5 Sebab Musabab Anda Bersenam Tapi TAK Kurus-Kurus ;D

Posted by shidasanmil at Saturday, October 31, 2015
Kenapa ye agaknye bila kaw dah bersenam bagai nak rakkk tapi TAKK gak kurus. Macam yang aku alami setiap hari pergi gym dah sebulan (sebulan jer adoiyai nyer pun lah hai ;P) bukan kata nak turun segram walhal makin NAIKK kilokilo kaw tahuu. Haa kalau kaw rasa geramm dan seramm takk? Rasa macam lemak-lemak tu tengah gelakkan engko sebab tak dapat nyahhhkan dia dan dia suka menempel di badan ko. Ini benda paling scaryyy!

Aku yakin ni masalah sejagat kannn bukan aku jer ada masalah ni. Jom kita terjahhh apa sebab musababnya supaya masalah ini dapat di atasi sehingga ke akar umbi. PEH!

1| Kesilapan minda (Amboi)

Berdasarkan kajian-kajian saintifik yang aku buat (cewah) kita akan makan lebih 1 kali ganda tanpa kita sedar sebaikkk saje kita mula bersenam. Sebab kita rasa senaman tu penyelamat NO 1 kita. Silap besar beb disini. Bersenam ala-ala makan ala-mewah memang tak laa nak kurus kann.

2| Stress (tak sabar nak cepat kurus)

Bersenam kena enjoyyy. Journey untuk kurus sangat bermakna. So enjoy setiap saat anda bersenam. Stress semasa bersenam tidak akan membuatkan anda kurus. Cuba tune minda bersenam untuk sihat kurang sikit rasa stress tu. Kenapa aku dah macam orang fitness center? HAhaHA

3 | Tak cukup minum air

Air kena minum secara berkala. Kalau tak cukup minum air akan menyumbang kepada kelesuan badan dan akhirnya senaman entah kemana.


4 | Tak jaga pemakanan

Ini paling penting. Senaman sebenarnya hanya membantu untuk kurus tapi bukan faktor utama yang menyumbang kepada kekurusan. TIPSnya elak MANIS dan KARBOHIDRAT. 2 hero kita yang susah untuk dilupakan. Aku strugglenyee lahh nak tinggalkan korang berdua T____T 

5 | Lupa nak kekalkan momentum (Motivasi)

Bersenam ni ikut mood. Kalau mood tengah baekkk untuk bersenam okaylah boleh layannnn. Tapi bila mood ke laut dalam? haa cenggane tu? So penting sepenting pentingnya untuk kekalkan momentum supaya lebih disiplin. Cara setiap orang mungkin berbeza dengan orang lain.

Antara cara-caranya: Berjemaah, Baca kisah kejayaan orang lain dan tampal dalam buku atau mana-mana yang sesuai, tampal makanan-makanan sihat dalam buku, rekod kejayaan harian dalam buku. Tampal target dalam buku. Boleh buat satu buku novel kurus dah ni ;D

4 new comments:

sweet tooth said... Reply To This
hahahah... selalu kantoi part no. 4. kikiki :-P
shidasanmil said... Reply To This
Kikiki no 4 paling liat skali...susah nak buang...kikiki
shidasanmil said... Reply To This
Kikiki no 4 paling liat skali...susah nak buang...kikiki
shidasanmil said... Reply To This
Kikiki no 4 paling liat skali...susah nak buang...kikiki

Say a Buzz!

Tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D
Anda mestilah menjadi member kepada blog ini untuk meninggalkan sebarang comment ya! mudah sahaja ;)

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea