Merasa MC 42 Hari

Last aku update pasal ttc rupanya bulan 4 aritu. Dalam masa aku idle tu aku masih berusaha. Ofkos my battle is always there just maybe xberapa extreme mcm sebelum ni. Kalau perasan appointmnt aku dgn doc kpj ampang puteri was last 30th may 2014. Tapi aku xpergi pon...sbb aku dah masuk fasa "malas nak fikir...". Battle lah sgt khennnn...-____---

Dan Aku dah lepas fasa "semua supplement pon nak belasah". Asal org ckp produk A bagus aku nak cuba. Asal org promote produk B bagus aku nak try. Tapi nan hado. Belum rezeki. Aku xckp semua xbagus tp xsesuai dgn aku. Good part is back to basic makanan sunnah lah yg terbaik. Dan jaga pemakanan secara semulajadi. Sbb semua produk2 pun even yg kata semulajadi masih ada unsur2 chemical dan.sintetik.

Kes aku agak rare..normal kes hormon progesterone n estrogen yg ting tong...tp aku hormon fsh...homon dah mcm org tua2...

yg sedihnye 
Kawan TTC jgk bgtau  ade kawan dia yg hormon mcm aku..siap doc bgtau hormon die mcm org menopous! dan xboleh pregnant! gile kau x sedih dgr doc ckp mcm tu.

Tapi dalam sedih ade gembira
Kawan dia got pregnant lepas 6 bulan kawen. Aku senyum. Means my issue masih ada sinar harapan gilang gemilang insyaAllah ;) cuma masa yg menentukan..

Sedih dan gembira bukan benda yg kekal dlm dunia ni...skrg sedih2..insyaAllah nnt gembira. Allah maha Adil.
But now i am slowering down..

Fikir blk dan muhasabah diri. Aku berdoa spy diberi ketabahan dan kesabaran utk tempuh ujian ni. Tp bukan bermakna aku xusaha.

Aku faham Jadi ibu bukan kerja senang. Mungkin aku akan lebih appreciate anak aku nanti sbb ssh nak dpt. Pengorbanan2 aku lebih ikhlas utk mendidik dan mengasuh anak siapa tahu kan.

Mcm2 issue skrg buatkan aku takut bagaimanalah anak2 kita membesar dgn pelbagai cabaran donia skrg. Bab isu akidah paling aku takut. Bukankah kita mahukan anak yg mendoakan kita diakhirat. Mahukan anak yg baik. Syaratnya KITA kena BAIK dulu.

For now Always be grateful,always keep feet on d ground,as smua ni pinjaman sj dr Allah. Suami anak2 harta semua adalah pinjaman. Semua ada "bayaran balik". Yelah kata pinjaman kan. Dah pinjam kene bayar balik. Atau kalau dah pinjam masih ok boleh pulangkan balik. If not bayar balik sbb kita dah rosakkan brg yg kita pinjam. My only hope i will Never ever forget that i used to be ttc bila ad peluang dapat pinjaman yg bermakna dr yg maha pencipta.

Sekarang ni aku tgh mc 42 hari. Lama jugak sbb baru lepas operate laparoscopy. Yaa finally...next n3 aku story mory pasal operation laparoskopi aku ni yer.

Aku yang terus berharap ada berita gembira akan tertulis disini nanti....doakan kami....


5 comments:

  1. mcm officer kt opis sy pn dh 4thn kawen xde rezeki.skrg tgu msa je nk operate..xpasti plak ape tp ad kaitan penyebab xleh ngndung gak la lbh krg..tp kes 1 lg kwn opis sy..dh 6thn kwen xdpt anak..tup2 ble dia btukar masuk ke opis sy yg kebetulan time tu mmg musim org pegnen kt pej sy..xlama lps tu akk tu plak pegnen.bulan dpn anak dia dh setahun.hehe

    ReplyDelete
  2. Tula Mila..yang sebenarnya Allah nk uji antara cepat dan lambat dapat rezeki ni kan...nak tgk tahap kesabaran kita..tapi mmg menarik dgr kisah kawan2 yang dpt baby after some times dah menunggu kan...syukur2 rezeki Allah bagi..

    ReplyDelete
  3. shida, betul tu... ada hikmah inshaAllah... sometimes, x nampak sekarang, down the road 9 years later baru kita nampak... Smg kita terus dikurniakan kesabaran dan rezeki untuk teruskan treatment :-)

    ReplyDelete
  4. ada hikmahnyaaa xpe.... ida nye journey TTC kelaut... malas pk. main belasah jeee.. nk enjoy enjoy enjoyy malas pk malas pk............. huhu

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah & follow sis..

    selamat berjuang untuk kita semua.. saya pun baru nak start balik..semalam appmnt doc hamid & insyaallah bln 11 ni laparoscopy.

    kalau ikut ati, sebenarnya dah malas.. dah 10 thn..tp fikir2 balik..xpe la..ni last journey utk ttc.. semoga dipermudahkan semua urusan kita dan ade rezeki untuk bergelar ibu.. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda untuk saya menjejaki anda semula ;D
Anda mestilah menjadi member kepada blog ini untuk meninggalkan sebarang comment ya! mudah sahaja ;)

Copy link di bawah & tukar your-blog-name dengan link blog anda.

<a href="http://www.your-blog-name.com/feeds/posts/default">blog name</a>

Note: Only a member of this blog may post a comment.