Homestay Ceria is Now Open!

Posted by shidasanmil at Wednesday, June 18, 2014
Hello there!
Jgn risau homestay ceria adalah benda yg sama jew dgn homestay 1.0. Keh keh keh
 Aku tukar nama sbb homestay 1.0 tu nama projek.
Homestay Ceria adalah nama homestay itu sendiri.
Org lain rebranding blog to dotcom.
Aku nak jugak rase rebranding tu aku tukar nama homestay jee -___-
Boleh cemtuu? *wink*wink* 

Last entry pasal homestay ni aku buat ala2 sneak peak la kununz.
This time around lemme tell yah story morry about the homestay ceria hoccay!

Kamonn lets go tengok2 pikcar dulu!
*blerghh apasal aku poyo sgt ini? Mihmihmih*

Tapi sebelum tu aku sorry sgt kalau citer ni xhabes2 ye. Ni komfem dah habis kohkohkoh.
Korang jgn tak tahu. Aku sendiri pun nak cepat2 settlekan citer ni.
Nak masuk citer gosip2 liar pulak ;D

Ok moh kite tgk!

Living+dining area








Room 1

Room 2



Kitchen

Point tambahan
Harap maklum rumah ni Tingkat 15 tp jgn risau ade lift. tak perlu menapak.
kalau nak menapak pon boleh. sihat sikitttt ;D
view boleh nampak klcc tp cinonet jew
2 bilik, 1 shower room, 1 toilet. Sorry kipas sahaja. Aircond yilek.
5 minit berjalan ke Putra LRT Taman Melati
Sebelah masjid salahuddin al ayyubi. Setiap waktu ade org igtkan utk solat. Especially subuh time ayaq liyoq basi meleleh ;)
Kedai makan sgt banyak merata-rata ade. Komfem x kebuluran ;D

Cara ke homestay ceria
Apartment Sri Tioman 2
Jalan Pertahanan
Taman Melati 53100 Kuala Lumpur

Dgn kereta
Paling senang ikut MRR2 exit kat taman melati. Terus sehingga nampak masjid belah kiri. Ade simpang masuk kiri. Pastu masuk simpang kiri yg pertama. Haa dah smpai. Senang kan? Semua ke kiri jew ;D

Dgn Train
Pastikan anda naik Putra LRT sampai station Taman Melati. Jalan kaki 5 minit jew dah sampai. 

Susah2 sgt GPS dan waze kan hado. Type saje koordinat ini. Hewhewhew
3.222353,101.72109

Kalau xjumpe jugak g basuh kaki dulu amek air wuduk ke. Kah kah.
Gurau2 manje plak aku. Disebabkan aku baheks ni petanya ok ;D
(gerakkan kebawah sikitt utk pin point exact location. Aku dah try byk kali dia mcm tu gak. Dah ngko kenape peta? -_-')


View Larger Map

Cara booking 
Whatsapp/message/call: 0102314997 (aku lagi suka wassap yo!)
Jgn lupa sertakan nama dan tarikh booking.

Deposit rm50 utk confirm tarikh dan booking.
Bayaran penuh hendaklah dilakukan sebelum masuk homestay ye tuan2 dan puan2.

Rate? Murah jee..
RM130 per night.

Okla disebabkan aku baik harini ada diskaun RM120/night. Tapi ade syarat kena stay 2 malam. Dah jimat RM20.
Nak stay 3 malam xde diskaun ke?
Ade.....ade....sape kate xde ;P
utk yg stay 3 malam RM110/night dgn jumlah RM330. Jimat RM60 ok!
**clap**clap**
Ape nak stay 4 malam? nape x kabor. Saya bagi RM100/night.
RM400 sahaja utk 4 malam. Jimat 120 yeop!
Nak stay 5 malam xkan xde diskaun?
Amboi lemak dah ni. kah kah

Utk malam2 seterusnya harap maklum RM100 semalam. kalau ada yg nak stay lama sikit pm me for best price ;D

Tapi ada syarat lagi.....perlu nyatakan anda adalah pembaca blog ini dan dapat tahu promo ini dari blog ini juga yer. Kalau tak inform memang xdapat ler. Sekian harap maklum ;))

Dengan ini saye buka Homestay Ceria ini dgn kalimat yg paling agung
"Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Doakan saye ye kawan2 ;)


Name homestay ceria shidi yang bagi. Tiba2 je keluar nama tu dari dia.
Tak payah perah otak pon.
Ok sekian terima kasih ;)

T.a.m.m.a.t.k.i.s.a.h.h.o.m.e.s.t.a.y
F.u.u.u.h.h.h.h.h.h -__^'
;D

Halatuju kita 5 kali sehari ni wajibul ghunnahlah kena ada kan

Hai pokok please be nice to your guest ok! HAHA

MAKLUMAN:
Maklumat disini mungkin telah berubah. Semua maklumat terkini mengenai Homestay telah dipindahkan ke Website Baru.

11 new comments:

::EIDA:: said... Reply To This
cantiknya!
kokot said... Reply To This
tahniah...boleh tolong promosi nanti.hehe...
shidasanmil said... Reply To This
Ida: boley tahan jugak kan wahahaha..ni namenye masukkan diri dalam bakol sampah pastu buang jauh2 ;P xdela kerlass..tapi ok ok aje laa kot...teehee

Along: Tenkius papa hakimie..baru nak mencuba..hihi
LiNa_Pg said... Reply To This
Besar jugak homestay tu...nampak cantik dan kemas
Sheila Salim said... Reply To This
Assalamualaikum. lawa lah!
Jari Manis said... Reply To This
Salam cinet, semoga sucess ye mmg cantik homestay ni berbaloi dgn kadar yg d beri lebih murah dari harga hotel :-)c
shidasanmil said... Reply To This
kak lina: Alhamdulillah kak. biase2 aje. ;)

mommy sheila: waalaikumussalam awak....baby n awak sihat? selamat berpantang..;)

JM: terima kasih doakan kite JM. Smoga Allah mudahkan urusan JM dan dimakbulkan doa dibulan ramadhan al kareem ini. ameeen ;) dah period ni br ada masa nak reply. iols busy. teehee
atie lazis said... Reply To This
Salam perkenalan,
Apartment menarik, bleh follow ni.mane tau satu hari nanti nak stay kl..
Good luck k! :)
shidasanmil said... Reply To This
nak ke KL roger2 lah kiterrr...salam kenal atie.... ;) @atie lazis
Unknown said... Reply To This
masih available
shidasanmil said... Reply To This
ya bro..masih beroperasi seperti biasa....bro cari homestay ke? :)@Dinz Evo

Say a Buzz!

Tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D
Anda mestilah menjadi member kepada blog ini untuk meninggalkan sebarang comment ya! mudah sahaja ;)

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea