna kekuatan tangan nak jaga bahagian perut supaya menten gitu.
 
Malam tu masa nak buang air mula2 perghhhh kenapa sakit sgt ni. Rasa menyucuķ mcm kne tikam sampai mak aku kne papah g toilet. Toilet selang 2 katil pulak tuu. Nanges lah aku nk ke toilet smpai aku request nk bilik sorang x kira lah penuh ke x penuh. Nurse pon kesian tgk aku sengsara agaknya dpt la tukar bilik sorang malam tu jugak. So make sure la katil kt sebelah toilet sng sikit nak gerak. Kerap jugak aku ke toilet. Tambah lagi seksaaa nk bangun dari katil. Nasiblah katil tu boleh turun naik guna remote. he he he
 
Makan pun xberapa lalu. Memang kurus la aku kat spital masa tu. Seronokk sebab kurus ;P
3 malam berkampong kat spital cd siap bawak toto kaw. hohoh. Jomlah balik bang kesian lak tgk awak duk spital ni. ;D
 
Sign dan tgk bill RM17k *gulp*telan ayaqliuq* sambil berkata naseb ada insurance. ;D

Kasi turun itu tanda tangan
 
Bermulalah episod pantang dan cuti panjang 
 
Yang dapat aku simpulkan tujuan utama pantang kita adalah untuk menjaga supaya luka xgatal, cepat sembuh kering dan x bernanah. Antara makanan2 yang aku suka masa pantang:
 
1- Ikan merah masak sup (feberet no 1)
2- Buah Oren (Tiba2 jadi feberet sebab nk luka cepat sembuh punya pasal)
3- Ikan masin talang
4- Sup ayam kampong
5- sayur sawi rebus
6- bawang putih panggang (sedapp diratah)
7- ikan bilis
 
yg wajib aku ambil madu + pati delima + olive oil organic.
 
Aku makan jer tumis2 oleh kerana tekak aku xberape gemor rebus2 sangat. Okay kot asalkan kat tempat luka xrasa apa2 dan badan kita kuat. Kalau xokay tu mmg lepas makan jer amek ko komfem sakit2 badan.
 
Sekejap je rase cuti. Skrg I'm back to office as usual. Looking forward utk pantang lagi. Tapi dengan si kecil insyaa Allah. Heeeee bila tuu? Wo pu ce taw loooorrr ;D

Sakit sakit pon nak begambor youuu~ ;D

Makanan Terbaik Untuk Alergic Seafood dan Gluten

Posted by shidasanmil at Friday, February 06, 2015 4 new comments
Allergic Seafood dan Allergic Gluten

Lepas satu....satuuu...yelah takkan lepas satu dua kekeke T_T
Aku tahu aku allergic seafood masa aku darjah 4 dan sekarang aku baruuuuu jer tahu yang aku rupanya allergic gluten. Seringkas yang boleh aku bagitahu apa si gluten ni dia adalah sejenis mahkluk Tuhan yang terdapat dalam gandum dan beras teeheehee. Dari nama pun dah tahu ia adalah "glue" yess gam yang beri kesan elastic kat doh roti etc.

Kesimpulan? Dah tentu aku xleh makan gandum dan beras. full house! eh full stop!

Dah aku nak hidup macam mana dah tentu tentuuuulahhh itu makanan ruji kat Malaysia dan makanan aku sejak azali lg. Tapi kehidupan harus diteruskan. Anggap ini ujian rahmat! ujian sabar! dan ujian kasih sayang! cakap yela senang cam petik petik daun ubi kayu kannn.

Susah mana pun kena laa didik diri yang serba kurang ini. Baru boleh jadi manusia super saiya! eh!
 
Mestiiii ada hikmak disebalik ujian.


Symptom hampir sama

Now aku betul2 konfius yang aku ni alergic seafood atau gluten? sebab symptom diorang ni hampir sama. almost sama lahh.

1. Mata mudah berair
2. Tekak rasa macam orang tgh berus
3. Gatal gatal (kulit hokayy..bukan maksud gatal yang lain ;P)
4. Sem-be-lit sebab perut ni susah utk cerna gluten. Gluten ni nak mudah korang bayang mcm chewing gum kat dalam perut. gituww.
5. Nutrien susah nak menyerap
6. Immunity kelauttt


Makanan pengganti yang baik

Sebagai rakyat marhaen yg prihatin mengenai kesihatan di sini aku senaraikan makanan yang boleh diambil sebagai pengganti. Well bukan pengganti sgt laa. Ibarat patah tumbuh hilang berganti....gitu kekdahnye ye

1. 50%-70% diet harian pastikan ia adalah buah buah segar
2. Tepung beras/jagung
3. Ubi keladi/keledek/kentang
4. sayur mayur
5. Protein berdaging yang bagus adalah ikan
6. Beras perang (mahal 5-9 kali ganda)
7. Mee/meehoon yg gluten-free (mahal 5-9 kali ganda)

Nampak tak nampak takkk...no 1-4 tuuuu aku dah kene jadi mcm veggiterien then kne makan ikan. Ayam n daging kne kurangkan. Lepas tuu no 6-7 is sangattt mahal jauhh beza dari yang biasa T__T

Bolehkah aku follow? Wo pu ce tao looo......-___-

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea