Resepi Roti Oopsie (Oopsie Bread) Atkins

Resepi ni dapat 12-15 ketul oopsie bread tau. Banyak sangat untuk yang diet sorang-sorang. So sila bahagi 2 dari resepi kalau tak nak banyak sgt ye.

OOPSIE BREAD

bahan-bahan:

8 biji telur (asing putih/kuning)
250gm cream cheese
1/2 tbs esen vanilla (jgn banyak nanti terlebih wangi)
1 tbs baking powder

Cara-cara:

Mixkan putih telur dengan mixer dan pastikan bekas betul-betul kering, telur dalam suhu bilik dan mase asingkan telur kuning tak pecah untuk dapatkan meringue macam kat bawah ni.

Kalau boleh sampai betul-betul gebus
Dalam bekas lain masukkan telur kuning, cream cheese, baking powder dan esen vanilla. Pukul sampai gebus tanpa ketul-ketul.

ready to rock!

Kira dah gebu la ni. hehe
Last step campurkan sikit-sikit telur putih kedalam telur kuning dan kaup balikkan. Jangan kacau kuat-kuat nanti hilang gebunya.

Bakar 120degC dalam 20-25 min ikut oven memasing. Jgn lupa panaskan dulu oven 15 min.

Sedia untuk di kunyah.

heeee~

Oopsie bread 

Buat hilang rindu dengan roti. Ymmmyyy~

2 comments:

Tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D
Anda mestilah menjadi member kepada blog ini untuk meninggalkan sebarang comment ya! mudah sahaja ;)

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

Note: Only a member of this blog may post a comment.