Rumah lelong kalau kena caranya memang boleh buat duit.
Kalau tak kena cara boleh migrain nampuloh hari nampuloh malam. Macam apa yang aku lalui satu ketika dulu. Menangis kat bucu katil sambil makan pop corn ;D
Di kiri side bar blog ni ada aku sediakan link "Kawan usahawan terbaik" ramai blogger-blogger hartanah yang share ilmu mereka. Sila klik ok.
Aku share ni supaya orang lain tak merasai pengajaran "manis" macam yang aku rasa sebab aku tau semua orang pun memang taknak rasa dan janganlah mandai-mandai nak rasa biarlah kalau boleh aku sorang jer yang rasa.
Pengalaman aku beli rumah lelong kali kedua banyak mengajar aku supaya lebih celik kira-kira.
Dan 3 perkara ni memang aku terlepas pandang:
1- Tak celik Market Value
Untuk orang muda (ehems) macam aku haruslah memerlukan loan untuk membeli rumah. Disebabkan proses membeli rumah lelong ada "had masa" untuk membuat bayaran penuh yang selalunya 120 hari. Adalah disarankan untuk mengambil loan dengan bank yang sama untuk mudahkan proses.
Perlu ingat setiap bank ada valuer sendiri dan setiap valuer menilai unit dengan harga yang berbeza.
Jadi ambil tahu berapa market value unit yang anda nak bid dengan bank berkenaan. Ini penting untuk point no 3.
2- Ikut perasaan
Kalau dalam hati korang terdetik "aku kena dapatkan unit ini" Aku nasihatkan silalah hire agent untuk bid untuk anda atau anda tidak pergi membida. Ha ha
Jika tidak yang nahas poket anda sendiri.
Rindu nak membida lagi. Ada rezeki masuk lagi nanti insyaAllah. |
3- Tak set maksimum target price dan follow
Maksimum target price ni bukan suka-suka nak letak. Kita kena kira. Lepas kira kena install dalam minda ini sahaja nilai untuk unit Si fulan. Lebih dari ini Si fulan tidak bernilai lagi. He he
Macam mana nak set maksimum target price supaya masih rasa untung? Berapa breakeven value?
Yang cantik setkan 90% dari Market Value. Kurang lagi bagus ^_^
Sila jangan ikut 3 pengajaran ni kalau korang taknak rasa apa yang aku rasa. Sengsara seketika tapi masih manis sebab kan aku makan pop corn tadi ;P
Sekian.
;D
Stylo mamat ni datang auction ^___^ |
3 new comments:
Salam perkenalan.
Say a Buzz!
Tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D
Anda mestilah menjadi member kepada blog ini untuk meninggalkan sebarang comment ya! mudah sahaja ;)
Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.
<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>
Note: Only a member of this blog may post a comment.