Time-time diet atkins banyakkkk sangat dugaan. Sape-sape yang tak betul-betul kuat iman
memang kirim salam laa. Gemuk la kaw kat situ cinet! ekekeke!
Oleh kerana teringin sangat nak makan manis-manis maka terhasillah agar-agar buat minum petang utk atkiners. Cewwahh. Sape-sape nak try resepi kat bawah yer.
AGAR-AGAR PANDAN ATKINS
bahan-bahan:
1 liter air
11g agar-agar tali
5 titik stevia
Pati pandan
1 cawan santan (Kara rendah carbo)
Cara-caranya:
Rebuskan agar-agar dengan air sampai cair. Kalau berketul-ketul sila tapiskan dahulu sebelum tambah bahan-bahan lain.
Tambah bahan-bahan lain dan tunggu sampai mendidih.
Tuang dalam bekas dan sejukkan.
Lepas tu boleh ngap!
Baru lepas tuang. Panas-panas lg dah posing. |
Sekejap dah licin! suami-isteri diet lah katakan. Mahu tak habes. |
Lega tekak den dapat makan macam ni walaupun manis tu mcm pelik. Sebab guna stevia kan. Tapi lepaslaa terliur tengok orang makan. Agagagga
Menu of the day! ;) |
Salam, saya baru mengamalkan atkin diet ni.nak tanya berapa sudu teh pati pandan tu? Saya ni baru belajar masak bab2 kuih dan agar ni. Tq in adv atas replynya
ReplyDelete